Komunikasi Dalam MemBina U$ahawan
Komunikasi sangat penting dalam urusniaga perniagaan. Komunikasi digunakan dalam mesyuarat, proses jual beli, pemasaran, penyaluran maklumat dalam syarikat, motivasi dan sebagai alat bagi menyampaikan misi syarikat.
Oleh sebab itu syarikat / organisasi yang lemah mungkin adalah disebabkan oleh faktor kelemahan dalam berkomunikasi. Kemahiran ini bukan hak milik istimewa oleh seseorang, lantaran kita sering lihat apabila di sekolah-sekolah kelompok yang dipanggil “si pendiam” sering menarik diri dalam kalangan rakannya kerana tiada kemahiran berkomunikasi.
Semua orang boleh berkomunikasi asalkan dia sanggup untuk berusaha bersungguh-sungguh, sedia memperbaiki kelemahan diri dan berani dengan cabaran. Sikap ingin mendiamkan diri banyak membawa kepada sifat negatif yang merugikan masa depan. Perniagaan menghendaki kita mahir dalam komunikasi dan kemahiran ini boleh didapati dengan latihan yang berterusan.
Luahkan kata-kata dengan lantang, jeritkan kepada diri sendiri bahawa aku boleh merubah sifat diri kepada yang lebih berkeyakinan. Bab 8 dalam Ebook MemBina U$ahawan membicarakan topik Komunikasi, ia dianggap penting kerana kemahiran ini adalah antara penyumbang penting kepada “Soft Skill” yang diperlukan oleh usahawan.
0 comments:
Post a Comment