Busana praktikal untuk Muslimah


Jubah ini diperbuat daripada kain kapas bercetak motif batik 'paisley' serta berkemasan butang dan kain polos berwarna hitam di bahagian kolar bulat dan dada.

SATU ketika dahulu, busana Muslimah tidak begitu mendapat tempat di hati wanita Muslim di Malaysia kerana fabriknya yang panas dan tidak sesuai dengan cuaca di negara ini.

Namun begitu, kini telah banyak inovasi dan eksperimen oleh para pengusaha busana Muslimah bagi mencari penyelesaian pakaian yang boleh dipakai dengan selesa dan bergaya oleh wanita Islam.

Hasilnya, busana Muslimah yang selesa, diperbuat daripada kain kapas lembut dan lebih menarik ia direka dengan potongan, warna yang ceria dan praktikal tetapi masih berlandaskan syariat agama Islam itu sendiri.

Ditubuhkan pada tahun 1992, Ilham Muslimah mengorak langkah dan sedang membina nama di dalam industri busana Muslimah di Malaysia sebagai pemborong dan pembekal pakaian wanita dan baju-T dengan rekaan eksklusif. Kualitinya pakaiannya sentiasa dijaga supaya seiring dengan keanggunan si pemakai.

Sinonim dengan rekaan pakaian bersulam dan manik yang kemas dan indah, Ilham Muslimah berada di tahap dan kelasnya tersendiri. Ia sentiasa menjanjikan hanya terbaik untuk para pelanggannya yang mempunyai cita rasa yang tinggi dan pelbagai.

Busana edaran Ilham Muslimah sememangnya menjadi kegemaran para pelanggan yang ingin sentiasa kelihatan anggun lagi sopan, sesuai dengan personaliti wanita Muslim yang terpuji. Merangkumi baju-T, jubah, busana bersulam, busana kanak-kanak dan lelaki dan ia hanya boleh dimiliki menerusi dalam talian.

Pengusahanya, yang ingin dikenali sebagai Syarifah berkata, kemudahan membeli-belah dalam talian ini sebenarnya lebih memberi kelebihan kepada para pelanggan serta peniaga lain.

"Pelanggan hanya perlu memberitahu nombor kod dan saiz yang dikehendaki mengikut panduan ringkas pada laman web. Apabila bayaran diterima di pihak Ilham Muslimah, penghantaran akan dilakukan secepat mungkin.

"Seperkara menarik tentang perniagaan dalam talian ini ialah penglibatan anak-anak muda terutama pelajar universiti yang menjalankan perniagaan drop shipping agent. Mereka akan membuka laman web sendiri dan mengambil gambar baju-baju Ilham Muslimah untuk diniagakan dan hasilnya boleh menjangkau hingga RM300 sebulan, mudah dan menguntungkan," ujarnya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Sri Damansara, baru-baru ini.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 019-3117254 atau e-melkan sahaja kepada ilhammuslimah@yahoo.com.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: