cabaran dunianiaga
Cabaran adalah perkara yang sering disebut berulang kali dalam pelbagai buku motivasi. Perkara sebenar berkaitan cabaran perlu diketahui kerana ini adalah situasi yang perlu anda hadapi semasa mula / sedang menguruskan perniagaan.
Motivasi kegembiraan selalu ditulis menyebabkan pembaca sering alpa dengan perkara yang manis sahaja daripada merasai kepahitan menelan cabaran. Bagaimana rupa bentuk cabaran ? Disini penulis menyenaraikan sebahagian cabaran yang perlu dihadapi apabila menjadi perunding takaful.
- Tidak tahu membuat persembahan produk.
- Masalah segan apabila bertemu dengan bakal pelanggan.
- Bakal pelanggan tidak berminat dengan produk yang ditawarkan.
- Tiada pengalaman apabila menghadapi situasi dengan bakal pelanggan.
- Motivasi hilang apabila jualan tiada mendapat sambutan.
- Tiada sokongan daripada ahli keluarga terdekat.
- Ditipu semasa membuat temujanji dengan bakal pelanggan.
- Ditawarkan untuk membuat perniagaan lain.
- Gangguan masalah kewangan / peribadi / masalah luar
- Hilang rentak semasa menguruskan perniagaan.
0 comments:
Post a Comment