Mas Cotek dikomersialkan
UJANG Othman sedang memeriksa daun mas cotek yang disalai di ruang khas di atas bumbung kilang bagi memastikan kualiti produknya terjamin.
Sri Ain D'Herbs manfaatkan kebaikan herba sesuai untuk wanita dalam produk terkini
PENGGUNAAN herba tempatan dalam penghasilan produk pemakanan tambahan semakin mendapat tempat di negara ini dan terbaru, khasiat Mas Cotek dimanfaatkan sebagai ramuan utama Sri Ain D'Herbs Sdn Bhd (Sri Ain D'Herbs). Pengarah Urusan syarikat itu, Masri Ismail, berkata sebagai syarikat 100 peratus Bumiputera, pihaknya melihat kepentingan untuk menyumbang kepada kesihatan orang ramai dengan menghasilkan beberapa produk minuman berasaskan tanaman herba Mas Cotek yang diusahakan syarikatnya di daerah Kuala Langat.
Katanya, syarikat mempelbagaikan produk minuman herba selepas mendapati kesedaran orang ramai terhadap kesihatan semakin meningkat dan sambutan daripada pelanggan sehingga kini amat menggalakkan.
Antara produk Sri Ain D'Herbs adalah minuman Botanikal Mas Cotek dan terkini syarikat itu memperkenalkan minuman berperisa kopi dan halia, semua berasaskan tanaman herba yang berkhasiat itu.
"Semua produk kami menggunakan herba Mas Cotek sepenuhnya dan orang ramai tidak perlu sangsi dengan kualitinya kerana bermula daripada peringkat penanaman, pengeringan sehingga peringkat pembungkusan produk siap, dilakukan secara rapi bagi mengekalkan jaminan kualiti dan khasiat," katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Duta Sri Cotek di antara syarikat itu dengan Ifa Raziah di pejabatnya di Sungai Manggis, banting, baru-baru ini.
ANTARA tetamu yang menghadiri majlis pelantikan pelakon, Ifa Raziah (dua dari kiri) sebagai duta produk Sri Cotek. |
Hadir sama, Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop. Ifa Raziah dilantik selaku duta produknya, Sri Cotek.
Masri berkata, pembabitan Ifa Raziah dilihat mampu membantu syarikat terbabit memperkenalkan produknya kepada orang ramai.
"Kami memilih Ifa Raziah bukan hanya kerana beliau artis popular tempatan masa kini, tetapi juga dari sudut imejnya yang bersih selain pandai berinteraksi dengan peminat," katanya.
Masli berkata, produk Sri Cotek yang dikeluarkan syarikatnya memiliki keistimewaan tersendiri kerana mempunyai khasiat flavonoid sebagai antioksidan dan tritepenoid yang bertindak melancarkan peredaran darah dalam badan.Tanaman herba seperti Mas Cotek diketahui umum dapat membantu mengurangkan penyakit seperti sakit sendi badan, kencing manis, darah tinggi, migrain, sembelit, gastrik dan menghakis lemak. Sementara itu, Ifa Raziah melahirkan rasa bangga atas kepercayaan yang diberikan kepadanya selaku duta bagi produk keluaran Sri Ain D'Herbs. "Saya berterima kasih atas penghargaan ini dan akan berusaha sedaya upaya untuk menyedarkan orang ramai mengenai khasiat produk ini. Aspek kesihatan perlu dijaga sebaiknya.
"Alhamdulillah, selepas mengamalkan minuman produk herba Sri Cotek ini, badan saya terasa begitu cergas. Lain daripada selalu," katanya. Beliau berkata, tanggungjawab selaku duta produk kesihatan bukan mudah namun beliau bersedia untuk menyertai program mempromosikan produk Sri Ain D'Herbs di pasaran tempatan mahu pun luar negara.
0 comments:
Post a Comment