Jualan Pasif atau Jualan Proaktif

Posted by ferouxe on Friday 4 December 2009

Apabila kita menjual nasi lemak untuk sarapan pagi, kita perlu sediakan produk, cari tempat yang sesuai dengan trafik pengunjung yang ramai dan letakkan produk jualan anda. Tunggu hingga pelanggan datang satu persatu sehinggalah habis jualan anda. Jualan cara begini dipanggil jualan pasif. Tidak memerlukan anda memanggil pelanggan dan membuat promosi yang agresif. Duduk sahaja pelanggan datang. Cukup senang bukan.

Apa akan terjadi jika kita gunakan cara yang sama bagi menjual bijirin sarapan pagi. Sukar untuk pelanggan membeli. Lebih-lebih lagi makanan ini bukanlah pilihan utama dalam menu pagi masyarakat kita. Oleh sebab itu syarikat pemasaran bijirin sarapan pagi di negara ini menggunakan pendekatan jualan proaktif. Membuat promosi besar-besaran, mendidik pengguna tentang kelebihan memakan bijirin, bergerak dengan van besar dalam jelajah promosi dan mengiklankan tentang cara hidup sihat memakan bijirin sarapan.

Bagi bakal usahawan, cara jualan pasif adalah mudah dan menyenangkan diri mereka. Mereka tidak perlu bising sana dan bising sini mencari jualan. Namun usahawan perlu mempunyai kemahiran jualan proaktif atau dengan kata lain kemahiran berjumpa bakal pelanggan dan memujuk mereka membeli produk keluaran.

Kelebihan mempunyai kemahiran jualan proaktif akan memberikan peluang perniagaan kita untuk maju lagi daripada graf pencapaian sekarang. Berbanding dengan duduk diam mengharap pelanggan datang, adalah lebih baik walaupun anda mempunyai produk daripada kategori jualan pasif untuk menjual dengan cara pendekatan proaktif.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: