90% FAKTOR KEJAYAAN BERGANTUNG KEPADA SIKAP

  • Hasil kajian kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan peneraju-peneraju syarikat utama di dunia mendapati bahawa kejayaan dalam sesuatu perniagaan adalah banyak bergantung kepada faktor sikap peneraju itu sendiri.

  • Hanya 10% sahaja faktor kemahiran yang menyumbang kepada kejayaan individu itu. Ini membuktikan kita selama ini hanya menumpukan kepada kemahiran untuk berjaya tetapi ini tidak cukup untuk membawa kepada kejayaan yang sebenar.

  • Oleh sebab itu ramai antara kita menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk menghadiri kursus memantapkan kemahiran, tetapi kita tidak mengendahkan ilmu bagaimana kita ingin mengubahkan sikap kita untuk berjaya, walhal ini adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan anda.

  • Sebagai contoh yang kita lihat kepada tanggungjawab tugas seorang polis trafik. Tugas beliau adalah menjaga lalulintas pada masa yang dipertanggungjawab, memastikan aliran trafik berjalan lancar, menghubungi pusat kawalan jika berlaku insiden yang tidak diingini dan mengeluarkan saman jika didapati terdapat pesalah jalan raya.

  • Namun apa akan jadi jika polis trafik itu tidak hadir bekerja, datang lewat untuk bekerja, membuat pekerjaan dengan sambil lewa dan sering ponteng dengan menghabiskan masa berbual-bual kosong di kedai kopi.

  • Tragedi pertama yang akan berlaku ialah kesesakan jalan raya akan bertambah huru rara, tragedi kedua pusat kawalan akan menjadi lintang pukang dengan maklumat kesesakan lalu lintas, tragedi ketiga polis trafik itu sendiri akan dipanggil untuk memberi keterangan terhadap kesalahannya, tambahan lagi polis trafik itu mungkin akan dikenakan tindakan akibat SIKAPnya yang sambil lewa dalam menjalankan tugasan.

  • Lebih malang jika kejadian ini berlaku pada bulan 10, maka polis trafik itu boleh menyanyikan lagu perpisahan daripada pekerjaan beliau dengan tajuk “Tragedi Oktober”
"DIRI MANUSIA ITU KECIL,
TETAPI DI DALAM DIRI YANG KECIL ITU,
TERDAPAT SATU ALAM YANG BESAR"
~ SAIDINA ALI
  • Ini adalah sebahagian contoh dalam hidup kita bagaimana kemahiran adalah penting dalam melakukan tugasan perniagaan kita, tetapi sikap yang buruk boleh menjejaskan kemahiran yang kita miliki.

  • Perubahan dalam sikap manusia tidak boleh dibuat dengan sekelip mata, begitu juga kemahiran yang kita ingin miliki tidak boleh dikuasai dalam satu hari. Perlu melalui proses sedikit demi sedikit supaya kita boleh menguasainya dengan baik.

  • Seperti yang dipetik daripada kata-kata Saidina Ali, walaupun kita semua adalah makhluk yang kecil, dalam diri kita ada satu alam yang tersangat besar. Alam yang membawa kita jauh kehadapan, alam yang membezakan antara satu individu dengan individu yang lain jika kita menggunakannya dengan berhikmah.

  • Manusia dikurniakan akal untuk berfikir, membezakan antara baik dan buruk. Ilmu yang kita pelajari dengan pembacaan dan pembelajaraan boleh membimbing kita ke arah kejayaan.

  • Oleh sebab itu perkongsian ilmu melalui Ebook ini sedikit sebanyak dapat memberikan buah fikiran kepada pembaca sekalian betapa memiliki sikap yang baik sangat penting bagi mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: