Jual Beli Memenuhi Keperluan

Manusia memerlukan keperluan asas iaitu makan minum, tempat tinggal dan pakaian bagi meneruskan kehidupan. Masa terus berjalan dan kehidupan manusia bertambah sofistikated. Dahulu manusia boleh menguruskan sendiri bagaimana mencari keperluan asas ini namun pada masa kini kehidupan sudah bertambah maju dan keperluan manusia sudah bertambah.

Manusia memerlukan “pertolongan” antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan ini. Kita tidak boleh menghasilkan telefon sendiri, membuat kereta sendiri, menyediakan talian internet sendiri dan membina perbankan sendiri.

Dari faktor inilah maka jual beli secara tidak sengaja telah muncul sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Jual beli antara berbagai pihak memenuhi keperluan orang lain dari segi kehidupan mereka.

Maka wujudlah golongan pedagang yang mendapat keuntungan dengan melibatkan diri secara serius terhadap aktiviti ini. Kawasan-kawasan lapang akan menjadi sibuk dengan orang ramai yang datang samada untuk menjual produk mereka ataupun mencari barangan keperluan.

Aktiviti jual beli ini tidak terputus hingga ke hari ini dan jual beli sekarang lebih maju dengan tanpa sempadan kita pun sudah boleh membuat jualan. Suatu yang aneh jika moyang kita dapat lihat suasana jual beli pada zaman ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: