Pengorbanan Seorang Usahawan

Jalan menuju kejayaan seorang usahawan berbeza mengikut seorang individu dengan yang lain. Ada yang lancar sejak permulaan dan ada yang berliku-liku sebelum menemui titik kejayaan. Walau apa pun, halangan tetap ada setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun. Seorang usahawan perlulah tabah menghadapi cabaran dan pada ketika inilah beliau perlu membuat banyak pengorbanan.

Bukan sahaja wang ringgit yang diertikan sebagai pengorbanan. Pengorbanan utama adalah MASA dan TENAGA. Untuk mencapai kejayaan, seorang usahawan perlulah mengorbankan banyak masa untuk diberikan kepada bagaimana untuk mempertingkatkan prestasi perniagaannya. Memang tidak dinafikan nama-nama besar tokoh perniagaan bekerja lebih 12 jam sehari!!!. Sama juga dengan pengorbanan tenaga dimana seseorang usahawan perlu mengerahkan sepenuh tenaga dalam aktiviti harian beliau seperti mesyuarat dengan pekerja, program memasarkan produk, melakukan tinjauan projek dan berbagai-bagai lagi yang memerlukan kudrat tulang empat kerat.

Pengorbanan demi pengorbanan ini jika konsisten dilakukan inshaallah membuahkan hasil. Bukan mudah untuk menjadi usahawan yang berjaya sekiranya tidak menanamkan dalam minda erti sebuah pengorbanan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: