Transformasi Kerjaya - usahawan

Media cetak, media internet dan televisyen telah lama mempromosikan usahawan sebagai kerjaya mencari nafkah. Alhamdulillah usaha keras semua pihak menampakkan sedikit hasil dimana telah muncul usahawan generasi baru. Memang mereka tidak begitu kaya dan ternama, namun penulis yakin 20 tahun akan datang golongan ini akan memandu “Roll Royce” seperti ramainya jutawan Hong Kong yang memiliki kenderaan ini.

Minda golongan muda perlu ada penghijrahan untuk menukar persepsi bagaimana mencari sumber kewangan. Perlu ada perubahan minda untuk berfikir bagaimana mencari sesuap nasi :

  1. Kerjaya sebagai usahawan sama seperti bekerja makan gaji.
  2. Bekerja sebagai usahawan adalah salah satu cara mencari sumber kewangan.
  3. Usahawan perlu sabar dalam menempuhi peringkat awal memulakan perniagaan.
  4. Rebut peluang perniagaan yang banyak di negara kita yang bertuah ini. Jika kita tidak berusaha untuk merebut, orang lain akan mengambil peluang ini.
  5. Tiada istilah mengganggur dalam hidup. Anda berhak mengubah diri menjadi usahawan HARI INI juga.
Oleh yang demikian, tiada isu lagi untuk beratur panjang di bawah panas terik semata-mata untuk mendapatkan kerja yang tawarannya terhad kepada bilangan tertentu. Mulakan kaji selidik mencari peluang perniagaan ini dan penulis yakin bahawa tiada yang mustahil untuk anda berjaya suatu hari kelak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: