Berfikiran BESAR atau Bercakap BESAR

Ada golongan yang mempunyai cara pemikiran yang besar. Ini bermaksud dia mempunyai cita-cita yang tinggi dan menyediakan pelan perancangan untuk masa hadapan yang tersusun. Sebagai contoh seorang pelajar universiti dalam jurusan perakauan, dia merancang untuk menamatkan pelajaran dengan cemerlang, selepas tamat, merancang untuk menyertai firma perakauanan besar sambil mengambil peperiksaan profesional. Hasil pengalaman di firma besar disamping kelulusan profesional beliau merancang pula bekerja selama beberapa tahun di luar negara. Setelah kembali beliau boleh menjawat jawatan tinggi ataupun membuka perniagaan dalam bidang perakauan dan perundingan. Untuk mencapai hasrat ini, beliau berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai cita-citanya.

Lain pula pandangan orang yang bercakap besar. Mereka bercakap segala-galanya hebat berkenaan dirinya kepada orang lain. Jika kita letakkan situasi yang sama dalam kehidupan pelajar jurusan perakauan tadi, pelajar yang bercakap besar akan bercakap besar kepada orang ramai yang dia boleh capai kejayaan itu dan ini walaupun kejayaan belum kunjung tiba. Hati-hati jika kita selalu bercakap besar, jiwa akan menghampiri menjadi bongkak. Berbanding contoh awal, pelajar yang suka cakap besar akan selalu bercakap tentang kehebatannya kepada orang lain tanpa berusaha untuk ke arah itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: