Ingin menjadi KAYA

Semua orang ingin menjadi kaya. Hidup senang, tiada bebanan hutang, tidak perlu kerja hingga patah tulang dan dapat menikmati kehidupan aman bersama keluarga. Oleh sebab itu ramai yang mencuba untuk mencapai cita-cita itu dengan menceburi bidang keusahawanan. Ada yang ingiN memiliki rumah yang besar, memandu kereta yang mahal dan sentiasa dapat berdamping bersama keluarga.

Namun terfikirkah kita, jika kita hidup mewah memakai kereta yang selesa namun masih ada lagi rakan-rakan yang mengharungi hujan pagi dan petang dengan motorsikal untuk pergi kerja??. Terfikirkah kita jika kita hidup mewah dengan rumah yang besar tetapi ramai saudara kita masih tinggal di pondok buruk menanti rebah.??

Adakah pernah kita terkenang kepada mereka yang makan malam hanya dengan nasi dengan garam tetapi diri kita menikmati makan mewah di hotel ternama saban minggu?? Atau terdetikkah hati kita ketika bergurau senda bersama keluarga, namun ada anak-anak lain yang kesepian kerana bapa mereka terpaksa bekerja siang malam hanya untuk sesuap nasi.??

Kekayaan yang kita cari bukanlah hanya untuk kesenangan diri sendiri dan keluarga. Perkara yang lebih penting ialah kekayaan yang kita perolehi boleh membantu meningkatkan tahap kehidupan saudara kita lain yang sedang dalam kesusahan. Bantulah mereka dengan kemampuan yang kita boleh.

Jika kita mempunyai pengalaman dan ilmu perniagaan, ajarlah mereka cara-cara memulakan dan menguruskan perniagaan, jika mereka tidak mempunyai modal jadikan mereka rakan kongsi dalam perniagaan. Atau setidak-tidaknya ambil mereka bekerja dengan kita, dengan cara ini dia akan memperolehi ilmu dan pengalaman sebelum memulakan kerjaya sebagai usahawan suatu hari kelak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: