Memupuk minda keusahawanan
Berbagai teknik boleh kita aplikasikan untuk memupuk minda keusahawanan dalam diri kita khas bagi yang mula-mula ingin menceburi bidang ini. Melalui pembacaan minda kita akan selalu dipenuhi kata-kata motivasi keusahawanan yang akan mengekalkan diri kita dalam bidang ini, menonton kisah keusahawanan akan menanamkan imej seorang usahawan dalam minda kita, bergaul dan berkawan dengan orang yang berjaya dalam bidang keusahawanan juga memberikan impak yang sama dalam proses untuk kekal dan terus berjaya dalam bidang ini.
Seperti yang telah ramai perkatakan, kita tidak dilahirkan menjadi seorang usahawan. Ada usahawan yang berjaya adalah datang dari keluarga usahawan / keluarga biasa / latar belakang keluarga kaya dan ada juga daripada latar belakang keluarga yang miskin melarat. Ini bermaksud menjadi usahawan bukan hak golongan tertentu. Anda berhak menjadi usahawan asalkan memupuk minda keusahawan setiap hari sehingga sebati dengan jiwa anda. Kejayaan yang dikecapi bukan dengan sekelip mata, tetapi perlu melalui proses perjalanan yang diharungi dengan sabar setiap hari.
Bagi yang ingin menceburi bidang ini, teruskan menanam minda kepercayaan ini setiap hari setiap masa. Siramkan dengan kerja yang bersungguh-sungguh setiap hari kerana suatu hari nanti anda layak menikmati buah kejayaan yang anda tanamkan. Ciri orang yang berjaya dalam bidang keusahawanan adalah mereka yang konsisten dalam kerja. Dalam tajuk ini, kita perlu setiap detik untuk memasukkan sebanyak mungkin ciri minda keusahawanan yang patut dicontohi kedalam diri kita.
0 comments:
Post a Comment