Saya Nak Buat Bisnes, Bagaimana???
Ramai orang ingin menguasai kemahiran berniaga dengan menghadiri kursus / kelas / seminar / bengkel dan sebagainya sebagai persiapan untuk menceburi bidang ini. Ada yang sehinggakan mempelajari sampai 2-3 tahun semata-mata untuk mendapatkan kemahiran yang diinginkan. Selepas tempoh itu pun masih lagi teragak-agak untuk memulakan bisnes.
Apa yang kita kejarkan dalam kelas itu sebenarnya menyumbangkan 10% sahaja dalam kejayaan perniagaan. Tidak guna sekiranya kita pakar dalam bidang itu tetapi kita malas untuk bekerja, cepat berputus asa, tidak merancang untuk kejayaan masa depan, tiada motivasi usahawan dan takut berhadapan dengan orang.
90% kejayaan seseorang usahawan disumbangkan oleh faktor sikap diri dia sendiri. Faktor ini kita jarang ambil perhatian, lantas kita ambil mudah kerana masing-masing anggap sudah tahu dan jarang untuk dihayati dalam kerjaya ini kerana dianggap tidak begitu penting.
Ebook terbaru yang banyak membicarakan faktor ini, akan diterbitkan oleh BinaUsahawan.com bagi membantu bakal usahawan, apa perkara-perkara yang selama ini kita tidak pandang mudah tetapi perkara inilah yang menjadi rahsia kejayaan bagi sesetengah orang yang mengamalkannya.
0 comments:
Post a Comment