1000 langkah atau 1 langkah ?

Perjalanan untuk 1000 langkah bermula dengan langkah pertama”. Setiap keinginan untuk mencapai cita-cita atau impian dalam hati mestilah bermula dengan langkah pertama. Hukum alam perlu ada masa di antara bermulanya keinginan dan tercapai cita-cita. Kita tidak boleh impikan sesuatu dan mencapai cita-cita itu dengan sekelip mata.

Penulis terkenal Robert Kiyosaki ada mengatakan langkah pertama untuk seribu langkah perjalanan boleh diumpamakan sebagai langkah seorang bayi yang mula ingin berjalan. Satu langkah dan jatuh, kemudian satu langkah lagi dan jatuh sekali lagi. Bayi itu akan menangis dan esok mula melangkah lagi. Tidak mungkin seorang bayi terus berjalan dan berlari selepas dilahirkan.

Sama seperti keinginan untuk menguruskan badan. Mahukah kita berlari 3 km hari ini, 3km lagi pada hari esok dan lusa mula terasa penat teramat sangat dan terus melupakan hasrat ini. Kembali semula ke tabiat lama makan, makan dan makan. Secara praktikal mulakan dengan aktiviti yang ringan. Kurangkan makanan berlemak sedikit demi sedikit. Mulakan senaman dengan jarak yang pendek dahulu dan sedikit demi sedikit kepada jarak yang jauh.

Begitu juga langkah seorang usahawan. Permulaannya akan jatuh seperti langkah bayi. Tidak apa untuk menangis akibat kesakitan itu. Tapi esok mulakan lagi langkah bayi tanpa menghiraukan kenangan semalam. Lama kelamaan bayi itu akan cekap berjalan dengan kegembiraan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: