Menangani Cabaran Perniagaan

Gangguan / halangan / cubaan itu semua memang lumrah dalam kehidupan. Walaupun gangguan demi gangguan yang datang semasa kita sedang berusaha bukan bermakna ia akan melenyapkan impian kita. Jadikan ia sebagai pendorong ataupun guru yang mengajar supaya kita tidak mengulangi kesilapan pada masa akan datang.

  1. Jangan mudah cepat jemu dengan mempelajari perkara-perkara lama dan yang baru. Proses pembelajaran menjadikan diri kita akan lebih mantap.
  2. Sentiasa SABAR dengan apa jua rintangan yang sedang ditempuhi.
  3. Dekati selalu orang-orang yang telah berjaya dan dapatkan segala nasihat dan aura bagaimana untuk menguatkan motivasi diri.
  4. Baca artikel-artikel yang boleh menguatkan diri, dan ramai juga yang menonton filem yang banyak menonjolkan kisah tauladan untuk bekerja dengan lebih kuat jika menghadapi dugaan hidup.
  5. Sibukkan diri dengan melakukan banyak kerja-kerja harian dan perniagaan. Jika kita sentiasa merenung dan mengenang segala kisah sedih, maka ia akan memakan diri.
  6. Muhasabah dengan kesalahan yang lalu. Perbaiki diri dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama pada akan datang.
  7. Dapatkan nasihat daripada pakar / orang yang mahir dalam bidang anda. Nasihat daripada orang yang berpengalaman membantu sedikit sebanyak tentang kegagalan yang telah dihadapi.
  8. Lakukan sahaja. Jika anda takut dengan perkara yang pertama kali lakukan. LAKUKAN SAHAJA, tidak salah jika anda gagal pada percubaan pertama.
  9. Terima hakikat kegagalan, penulis pernah menyaksikan beberapa pengalaman pelajar terbaik yang pernah gagal hanya sekali. Mereka tidak boleh menerima kegagalan lantaran menjadikan dirinya terus jatuh daripada prestasi yang baik. Kita perlu terima kegagalan dengan hati yang terbuka.
  10. Bagi seorang muslim, adalah perlu kita sentiasa berdoa kepada Allah mengadu dan memohon agar diberikan kekuatan dalam menempuhi onak duri cabaran hidup.

Walaupun 10 ramuan ini ditulis daripada pengalaman penulis sendiri, anda sebagai pembaca yang sedang menghadapi suasana cabaran, perlu menangani dan hadapinya dengan penuh keyakinan. Inshaallah anda akan berjaya !!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: