Kejar Kejayaan Vs Cipta Kejayaan

Memang bagus mengikuti jejak orang yang berjaya. Jika kita melihat orang lain berjaya, kita perlu juga memikirkan bagaimana suatu hari nanti kita boleh menjadi seperti dia. Namun dalam mengejar kejayaan orang lain, ada juga Si Pengejar Kejayaan yang cepat terpengaruh menjejaki ramai orang yang berjaya.

Apa yang dimaksudkan adalah, dia melihat Encik A berjaya dengan kejayaan bisnes A, lalu individu itu terus mengikut membuat bisnes A. Beberapa bulan kemudian berjumpa degan Puan B berjaya dengan bisnes B, lalu individu itu mengikut pula membuat bisnes B, 2-3 minggu kemudian diajak oleh Cik C untuk membuat bisnes C kerana melihat kejayaan Cik C walaupun masih muda telah memakai kereta yang mahal.

Lama kelamaan apabila merasai kesusahan mengejar kejayaan orang lain, maka Si Pengejar Kejayaan orang lain itu putus asa dan kembali membuat kerja asal. Apa yang merugikan bukan sahaja wang ringgit yang dilaburkan, malah usaha dan masa telah dibazirkan dengan mengejar kejayaan orang lain. Alangkah baik, fokus terhadap satu benih perniagaan dan siramilah selalu dengan usaha yang gigih. Pasti akan berjaya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: