Mengapa saya menuliskannya ?

Saya tertanya-tanya kepada diri saya sendiri kenapa mula tergerak hati menulis blog keusahawanan ini. Adakah kerana ikutan rakan-rakan?, adakah kerana ingin menunjuk?, menjadi penulis terkenal? atau saja-saja membuang masa…

book1.jpg

Tujuan utama saya menulis adalah kerana dengan platform ini saya dapat menceritakan banyak kelebihan menjadi seorang usahawan takaful. Setelah mengalami berbagai cabaran dan dugaan dalam bidang ini lebih 5 tahun, tugas saya pada ketika ini beralih kepada melatih perunding-perunding baru yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan ini. Oleh yang demikian inshaallah ramai lagi pembaca diluar sana yang saya dapat kongsikan pengalaman ini.

Saya mula berjinak-jinak dengan bidang keusahawanan dengan melalui pembacaan semasa di menara gading lagi. Banyak bahan bacaan yang menjadi rujukan saya pada ketika itu dan masih menjadi sumber inspirasi kepada diri saya sehingga hari ini. Memang dalam agama Islam sendiri kita disuruh mencari ilmu. Segala ilmu yang saya dapat bukan kekal sebagai hak milik saya kerana ini adalah anugerah tuhan, seharusnya kita tidak perlu lokek ilmu sesama kita. Bilangan pembaca Bahasa Melayu meningkat hari demi hari dan saya harap laman ini menjadi sebahagian rujukan dalam bidang keusahawanan. Ini adalah matlamat kedua saya..tiada yang mustahil.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: