Susunan Produk Dan Perkhidmatan

Bukan sahaja produk kita boleh susun dengan rapi diatas rak di kedai, malah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan sebagai teras perniagaan juga perlu disusun rapi semasa berhadapan dengan bakal pelanggan.

Bidang peruncitan banyak menggunakan strategi ini dalam memasarkan produk yang kurang laku dipasaran. Susunan yang cantik dan mudah dilihat diatas rak serta gambar yang boleh menarik pelanggan akan menjadi daya tarikan pelanggan untuk melihat dengan lebih dekat.

Kanak-kanak juga adalah sasaran yang tidak kurang penting. Meletakkan barang tinggi daripada ketinggian seorang kanak-kanak menjejaskan penglihatan dan sukar untuk menarik perhatian kanak-kanak itu sendiri.

Bagaimana pula dengan perkhidmatan?. Produk perkhidmatan tidak boleh dilihat, tetapi bagaimana kita boleh menyusun diatas rak yang boleh menarik perhatian pelanggan.

Menyediakan brosur dan risalah yang menarik adalah antara satu cara menyusun produk perkhidmatan dengan lebih berkesan. Susun risalah perkhidmatan dengan teratur diatas rak yang mudah dilihat dan diambil oleh pelanggan.

Tuliskan penerangan perkhidmatan yang ditawarkan dengan ayat yang mudah dan gunakan gambar kerana maklumat senang disampaikan dengan cara visual berbanding dengan perkataan.

Menyampaikan produk berbentuk perkhidmatan lebih menarik dengan melalui tayangan video yang boleh memikat pelanggan. Cara begini memerlukan kos sedikit tetapi pulangannya berbaloi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: