urusan penting dan urusan segera ..
Dalam melakukan aktiviti pemasaran, kita akan menghadapi situasi dimana kita terpaksa membuat 2 tugasan pada masa yang sama. Sebagai contohnya :
- Kita perlu menghantar produk ke rumah pelanggan atau
- Membaiki kenderaan sendiri.
Sebagai panduan dalam menguruskan tugasan harian, kita perlu kenalpasti urusan yang akan dilakukan adalah urusan penting ataupun urusan segera. Ada tugasan yang penting tetapi tidak memerlukan diselesaikan dengan segera. Dan ada juga urusan yang tidak penting dan tidak segera, boleh kita lakukan pada masa yang lain.
Dalam melihat contoh di atas, kita perlu memastikan bahawa pelanggan adalah kepentingan utama dalam perniagaan. Tambahan pula jika kita membaiki kenderaan dahulu, ia mengambil masa yang lama perlu kita tunggu di bengkel.
Oleh yang demikian kita perlu bijak menguruskan jadual aktiviti, mungkin cara pertama yang terbaik adalah menghantar produk ke pelanggan dahulu kerana ia tidak mengambil masa yang lama seterusnya kita boleh ke bengkel membaiki kenderaan.
Ataupun kita boleh letakkan kenderaan di bengkel untuk diperbaiki sementara menunggu waktu itu kita bolehlah membuat tugasan pemasaran seperti biasa. Pelanggan adalah keutamaan pertama dalam perniagaan, letakkan keutamaan ini dalam senarai tugasan harian.
0 comments:
Post a Comment