Sistem pengawasan DIY untuk rumah, pejabat


KINI anda boleh mengawasi rumah, pejabat, kedai atau taman permainan tempat anak anda bermain melalui kamera yang dihubung ke Internet.

TERSENARAI di Papan Utama Saham Malaysia, Green Packet Berhad (Greenpacket) sebuah syarikat pemaju peranti dan pembekal rangkaian jalur lebar wayarles yang terulung telah melancarkan satu produk baru iaitu IRIX 123 (IRIX).

IRIX merupakan sistem pengawasan berasaskan Protokol Internet (IP) bagi rumah dan pejabat kecil di rumah yang boleh diakses secara jauh dari portal laman web melalui komputer riba atau telefon 3G.

Kini, keselamatan bukan lagi dikira sebagai keutamaan tetapi satu keperluan."IRIX123 menawarkan keselesaan bagi mereka yang sentiasa berada di luar tetapi perlu mengetahui segalanya selamat di rumah atau pejabat.

"Selagi anda mempunyai sambungan Internet melalui komputer atau telefon mudah alih 3G/WiFi, IRIX123 boleh diakses," ujar Pengurus Besar Kanan Greenpacket, Kelvin Lee.

Beliau berkata, IRIX direka khas untuk dipasang dengan tiga langkah mudah.

"Pasang kamera, sambung router tanpa wayar, daftar masuk ke www.irix.com.my dan anda boleh lihat apa yang berlaku di rumah atau pejabat anda dari seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan.Greenpacket membangunkan IRIX123 sebagai sistem pengawasan yang paling mesra pengguna, berpatutan dan fleksibel, sesuai bagi kegunaan di rumah atau perniagaan kecil.

Hasil dari kajian pengguna sewaktu pembangunan produk, syarikat mendapati bahawa kebanyakan pengguna inginkan sebuah sistem pengawasan yang tidak memerlukan banyak wayar dan kabel, pemasangan yang mudah dan kurang konfigurasi.

kawalan

Pengguna juga melahirkan kebimbangan terhadap pemasang pihak ketiga dan oleh itu, mereka inginkan sebuah sistem yang memberikan mereka kawalan sepenuhnya.Selain itu, Greenpacket juga telah mengambil kira kriteria pembelian pengguna sewaktu mereka mereka cipta IRIX123 dan mengenal pasti keperluan mereka terhadap sistem yang mampu dimiliki dan mesra pengguna dengan tidak mengkompromikan ciri-ciri keselamatan."Ia adalah inspirasi bagi pelancaran sistem pengawasan DIY," jelas Lee.Kamera IP di dalam sistem IRIX123 adalah tanpa wayar yang tidak memerlukan banyak penggerudian dan pemasangan kabel.Ini menjadikan pengaturan dan pemasangan lebih mudah dan selesa walaupun bagi mereka yang tidak mahir dalam teknologi.Juga tiada konfigurasi diperlukan bagi kamera IRIX kerana ia hanya memerlukan pendaftaran mudah di portal www.irix.com.my.

Portal dan perisian sistem direka oleh Greenpacket iaitu syarikat pertama yang melancarkan gabungan unik ini.Dengan IRIX123, kini pengguna tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak memiliki sistem pengawasan mereka sendiri.Pertama, dengan ciri-ciri DIY, pengguna mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas sistem dan tidak perlu bimbang tentang pemasang pihak ketiga yang memecah masuk dan memiliki akses ke dalam sistem pengawasan.Kedua, rekaan mudah IRIX123 tidak memerlukan kepada penggerudian dan pemasangan kabel yang mana dapat mengurangkan kos pengaturan dan pemasangan - ia sebuah sistem yang mudah dan mampu milik.

Dan ketiga, IRIX123 membolehkan pengawasan ketika di luar, satu ciri-ciri utama yang sesuai dengan gaya hidup yang sibuk.Pengguna dapat memantau rumah dan perniagaan mereka bila-bila masa dan di mana jua melalui sebuah komputer atau telefon 3G atau WiFi.IRIX123 Greenpacket dengan harga belian terbaik di pasaran dan paling mudah dipasang.Greenpacket akan mula memasarkan IRIX123 melalui pengedar jalur lebar dan harga jualan sebanyak RM1,588 bagi dua kamera.

Sempena dengan pelancaran produk, kad memori 2GB dan perisian pengurusan video akan diberikan secara percuma sebagai hadiah saguhati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: