Dari korporat ke dunia perniagaan


jubah-jubah elegan dan sesuai untuk ke pelbagai majlis boleh diperoleh di butiknya.

PERKEMBANGAN dunia fesyen busana Muslimah semakin ketara pada masa kini, malah dari hari ke hari ia semakin menjadi pilihan sebagai fesyen seharian.Sama ada dari pakaian untuk bersantai atau sebagai pakaian formal ke majlis, kini terdapat pelbagai rekaan yang memikat hati serta menepati pemakaian sebagai Muslimah moden.

Situasi ini jugalah yang membuatkan ramai pereka telah mula menghasilkan pakaian Muslimah yang elegan, anggun lagi bergaya.Tidak terhenti hanya pada pakaian, malah penghasilan tudung yang pelbagai gaya dan rekaan juga telah membanjiri pasaran.Melihatkan permintaan yang sentiasa ada dan keterujaan wanita untuk memilih pakaian Muslimah, maka terdetik di hati seorang wanita yang mempunyai minat ke arah perniagaan untuk turut menceburi dalam bidang penjualan busana Muslimah.

Nik Aida Wan Muda, 40, yang pernah berkhidmat dalam bidang korporat lebih 25 tahun telah beralih angin ke dunia perniagaan bagi memenuhi cita-citanya yang telah lama terpendam.

''Memikirkan sampai bila harus bekerja makan gaji membuatkan saya nekad untuk beralih arah dan mencuba nasib dalam bidang perniagaan.''Tambahan pula melihat perkembangan fesyen di kalangan wanita moden yang bekerja menimbulkan ilham untuk menubuhkan Selendang Cahaya Aida selepas mendapat restu suami dan juga orang tua,'' ujarnya ketika ditemui di butik miliknya yang terletak di Carrefour Ampang baru-baru ini.Walaupun beliau tidak mempunyai pendidikan formal dalam perniagaan namun wanita kelahiran Che Siti Wan Kembang ini sanggup bermula dari bawah.''Pada awalnya, saya hanya menjual kecil-kecilan semasa bekerja di pejabat dan dari situ timbul minat untuk melangkah ke arah yang lebih jauh,'' ujarnya menceritakan pengalaman.

Jelasnya, ketika mengambil keputusan untuk berhenti kerja, ramai juga kenalan yang menasihatkan saya kerana bimbang akan mengalami kerugian dalam bidang yang baru diceburi.

''Namun kini, saya berjaya membuktikan walaupun tanpa pendidikan formal dalam bidang perniagaan, saya mampu melakukan,'' akui ibu kepada empat orang cahaya mata.Bergelar ahli perniagaan berjaya pada masa sama memikul tanggungjawab sebagai ibu dan isteri sememangnya dilihat agak membebankan. Namun bagi Nik Aida semua itu adalah antara pengorbanan yang dilakukan untuk berjaya pada hari ini.

tanggungjawab

''Namun sesibuk mana pun saya, tanggungjawab sebagai ibu dan isteri tidak pernah diabaikan malah setiap masa yang terluang akan dihabiskan bersama mereka,'' ujar isteri kepada Zakaria Awang Lah, 48.''Pada awalnya bukan mudah untuk memajukan perniagaan ini tetapi keluarga terutama suami memberi sokongan,'' ujarnya bersungguh.Menceritakan lagi keadaan semasa awal pembukaan butiknya, beliau terpaksa berulang alik ke Indonesia dan juga Vietnam untuk mencari rekaan yang terbaik untuk pasaran di butiknya.''Malah ketika itu, setiap minggu saya berulang antara Kuala Lumpur ke Jakarta dan juga Vietnam. Setiap kali pulang ke rumah, anak-anak sudah tidur."Namun pada ketika itu, saya tekadkan dalam hati bahawa setiap usaha yang dilakukan akan digantikan dengan kejayaan,'' katanya.

Kini, selain menjual pakaian Muslimah seperti jubah dan juga tudung-tudung, turut disediakan juga ialah barangan persediaan untuk mengerjakan haji dan juga umrah.

''Saya mementingkan kepuasan pelanggan dan sedia memberi sentuhan peribadi terutama khidmat rundingan mengenai warna, fabrik dan fesyen yang sesuai dengan penampilan pelanggan.''Kami menempah rekaan ini dari Indonesia untuk mendapat kepuasan yang tersendiri selain kualiti yang lebih terjamin," katanya yang mempunyai pereka sendiri di Indonesia.Mengenai fesyen pula, Nik Aida memberitahu, ia tidak terbatas kepada jubah semata-mata sebaliknya sut formal ke pejabat juga turut disediakan di butiknya.

Katanya, Selendang Cahaya Aida akan memastikan harga yang ditawarkan lebih berdaya saing selain memberi perhatian terhadap kualiti dan rekaan.''Saya percaya, kalau disebut sahaja butik, orang akan beranggapan apa yang ditawarkan di sini semuanya mahal .''Namun di butik ini, saya memberi jaminan bahawa apa yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding apa yang ditawarkan oleh butik-butik lain," akuinya lagi.Sebagai peniaga, beliau turut memberi reaksi positif setiap komen atau ketidakpuasan pelanggan.Jelasnya, setiap apa yang dikatakan oleh pelanggan merupakan satu anjakan untuk dia terus maju ke hadapan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 comments:

Anonymous said...

Saya tidak dapat berterima kasih kepada perkhidmatan pembiayaan lemeridian yang cukup dan membiarkan orang tahu betapa saya bersyukur atas segala bantuan yang anda dan kakitangan pasukan anda telah menyediakan dan saya berharap untuk mengesyorkan rakan dan keluarga sekiranya mereka memerlukan nasihat atau bantuan kewangan @ 1,9% Kadar untuk Pinjaman Perniagaan .Via Hubungi:. lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com. WhatsApp ... + 19893943740. Teruskan kerja hebat.
Terima kasih, Busarakham.