Idea Perniagaan Yang Remeh

Pengasas dan Pengerusi Federal Express telah menulis draf perancangan perniagaan semasa menuntut di Yale University. Pelan ini berkisarkan cadangan perniagaan penghantaran barangan kepada pelanggan dalam tempoh satu hari. Professer beliau menolak cadangan ini dengan alasan bahawa ia adalah idea yang mustahil. Namun kini nilai aset Fedex bernilai 16 billion dollar.

Idea yang remeh dalam perniagaan ada ketikanya memang benar-benar gagal dalam pasaran tetapi jika dilaksanakan dengan terancang ia boleh membawa keuntungan yang besar.

Namun demikian idea perniagaan perlulah sepadan dengan keperluan masyarakat setempat. Negara yang berlainan mempunyai keperluan pasaran yang berlainan. Mengetahui tahap keperluan masyarakat setempat perlu dikaji terlebih dahulu.

Idea perniagaan yang terlalu rumit pula akan menyukarkan usahawan apabila dalam tempoh pelaksanaan. Ini diakibatkan kerana banyak sistem yang diwujudkan dan akan menyukarkan pelaksanaan pada peringkat permulaan.

Walaupun nampak idea perniagaan itu remeh, seboleh-bolehnya permudahkan urusniaga dan sistem dalam pengurusan agar perjalanan syarikat pada peringkat permulaan boleh berjalan lancar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: