Yakin Dengan Produk Sendiri
Dalam melakukan aktiviti pemasaran barang ataupun perkhidmatan, seorang jurujual perlulah meyakinkan kepada bakal pengguna bahawa produk yang ditawarkan benar-benar memberi manfaat kepada mereka.
Sebelum itu juga kita sebagai jurujual perlu yakin dengan produk sendiri. Jika tidak yakin dengan kehebatan produk sendiri bagaimana jika kita hendak meyakinkan orang lain.
Penulis pernah mengalami pengalaman dengan jurujual yang yakin 110% dengan kehebatan produk yang dipasarnya. Ketika makan tengahari bersama 4 rakan lain disebuah gerai, kami didekati oleh seorang pakcik yang menjual tempeyek (sejenis makanan ringan).
Pakcik itu dengan yakin meletakkan sebuah bekas berisi tempeyek sambil berkata :
“Cuba try nak, tak sedap jangan beli, kalau sedap baru beli”
“Perghhhh” dalam hati saya, nampak seperti angkuh pakcik ini bercakap. Selepas kami mencuba makanan ini, memang betul-betul sedap, rasanya rangup dan seperti baru sahaja digoreng. Akhirnya kami berlima beli juga oleh kerana sedap rasanya tempeyek itu.
Kehebatan ciri sesuatu produk akan membantu jualan kita, namun faktor lain yang akan menaikkan jualan kita ialah dengan keyakinan kita terhadap produk itu sendiri. Bagaimana pula jika kita menjual produk yang tidak nampak? Pelanggan tidak akan nampak produk itu tetapi dia akan nampak si penjual produk itu.
0 comments:
Post a Comment