Kata-kata adalah senjata

Perkataan yang diucapkan daripada mulut adalah satu doa yang menentukan arah tuju kehidupan kita. Ramai ayat motivasi mengatakan “Diri kita pada masa depan adalah apa yang kita fikirkan dan ucapkan pada hari ini”. Oleh yang demikian apakah yang kita selalu fikirkan pada hari ini dan apa yang selalunya kita ucapkan kepada orang lain dalam seharian hidup anda sedikit sebanyak membentuk kehidupan kita.

Fikirkan jika kita sentiasa berkata-kata ayat positif berikut, maka kata-kata ini akan menjadi senjata untuk membantu kita maju kehadapan :

“Aku yakin aku boleh berjaya, aku boleh membuat jualan, aku boleh menguruskan syarikat ini, aku boleh menghadapi cabaran dan aku tidak akan berputus asa jika menghadapi rintangan dalam kerjaya ini”

Fikirkan jika kita sentiasa berkata-kata ayat negatif berikut, maka kata-kata ini akan juga menjadi senjata yang akan membunuh diri kita daripada maju kehadapan :

“Aku tidak yakin aku boleh berjaya, aku tidak boleh buat jualan, susah lah nak menguruskan syarikat ini, takut la nak hadapi cabaran dan kalau ada masalah begini susah laaa”

Hanya dengan menukarkan sedikit perkataan, kita telah tersasar jauh daripada jalan untuk menuju kejayaan. Pilih perkataan yang baik dalam perbualan harian kita. Semoga doa yang diucapkan ini akan membawa kita ke puncak jaya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: