Biar Kecil asal berhasil

Dalam impian menjadi usahawan yang berjaya, kita tidak boleh mengharapkan perjalanan kita selalu lancar tanpa menghadapi kesukaran.

“Ramai usahawan kecil terkandas di pertengahan jalan kerana inginkan hasil kerjanya yang kecil terus membuahkan hasil yang besar. “

Apa yang kita perlu ingatkan dalam minda bahawa, kerjaya sebagai usahawan perlulah menuntut kesabaran yang tinggi. Ada ketikanya kita membuat kerja bersungguh-sunguh dan pada akhirnya langsung tidak membuahkan hasil.

Perlu tanam didalam minda bahawa usahawan perlu :

  1. Sentiasa bekerja keras walaupun kita pernah mengalami kegagalan selepas berusaha bersunguh-sungguh

  2. Perlu sabar, kerana untuk mencapai kejayaan kita perlu mengalami satu proses.

  3. Perbaiki kesilapan yang telah dilakukan, jangan ulangi kesilapan yang sama.

  4. Kegagalan adalah perkara biasa dan jangan hentikan perjalanan hanya kerana mengalami kegagalan.

  5. Kejayaan seorang usahawan adalah sebuah perjalanan bukan destinasi. Jangan hentikan perjalanan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: