Pengusaha tembikar pertahan warisan keluarga


V.N. Ramadass (kanan) dan anaknya, R. Velavar menunjukkan pasu yang telah siap dibentuk sebelum melalui proses pembakaran.

PERUBAHAN pesat teknologi serta cara hidup masyarakat terutamanya di negara ini dilihat telah menghakis sedikit demi sedikit budaya serta amalan tradisi yang diwarisi turun-temurun yang ada kalanya merujuk kepada identiti kepada sesuatu bangsa.

Ini kerana, perubahan tersebut telah membawa satu peralihan yang besar kepada amalan seharian masyarakat yang moden lebih kepada mengikut acuan Barat bukannya budaya masyarakat sendiri.

Bagaimanapun, perubahan cara hidup masyarakat sedikit pun tidak mempengaruhi serta mengubah pemikiran serta pegangan seorang pengusaha tembikar tradisional masyarakat India, V.N. Ramadass, 60.

Beliau setia meneruskan tradisi pembuatan kraf tangan India berusia ribuan tahun yang diusahakan keluarganya lebih 60 tahun lalu.Sejarah tembikar India merupakan antara yang tertua di dunia dan dikesan bermula pada zaman Mehrgarh kira-kira 7,000 hingga 2,500 tahun Sebelum Masihi yang turut dikenali sebagai seramik neolitik dan kalkolitik.Penemuan tersebut ditemui di beberapa kawasan tapak arkeologi purba di Lembah Indus yang merupakan pusat tamadun dunia dan kawasan tersebut kini dikenali sebagai Balochistan, Pakistan.Bagi Ramadass, pembuatan barangan tembikar itu merupakan satu idea serta kreativiti tradisional yang perlu dipertahankan supaya tidak ditelan zaman terutamanya kepada generasi muda ketika ini.Menyingkap sejarah pembabitannya dalam industri itu, Ramadass memberitahu beliau telah mewarisi seni serta teknik pembuatan tembikar sejak berusia 12 tahun daripada bapanya yang merupakan seorang imigran dari India.

Menurut beliau, bapanya, Vengadasalam, datang ke negara ini pada tahun 1946 iaitu selepas perang dunia kedua dan mengusahakan perusahaan tembikar secara kecil-kecilan di Batu 2, Jalan Keretapi Lama, Kuala Selangor untuk dijual dari rumah ke rumah pada waktu itu.

Ketika itu katanya, pembuatan tembikar hanya menumpukan barangan dapur antaranya belanga, labu air, bekas makanan termasuklah beberapa barangan upacara keagamaan seperti pelita dan sebagainya dan dihasilkan menerusi teknik tradisional iaitu tangan serta alat yang dikenali sebagai 'pemutar' yang digerakkan menggunakan tenaga manusia.Pemutar atau spinner itu merupakan alat berbentuk bulat dengan permukaan rata yang dihasilkan sama ada daripada kayu atau batu serta dipusing bagi memudahkan membentuk tanah liat dalam bentuk-bentuk tertentu.Namun, pembuatan barangan tembikar berkenaan telah banyak berubah mengikut peredaran zaman bukan hanya dari segi cara pembuatan yang menggunakan bantuan teknologi moden tetapi juga produk tembikar yang dihasilkan.

"Ketika ini saya hasil lebih daripada 20 produk dan ada di antaranya saya cipta sendiri termasuklah reka bentuk bagi memenuhi keperluan semasa pelanggan seperti bekas air dengan pili, tuku serbaguna dan sebagainya," katanya.Dalam pada itu, produk tembikar yang diusahakan oleh Ramadass juga menyerapkan beberapa elemen alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan menjalar, bunga, daun-daun serta motif binatang.Kesemua elemen berkenaan menurut Ramadass, telah digunapakai sejak ribuan tahun dahulu manakala ada corak direka semula dengan menerapkan unsur-unsur moden seperti garisan serta bentuk geometri.Untuk membuat tembikar yang berkualiti tinggi, Ramadass menggunakan hanya tanah liat yang bermutu yang dikenali sebagai 'ballclay' yang dicampur dengan pasir pada kadar yang tertentu sebelum dikeringkan kira-kira dua hari sebelum dibakar pada suhu yang bersesuaian.

Melalui proses berkenaan, ia dapat menghasilkan barangan tembikar yang lebih kuat serta tahan lama kepada suhu, haba dan sesuai untuk tujuan masakan.

Kesemua bahan mentah itu (tanah liat dan pasir) diperoleh dari kawasan Bestari Jaya, Kuala Selangor, yang dikatakan mempunyai sumber-sumber tersebut yang bermutu tinggi.

Malah, menurutnya lagi industri itu turut memberikan pendapatan yang lumayan sehingga mencecah ribuan ringgit sekiranya dilaksanakan secara betul serta bersungguh-sungguh.

Dari segi permintaan, Ramadass memberitahu, beliau banyak menerima tempahan dari dalam negara termasuklah pelancong-pelancong asing yang datang melawat Selangor.Ini kerana, pusat perusahaannya itu sebenarnya telah disenaraikan dalam peta pelancongan Selangor dan menerima ramai kedatangan para pelancong setiap tahun.Selain menumpukan kepada industri pembuatan tembikar, Ramadass turut menawarkan program latihan kepada individu serta organisasi yang berminat untuk mempelajari teknik tersebut menerusi sokongan serta kerjasama yang diterima daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Selangor.

Katanya, program latihan itu akan mendedahkan para peserta mempelajari semua aspek dan teknik pembuatan tembikar daripada asas sehingga kepada proses-proses yang terlibat dalam penghasilan barangan itu.Malah, mereka yang berminat untuk menyertai program latihan itu boleh berbuat demikian sama datang sendiri ke pusat perusahaan tembikarnya atau menghubungi talian 03-32891054 untuk maklumat lanjut.Ditanya mengenai perancangan masa depan perusahaan itu, Ramadass memberitahu, beliau akan tetapkan meneruskan tradisi itu selagi beliau masih berdaya bagi memastikan budaya tradisi masyarakat tidak terhapus begitu sahaja.

Malah hasratnya itu dilaksanakannya apabila beliau memperturunkan segala kemahiran dan bakatnya kepada anak lelakinya, R. Velavar, 30, yang kini banyak membantu beliau dalam menguruskan perusahaan kraf tangan itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

NKRA + NKPI x NKIP = GTP

Jika diandaikan kita ingin mendirikan sebuah rumah, impian itu kini hampir kesampaian. Pelan rumah sudah pun jelas, dimensi-dimensinya sudah disiapkan, dan terbaru kerangka modelnya sudah juga dipersetujui.

Demikianlah perumpamaan kita membangunkan sebuah negara Malaysia "baru" menjelang tahun 2020. Walaupun impian 2020 itu ada menggambarkan masa hadapan yang cukup nyata, namun dengan munculnya berbagai-bagai krisis global, khasnya pelbagai krisis ekonomi, gambaran 2020 itu juga turut mengalami serba sedikit perubahan.

Ditambah dengan kekhuatiran yang Malaysia terperangkap ditahap ekonomi pertengahan, langkah-langkah perlu telah pun diorak untuk menentukan yang matlamat Wawasan 2020 terus didekati.

Hatta pelancaran enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) kepada masyarakat umum baru-baru ini merupakan satu langkah yang bijak.

Bukan sahaja ia menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membina masa hadapan negara, tetapi sekali gus membuktikan betapa telus dan terbukanya kerajaan dalam hal tersebut.

Jika digunakan analogi membina sebuah rumah tadi, kerajaan seolah-olah ingin berkongsi dengan rakyat tentang masa hadapan bersama sejajar dengan prinsip "rakyat didahulukan."

Oleh itu tidak hairanlah jika ramai yang tersentuh semasa Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) baru-baru, termasuklah dari kalangan yang lazimnya pengkritik kerajaan!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala malah berkata lebih daripada 70 peratus pengunjung bersetuju dan menyokong pelan hala tuju komprehensif NKRA serta mahukan ia dilaksanakan segera oleh kerajaan (Utusan Malaysia, 19 Disember 2009).

Bak membina sebuah rumah baru sememangnya tidak sabar-sabar lagi menunggu siapnya supaya kita boleh memulai kehidupan baru yang semestinya lebih teratur dan sempurna.

Tambah lagi apabila rumah tersebut mampu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, memperkasakan prasarana luar bandar dan pedalaman, serta menambah baik pengangkutan awam.

Keenam-enam ini sebenarnya merupakan NKRA yang menjadi tumpuan untuk kali ini. Sayugia diingatkan bahawa banyak daripada pengisian NKRA serta NKPI sebenarnya adalah hasil buah fikiran orang ramai dan rakyat jua melalui makmal-makmal dialog yang diadakan untuk memperinci aspek-aspek berkaitan.

Sudah tentu ini sebaik-baik contoh kerjasama dan rundingan antara wakil yang dipilih dengan mereka yang telah memilihnya.

Sesuatu yang amat perlu dicontohi dalam menentukan "pencapaian diutamakan" kerana rakyat kini sedar apa yang perlu dihasilkan sebagai satu amanah daripada mereka.

Dengan kata lain strategi yang diambil kini akan membolehkan rakyat sendiri menilai prestasi kerajaan dan wakil rakyat mereka mengikut apa yang telah dirancang dan dilaksanakan.

Jika rumah itu sepatutnya diperbuat daripada batu bata kualiti tertentu, mereka boleh menilai malah mengukur mengikut penunjuk utama yang telah ditetap.

Malah segala-segala yang tersergam di permukaan bumi boleh dinilai dengan cara yang sama dan diberi ukuran kualiti yang sesuai. Rumah yang menepati semua penunjuk sudah tentu dikelaskan paling berjaya atau terbaik, dan sebaliknya juga.

Ini kesudahannya boleh diberi status penarafan ataupun pengelasan bintang umpama yang diamalkan untuk hotel misalnya.

Sungguhpun begitu, hakikatnya ini tidak semesti benar dalam semua hal kerana masih ada beberapa faktor yang masih belum diambil kira.

Bagi sesebuah rumah misalnya soal tapak asas ataupun foundation rumah tersebut adalah penting. Tidak kira sebaik mana rumah itu, sekiranya tapak asasnya tidak kukuh, ia akan runtuh dan roboh juga. Bahkan rumah yang agak sederhana, tetapi dibina atas tapak paling kukuh akan terus kekal lebih lama lagi.

Sayangnya soal tapak asas ini kurang mendapat tumpuan berbanding dengan rupa dan reka bentuk semata-mata. Pendek kata, apa yang nampak oleh mata kepala, umumnya lebih ternilai daripada yang tidak dapat dilihat.

Kes-kes rumah runtuh di lereng-lereng bukit merupakan contoh yang amat sesuai kerana apa lebih menarik perhatian adalah betapa tersergamnya rumah itu, daripada sama ada tapaknya di lereng bukit itu adalah selamat! Maksudnya tidak semua yang boleh diukur dan dihitung itu dapat memberi tafsiran terbaik, dan sebaliknya.

Albert Einstein pernah mengakui hakikat ini apabila beliau mengatakan: "Not all the things that can be counted counts; and not all that counts can be counted."

Bertolak daripada sini, wajar diperkenalkan satu lagi dimensi yang penting untuk memastikan kejayaan NKRA mahupun NKPI, dan apa lagi mengerakkan GTP.

Ia mencakupi dimensi yang tidak ketara atau intangible berbanding dengan yang ketara atau tangible dan mudah diukur dan ditentukan.

Dimensi tersebut ialah National Key Intangible Performance (NKIP) ataupun Prestasi Tak Ketara Utama, yang tanpanya NKPI boleh menjadi rapuh dan lambat laun runtuh dan roboh, bagaikan contoh rumah di lereng-lerang bukit.

Apa yang dimaksudkan dengan NKIP secara amnya adalah berkaitan dengan prinsip nilai yang kian luntur kerana tidak begitu ketara apa lagi jika hendak diukur secara langsung.

Contoh nilai keutuhan, keikhlasan, kejujuran, ketaatan, pengorbanan - semua ini tidak ketara lagi tidak boleh diukur dengan tepat!

Tapi cuba bayangkan apa yang akan berlaku kepada NKRA dan NKPI, hatta GTP sekalipun sekiranya tidak diasaskan kepada nilai etika seumpama ini.

Natijah yang nyata boleh dilihat dari kajian yang dilakukan Tom Peters dan rakannya seperti dalam buku tersohor pada tahun lapan puluhan - In Search Of Excellence.

Mengikut penyelidikan mereka terdapat lapan kriteria utama untuk mengukur "kecemerlangan" organisasi. Berdasarkan itu, 43 organisasi diisytiharkan cemerlang. Tetapi selepas beberapa tahun sahaja hanya 30 peratus organisasi yang dikatakan cemerlang itu telah kecundang. Soalnya mengapa?

Mengikut kajian susulan yang dilakukan, organisasi tersebut kecundang kerana melakukan "pemalsuan" maklumat dan data untuk melayakkan organisasi mereka dikelaskan sebagai cemerlang!

Ini membuktikan tanpa NKIP segala-galanya dapat dipalsukan seenaknya dan kesudahannya ramai yang terpedaya jika kita terlalu bergantung dengan angka-angka, peratusan dan sebagainya.

Oleh itu, tidak dinafikan bahawa NKRA dan NKPI meski pun penting tetapi ia mesti diteraskan kepada NKIP untuk mendapatkan GTP. Inilah formula kejayaan sebenarnya! Apatah lagi angka-angka seperti GDP secara sendirian kini telah mula dipersoalkan sebagai tidak lagi membawa pengertian yang mendalam!

Pemenang Hadiah Nobel bidang ekonomi, Joseph Stiglitz, sering membangkitkan soal yang sama. Malah mengikut beliau GDP tidak pun menggambarkan ukuran kualiti hidup sebenarnya, memandangkan kualiti hidup adalah nilai yang lebih kompleks dan tidak mudah diukur secara tepat hanya dengan memberikannya angka-angka tertentu.

Kesimpulannya perkara asas dan pokok yang sering tidak ketara, tidak wajar sama sekali diketepikan hanya kerana ia sukar diukur. Ini terutama sekali bersangkutan perihal nilai dan budaya yang menyuburi setiap bangsa itu.

Ringkasnya, seandainya paksi etika yang kental tidak dijadikan asas pembangunan negara, belum tahu lagi model yang ingin kita dirikan adalah yang terbaik dan akan terus teguh!

Di sini pentingnya dimensi NKIP dilipat gandakan sebagai asas utamanya.

Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak ialah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

OKU jadi jutawan


Kumaran menunjukkan produk terbaru di kedainya.

KANGAR 28 Dis. - Sukar untuk mempercayainya, tetapi dengan bermodalkan RM10 yang disumbangkan oleh persatuan Belia 4B mendorong orang kurang upaya (OKU), M. Kumaran, 48, berusaha gigih dan kini bergelar jutawan.

Soal percaya atau tidak, terserahlah kepada khalayak.

Duit RM10 itu adalah ihsan Persatuan Belia 4B yang berpusat di Eatet Ladang Patani, Para Estet di Bidong, Kedah pada tahun 1979 kerana Kumaran miskin dan cacat.

Wang itu dipinjamkan sebagai duit tambang untuk membolehkan Kumaran mengikuti Kursus Usahawan anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Perlis yang diadakan di sini.Kumaran diberi wang itu kerana berstatus OKU setelah kaki kirinya tidak dapat diselamatkan, terpaksa dipotong akibat kemalangan jalan raya ketika berumur 18 tahun iaitu pada tahun 1979.Waktu kejadian, Kumaran adalah kelindan lori ketika mula mencari sesuap nasi selepas menukar kerjaya daripada seorang penoreh getah.

"Mulai tahun 1979 saya keluar dari kawasan estet menjadi kelindan lori. Dulu, tempat duduk kelindan bukan di sebelah pemandu, tetapi di atas lori bersama muatan. Malang menimpa. Lori terbaik dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi."Ketika itu kami dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang ke Bukit Tengah, Butterworth," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.Apabila diajukan soalan lain, Kumaran termenung seketika, lalu menjawab: "Saya tercampak bersama muatan. Yang tahu ketika itu hanya menanggung kesakitan. Sakit yang amat sangat apabila kaki kiri dihimpit lori papan. Saya cuba melepaskannya, tetapi gagal."

Berikutan kecelakaan tersebut, Kumaran dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut selama 10 hari.Ketika di hospital, pakar perubatan sedaya upaya mengubati semua kecederaan sehingga berjaya, kecuali kaki kiri."Doktor tidak ada pilihan. Kaki kiri saya terpaksa dipotong paras lutut. Waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kesedihan yang saya alami tidak mampu dizahirkan, sama ada secara lisan atau tulisan," ujarnya.Setelah kaki kiri dipotong katanya, beliau ditempatkan tiga bulan di hospital berkenaan dan hatinya sekali lagi tersentak apabila terpaksa pulang ke kampung berbekalkan sebatang tongkat kayu untuk berjalan.Namun begitu, Kumaran tidak mudah mengaku kalah apabila setahun kemudian beliau membelanjakan RM1,400 untuk membeli kaki palsu.

Berbekalkan kaki palsu, di peringkat awal, anak muda itu bercadang menjadi pekerja di stesen minyak sebagai juru pam."Ketika asyik mencari kerja, saya yang menyertai Belia 4B dipilih mengikuti Kursus Usahawan selama 14 hari di Kangar. Disebabkan duit tambang tidak ada, Belia 4B bagi pinjaman RM10."Selepas mengikuti kursus, saya memohon bantuan modal perniagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Saya memohon dari JKM Perlis setelah menetap di Kangar. Saya memperoleh RM500 untuk dijadikan modal pusingan.

"Selain modal RM500, JKM menyediakan satu kedai kepada saya dengan sewa RM60 sebulan di Medan Datuk Jaafar Hassan di sini mulai tahun 1982," ujarnya.Di premis itu, Kumaran memulakan perniagaan membuat papan tanda dan bingkai gambar, diikuti membuat tanda nama berikutan ketetapan bagi kakitangan kerajaan menggunakan tanda nama seperti yang dikehendaki oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1983.Setelah melihat peluang perniagaan membuat tanda nama begitu cerah, Kumaran yang tidak mempunyai modal telah bertemu Menteri Kebajikan Masyarakat, Tan Sri Aishah Ghani sehingga berjaya memperoleh bantuan JKM untuk membeli mesin membuat tanda nama berharga RM1,200.

"Mesin tanda nama yang disumbangkan oleh JKM tahun 1983 itu sampai sekarang masih ada," ujar beliau sambil menunjukkan mesin tersebut di kedai pertamanya di Perusahaan Cahaya Murni Enterprise yang terletak di No. 2, Tingkat Bawah, Medan Bazar Kangar.Selain premis itu, beliau juga mempunyai sebuah lagi kedai iaitu Fawarra Murni Sdn. Bhd., di No. 11, juga di Medan Bazar Kangar.Satu lagi syarikat milik Kumaran ialah Cahaya Tujuh Enterprise yang berpusat di Jalan Jubli Perak, juga di Kangar.

Perkhidmatan yang disediakan termasuklah membuat sulaman logo, logo bercetak, barangan cenderamata, cop getah, tanda nama sulam, kad perniagaan dan papan iklan.Di ketiga-tiga premis berkenaan, beliau mempunyai enam pekerja termasuk empat OKU yang setiap orang berpendapatan antara RM650 hingga RM700 sebulan.Selain sibuk menyiapkan produk permintaan pelanggan di seluruh Perlis, usahawan ini juga aktif ke Kedah kerana prinsipnya dalam perniagaan ialah tiada sempadan negeri asalkan sah.Hasil kegigihan Kumaran sejak berusia 18 tahun, beliau yang mendirikan rumah tangga dengan K. Kumutha Devi dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kanmani, gadis berusia 22 tahun dan Kanimoli pula berumur 20 tahun manakala anak lelaki bongsunya, Paventhan, 17.

Kanmani kini menuntut di Moscow dalam jurusan perubatan, sementara Kanimoli mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Utura Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah, manakala Paventhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Sekarang, Kumaran memiliki dua kereta iaitu Toyota Camry dan Toyota Vios.Ditanya mengenai rumahnya pula, jutawan itu mengakui memiliki lapan buah, iaitu satu daripadanya dijadikan kediaman sekeluarga manakala tujuh lagi disewakan.Apabila diminta menyatakan nilai hartanah semasa bagi tiga premis kedai dan tujuh rumahnya, sambil tersenyum Kumaran berkata:

"Tiga kedai itu setiap satunya berharga kira-kira RM500,000 berbanding sewaktu dibeli RM54,400 sebuah. Nilai rumah pula antara RM180,000 hingga RM380,000 sebuah."

Menyentuh wang RM10 yang dipinjam dari persatuan Belia 4B untuk mengikuti Kursus Usahawan di Kangar dulu pula, Kumaran berkata, ia sudah dibayar balik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Dodol Ideris 13 perisa


Ideris Zainuddin memperkenalkan dodol 13 perisa dari kilangnya pada Karnival Pasar Tani Melaka, baru-baru ini

MELAKA 28 Dis. - Dodol adalah makanan tradisi yang kerap dihidangkan pada setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.

Permintaan kuih istimewa itu meningkat setiap kali menjelang perayaan tersebut kerana ia dianggap satu kemestian bagi masyarakat Melayu.

Bagaimanapun ramai penggemar dodol tidak mahu membuatnya sendiri kerana ia melibatkan kerja yang rumit kerana terpaksa mengambil masa lama dan memenatkan.

Justeru tidak ramai usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dodol, malah jumlah penyertaan mereka itu boleh dibilang dengan jari.

Namun bagi Ideris Zainuddin, 48, atau lebih dikenali sebagai Deris, dodol menjadi punca rezekinya.Makanan tersebut dihasilkan dengan 13 jenis perisa tetapi masih mengekalkan cita rasa tradisi yang diwarisi sejak dahulu.Biarpun memasak dodol melibatkan kerja yang mengambil masa agak lama dan cukup memenatkan tetapi bagi Ideris ia menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan.Dodol Ideris dihasilkan dengan perisa seperti strawberi, cappucino, kismis, wajik sirat, kurma, pandan, jagung, mangga, durian, coklat, asli, nanas dan nangka.Menurut Ideris, dodol keluarannya dihasilkan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dibuatnya sendiri.''Saya bermula dengan membuat dodol berperisa asli tetapi lama kelamaan timbul idea untuk meningkatkan pengeluaran dengan menambah perisa lain.''Bagi saya tidak salah untuk mencuba dodol dengan perisa-perisa lain dan hasil R&D yang saya jalankan sendiri dengan bantuan beberapa pihak, akhirnya ia menjadi kenyataan.''Bayangkan daripada berperisa asli saya sudah mampu menambah pelbagai perisa dan kesemua perisa tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, bagi analisis kandungan pemakanan, beliau menggunakan khidmat nasihat Jabatan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI).Ideris berkata, perniagaan yang diusahakannya mendapat bantuan daripada Jabatan Perikanan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).Kini perniagaan Ideris semakin mendapat sambutan menggalakkan.Ideris memulakan perniagaan dodol dengan satu kawah yang diusahakan di belakang rumah sambil dibantu oleh ahli keluarganya.Tetapi kini, beliau memiliki sebuah kilang yang terletak di Solok Bakar Batu, Lorong Hj. Zainudin, Kampung Kandang, dekat sini.Kilang tersebut mempunyai tujuh buah mesin mengacau dodol dan setiap sebuah berharga RM6,500.Katanya, setakat ini beliau mempunyai 46 pekerja yang terdiri daripada suri rumah dan anak-anak muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Kini Ideris mampu tersenyum atas usahanya yang berjaya menghasilkan 600 kilogram dodol 13 perisa setiap hari berbanding 420 kilogram sebelum ini.Bagi mereka yang berminat untuk membuat sebarang tempahan, boleh berhubung dengan Idris di talian 06-2695084.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sistem pengawasan DIY untuk rumah, pejabat


KINI anda boleh mengawasi rumah, pejabat, kedai atau taman permainan tempat anak anda bermain melalui kamera yang dihubung ke Internet.

TERSENARAI di Papan Utama Saham Malaysia, Green Packet Berhad (Greenpacket) sebuah syarikat pemaju peranti dan pembekal rangkaian jalur lebar wayarles yang terulung telah melancarkan satu produk baru iaitu IRIX 123 (IRIX).

IRIX merupakan sistem pengawasan berasaskan Protokol Internet (IP) bagi rumah dan pejabat kecil di rumah yang boleh diakses secara jauh dari portal laman web melalui komputer riba atau telefon 3G.

Kini, keselamatan bukan lagi dikira sebagai keutamaan tetapi satu keperluan."IRIX123 menawarkan keselesaan bagi mereka yang sentiasa berada di luar tetapi perlu mengetahui segalanya selamat di rumah atau pejabat.

"Selagi anda mempunyai sambungan Internet melalui komputer atau telefon mudah alih 3G/WiFi, IRIX123 boleh diakses," ujar Pengurus Besar Kanan Greenpacket, Kelvin Lee.

Beliau berkata, IRIX direka khas untuk dipasang dengan tiga langkah mudah.

"Pasang kamera, sambung router tanpa wayar, daftar masuk ke www.irix.com.my dan anda boleh lihat apa yang berlaku di rumah atau pejabat anda dari seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan.Greenpacket membangunkan IRIX123 sebagai sistem pengawasan yang paling mesra pengguna, berpatutan dan fleksibel, sesuai bagi kegunaan di rumah atau perniagaan kecil.

Hasil dari kajian pengguna sewaktu pembangunan produk, syarikat mendapati bahawa kebanyakan pengguna inginkan sebuah sistem pengawasan yang tidak memerlukan banyak wayar dan kabel, pemasangan yang mudah dan kurang konfigurasi.

kawalan

Pengguna juga melahirkan kebimbangan terhadap pemasang pihak ketiga dan oleh itu, mereka inginkan sebuah sistem yang memberikan mereka kawalan sepenuhnya.Selain itu, Greenpacket juga telah mengambil kira kriteria pembelian pengguna sewaktu mereka mereka cipta IRIX123 dan mengenal pasti keperluan mereka terhadap sistem yang mampu dimiliki dan mesra pengguna dengan tidak mengkompromikan ciri-ciri keselamatan."Ia adalah inspirasi bagi pelancaran sistem pengawasan DIY," jelas Lee.Kamera IP di dalam sistem IRIX123 adalah tanpa wayar yang tidak memerlukan banyak penggerudian dan pemasangan kabel.Ini menjadikan pengaturan dan pemasangan lebih mudah dan selesa walaupun bagi mereka yang tidak mahir dalam teknologi.Juga tiada konfigurasi diperlukan bagi kamera IRIX kerana ia hanya memerlukan pendaftaran mudah di portal www.irix.com.my.

Portal dan perisian sistem direka oleh Greenpacket iaitu syarikat pertama yang melancarkan gabungan unik ini.Dengan IRIX123, kini pengguna tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak memiliki sistem pengawasan mereka sendiri.Pertama, dengan ciri-ciri DIY, pengguna mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas sistem dan tidak perlu bimbang tentang pemasang pihak ketiga yang memecah masuk dan memiliki akses ke dalam sistem pengawasan.Kedua, rekaan mudah IRIX123 tidak memerlukan kepada penggerudian dan pemasangan kabel yang mana dapat mengurangkan kos pengaturan dan pemasangan - ia sebuah sistem yang mudah dan mampu milik.

Dan ketiga, IRIX123 membolehkan pengawasan ketika di luar, satu ciri-ciri utama yang sesuai dengan gaya hidup yang sibuk.Pengguna dapat memantau rumah dan perniagaan mereka bila-bila masa dan di mana jua melalui sebuah komputer atau telefon 3G atau WiFi.IRIX123 Greenpacket dengan harga belian terbaik di pasaran dan paling mudah dipasang.Greenpacket akan mula memasarkan IRIX123 melalui pengedar jalur lebar dan harga jualan sebanyak RM1,588 bagi dua kamera.

Sempena dengan pelancaran produk, kad memori 2GB dan perisian pengurusan video akan diberikan secara percuma sebagai hadiah saguhati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Memodenkan bas henti-henti


BAS baru milik CBS kelihatan moden dan ceria berbanding bas lama (gambar bawah).


TEMPAT duduk tidak selesa, lantai berbunyi dan panas berbahang bagaikan matahari. Itu antara rungutan biasa sebahagian besar pengguna perkhidmatan pengangkutan awam khususnya bas henti-henti di negeri Perak.Dengan kebanyakan bas yang digunakan mencecah usia dua dekad dan lebih, senario penumpang terutama pengunjung dari luar negeri ini yang resah tatkala menggunakan perkhidmatan itu bukanlah menghairankan.Bahkan bagi banyak pihak, bas awam tempatan di negeri itu dikatakan bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan pemegang-pemegang permit Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Lembah Klang mahupun Pulau Pinang.Ternyata dakwaan sedemikian mempunyai asasnya jika diambil kira kondisi bas-bas berkenaan.

Meskipun ada beberapa syarikat yang membuat pelaburan menggantikan unit sedia ada, namun jumlahnya terlalu sedikit. Inisiatif tersebut sebenarnya langsung tidak memperlihatkan usaha serius pihak terbabit untuk memodenkan perkhidmatan yang ditawarkan.

Daif

Keadaan daif bas henti-henti yang masih beroperasi juga secara langsung telah memberikan imej negatif kepada orang luar khususnya pelancong asing.

Perkara itu diakui seorang pengusaha agensi pelancongan yang mempunyai cawangan di beberapa buah dearah di Ipoh, Abdul Bhukari Baharuddin, 36.

Menurutnya, keadaan fizikal bas henti-henti di negeri itu termasuk yang beroperasi di sekitar pusat bandar raya Ipoh menjadi halangan kepada ejen pelancongan mempromosikan pengangkutan awam kepada pelancong.

"Ipoh merupakan kota kedua yang diisytiharkan sebagai bandar raya selepas Kuala Lumpur namun apa yang ditawarkan syarikat-syarikat bas tempatan sangat mendukacitakan. Kita cukup malu untuk promosikan konsep pelancongan pengembaraan kepada pelancong luar," katanya.Apa yang pasti, sentimen yang sama turut dirasai seorang pengguna tetap perkhidmatan bas awam, Mansor Abdullah, 43, yang menetap di Chemor, kira-kira 28 kilometer dari pusat bandar raya Ipoh.Dia yang menggunakan bas awam untuk pergi dan pulang ke tempat kerja di sebuah agensi kerajaan di Pusat Perniagaan Greentown, Ipoh, memberitahu, para penumpang seolah-olah 'terpaksa' membayar tambang sedangkan perkhidmatan yang diperoleh tidak setimpal dengan apa yang dikenakan.

"Kadar tambang ditentukan LPKP berdasarkan jarak atau per kilometer. Namun, kualiti yang kami terima tidak seperti yang dinikmati penduduk Lembah Klang yang merasai RapidKL, begitu juga RapidPenang di Pulau Pinang," katanya.

Namun, Mansor bersyukur kerana syarikat penyedia perkhidmatan bas awam Ipoh-Kuala Kangsar, The Combined Bus Services Sdn. Bhd. (CBS), yang digunakannya sejak lima tahun lalu mula mengorak langkah menaik taraf bas-bas di laluan berkenaan.

"Saya sendiri terkejut apabila beberapa minggu lalu bas syarikat berkenaan yang sebelum ini kusam dan 'tidak ceria' mula bertukar wajah dan warna.

"Pada pengetahuan saya, syarikat berkenaan merupakan yang pertama melaksanakan pemodenan unit-unit bas khususnya yang berpangkalan di Terminal Bas Medan Kidd di Ipoh," katanya.

Menaik taraf


CHONG KONG FITT


Mengulas mengenai perkara tersebut, Pengarah Urusan CBS, Chong Kong Fitt ketika ditemui Kosmo! menjelaskan pihaknya telah menggantikan sepuluh unit bas lama bagi laluan Ipoh-Kuala Kangsar.

Katanya, CBS yang menaungi tiga syarikat pengendali perkhidmatan bas henti-henti utama di Perak menyasarkan untuk menaik taraf sepenuhnya baki 140 buah bas miliknya dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Tiada siapa yang paksa kami melakukannya (menaik taraf bas) dan ia dilaksanakan demi mengambil kira kepentingan pengguna setia perkhidmatan yang kami tawarkan," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Jelasnya, buat permulaan sebanyak RM8.4 juta telah dilaburkan bagi menggantikan 20 unit bas iaitu bagi laluan Ipoh-Kuala Kangsar dan sekitar bandar raya Ipoh.Katanya, pembelian bas-bas baru terbabit merupakan sebahagian komitmen CBS untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Perak yang sebelum ini dilihat masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain."Sebanyak 10 buah bas generasi baru yang setiap satunya berhawa dingin dan menyediakan 44 tempat duduk yang selesa telah dilancarkan bagi laluan Ipoh-Kuala Kangsar."Bas-bas terbabit akan menggunakan jenama baru iaitu Perak Transit. Namun, apa yang mengujakan, sebanyak 10 buah lagi iaitu bas lantai rendah lower deck yang mesra golongan kurang upaya bagi laluan sekitar pusat bandar raya Ipoh sedang disiapkan," katanya.Majlis pelancaran sepuluh unit bas baru bagi laluan Ipoh-Kuala Kangsar itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di pekarangan Stesen Bas Kuala Kangsar pada 12 Disember lalu.

Tambah Kong Fitt, sebanyak 25 buah bas moden bagi beberapa laluan lain juga sedang dibina dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2010.

Ketika ini, katanya, CBS menaungi tiga syarikat iaitu The General Omnibus, Kinta Omnibus dan Ipoh Omnibus yang ditubuhkan pada 2006 lalu dan beroperasi dengan modal berbayar sebanyak RM10 juta.

"Dengan bernaung di bawah satu bumbung, semua syarikat terbabit dapat bersaing dengan sihat.

"Namun, apa yang lebih mustahak, ia sebenarnya memberi manfaat kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan kami," katanya.

Jelasnya, penukaran bas-bas syarikat itu kepada unit yang lebih moden dan selesa dilaksanakan selaras komitmen kerajaan negeri untuk menaik taraf Terminal Bas Medan Kidd dan pembinaan terminal pengangkutan awam bersepadu Perak di Bandar Meru Raya."Kami berharap lebih ramai warga Ipoh akan menggunakan perkhidmatan bas-bas awam sekali gus mengurangkan masalah kesesakan yang berlaku di bandar raya ini," katanya.Sungguhpun begitu, masih ramai dalam kalangan pengguna bas henti-henti yang ditemui mengharapkan komitmen CBS itu dicontohi. Bahkan, ada yang mahu kerajaan negeri dan LPKP campur tangan 'mewajibkan' pemilik-pemilik permit bas henti-henti menggunakan unit bas baru dalam operasi mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Busana praktikal untuk Muslimah


Jubah ini diperbuat daripada kain kapas bercetak motif batik 'paisley' serta berkemasan butang dan kain polos berwarna hitam di bahagian kolar bulat dan dada.

SATU ketika dahulu, busana Muslimah tidak begitu mendapat tempat di hati wanita Muslim di Malaysia kerana fabriknya yang panas dan tidak sesuai dengan cuaca di negara ini.

Namun begitu, kini telah banyak inovasi dan eksperimen oleh para pengusaha busana Muslimah bagi mencari penyelesaian pakaian yang boleh dipakai dengan selesa dan bergaya oleh wanita Islam.

Hasilnya, busana Muslimah yang selesa, diperbuat daripada kain kapas lembut dan lebih menarik ia direka dengan potongan, warna yang ceria dan praktikal tetapi masih berlandaskan syariat agama Islam itu sendiri.

Ditubuhkan pada tahun 1992, Ilham Muslimah mengorak langkah dan sedang membina nama di dalam industri busana Muslimah di Malaysia sebagai pemborong dan pembekal pakaian wanita dan baju-T dengan rekaan eksklusif. Kualitinya pakaiannya sentiasa dijaga supaya seiring dengan keanggunan si pemakai.

Sinonim dengan rekaan pakaian bersulam dan manik yang kemas dan indah, Ilham Muslimah berada di tahap dan kelasnya tersendiri. Ia sentiasa menjanjikan hanya terbaik untuk para pelanggannya yang mempunyai cita rasa yang tinggi dan pelbagai.

Busana edaran Ilham Muslimah sememangnya menjadi kegemaran para pelanggan yang ingin sentiasa kelihatan anggun lagi sopan, sesuai dengan personaliti wanita Muslim yang terpuji. Merangkumi baju-T, jubah, busana bersulam, busana kanak-kanak dan lelaki dan ia hanya boleh dimiliki menerusi dalam talian.

Pengusahanya, yang ingin dikenali sebagai Syarifah berkata, kemudahan membeli-belah dalam talian ini sebenarnya lebih memberi kelebihan kepada para pelanggan serta peniaga lain.

"Pelanggan hanya perlu memberitahu nombor kod dan saiz yang dikehendaki mengikut panduan ringkas pada laman web. Apabila bayaran diterima di pihak Ilham Muslimah, penghantaran akan dilakukan secepat mungkin.

"Seperkara menarik tentang perniagaan dalam talian ini ialah penglibatan anak-anak muda terutama pelajar universiti yang menjalankan perniagaan drop shipping agent. Mereka akan membuka laman web sendiri dan mengambil gambar baju-baju Ilham Muslimah untuk diniagakan dan hasilnya boleh menjangkau hingga RM300 sebulan, mudah dan menguntungkan," ujarnya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Sri Damansara, baru-baru ini.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 019-3117254 atau e-melkan sahaja kepada ilhammuslimah@yahoo.com.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

100 lauk-pauk sehari - Pak Tam


Banyak pilihan makanan di Restoran Tu..u..u Dia Pak Tam.

KIRA-KIRA lapan tahun lalu beliau hanya berniaga makanan secara kecil-kecilan di gerainya yang terletak di bulatan Selayang Baru, Kuala Lumpur. Antara menu yang istimewa ialah sup tulang, sup daging, sup ayam, mi rebus dan rojak.

Gerainya sering menjadi tumpuan mereka yang baru balik bekerja. Sup panas, mi rebus dan rojak menjadi hidangan lewat petang sebelum pulang ke rumah.Pada petang Sabtu dan Ahad pula, mereka yang berkeluarga datang menjamu selera bersama-sama anak dan isteri.Namun hari ini, gerai di bulatan Selayang Baru itu sudah tidak ada lagi. Walaupun demikian, menu popular itu masih lagi dapat dirasai. Cuma lokasinya sahaja yang berbeza. Dari gerai, kini penggemar sup, mi rebus, rojak dan sebagainya boleh menikmatinya di tempat yang lebih terurus dan selesa.

Tu..u..u Dia Pak Tam hari ini berada berhadapan dengan Stadium Selayang. Jika pada tahun 1994 dahulu Pak Tam berniaga di gerai, namun hari ini beliau mampu mencapai peningkatan yang membanggakan kerana membuka restoran di tiga lot kedai tiga tingkat di Bandar Baru Selayang.

Semasa ditemui di Restoran Tu..u..u Dia Pak Tam baru-baru ini, pemiliknya Ruslin Ibrahim atau popular dengan panggilan Pak Tam berkata, restorannya sememangnya terkenal dengan menu seperti mi rebus, rojak pasembor, nasi kandar, mihun sup, nasi beriani, nasi campur pelbagai lauk dan banyak lagi."Saya menggabungkan resipi India, Arab, Indonesia dan Thailand bagi mendapatkan resipi yang agak berlainan. Hanya mereka yang pernah makan di sini dapat merasai bahawa hidangan yang disediakan di Restoran Tu..u..u Dia Pak Tam tidak ada di tempat lain.

"Semasa saya berada di Arab Saudi, saya bekerja sebagai ketua tukang masak jemaah haji dan sempat mempelajari masakan Arab,'' katanya yang pernah bekerja dan mempelajari bidang masakan di negara-negara Arab, Thailand, India dan Indonesia.

Menurut Pak Tam lagi, restorannya yang dibuka seawal pukul tujuh pagi sehingga 12 malam menyediakan lebih 100 jenis lauk-pauk dalam sehari."Pelanggan boleh menikmati banyak pilihan makanan untuk sarapan pagi seperti nasi lemak, lontong, roti canai, kuih-muih, mi dan sebagainya."Sementara tengah hari lebih banyak lagi lauk-pauk dan hidangan yang disediakan seperti nasi beriani, nasi kandar, lauk kampung, ayam kampung goreng berempah, sotong, udang besar goreng, sayur-sayuran dan banyak lagi.

"Untuk minum petang pula, pelanggan dapat mencicip goreng pisang, kuih-muih bergoreng, roti canai manakala hidangan panas Thai boleh dinikmati pada waktu malam. Jika inginkan mi rebus, mihun sup atau rojak, sepanjang masa ada disediakan,'' ujar Pak Tam selaku Pengarah Urusan.

Beliau mengakui keistimewaan menu restorannya terletak pada rasa makanan yang menepati selera masyarakat Malaysia, iaitu tidak terlalu pedas, tidak terlalu manis dan tidak terlalu masin. Bukan hanya masyarakat Melayu malah masyarakat lain turut menggemari makanan di Restoran Tu..u..u Dia Pak Tam.

Tambahnya, sambutan amat menggalakkan terutamanya mi rebus, rojak pasembor, mihun sup, nasi kandar berlauk ayam atau daging.Ini membuka peluang kepada beliau bagi mengembangkan perniagaan dan kini beliau mempunyai enam buah restoran di seluruh Malaysia.Bukan itu sahaja malah menurut Pak Tam, beliau kini sedang merancang untuk membuka francais Restoran Tu..u..u Dia Pak Tam di seluruh Malaysia dalam tempoh terdekat.

Selain menguruskan restoran, Pak Tam dilantik oleh Mara sebagai mentor untuk usahawan yang ingin membuka restoran di kawasan rawat dan rehat (R&R) dan beliau amat menggalakkan sesiapa yang ingin menjadi mentee agar menghubunginya."Saya turut mengadakan latihan dan mengajar pastri, kek, lauk-pauk dan sebagainya,'' kata Pak Tam yang mempunyai restoran di R&R Rawang, Air Keroh Selatan, Machap, Hulu Bernam dan tidak lama lagi di Gurun dan Tapah.

Beliau yang turut mengembangkan cabang perniagaan kepada katering kini memperkenalkan menu restorannya untuk hidangan di majlis kahwin.Katanya, pada musim kahwin, semua menghidangkan menu yang sama. Kadang-kadang seseorang itu mendapat hingga tiga jemputan majlis dan pasti jemu makan hidangan yang sama.Menyedari ini, Pak Tam menyediakan menu istimewa yang berbeza khusus dihidangkan kepada tetamu pada majlis perkahwinan. Menu yang terdiri daripada mi rebus, rojak, teh tarik dan cendul ini mengenakan bayaran sebanyak RM6.50 untuk seorang sudah tentu membuatkan tetamu teringin menikmatinya.Kata Pak Tam, kepada yang ingin menempah, bolehlah menghubunginya di 03-61388388.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Dari korporat ke dunia perniagaan


jubah-jubah elegan dan sesuai untuk ke pelbagai majlis boleh diperoleh di butiknya.

PERKEMBANGAN dunia fesyen busana Muslimah semakin ketara pada masa kini, malah dari hari ke hari ia semakin menjadi pilihan sebagai fesyen seharian.Sama ada dari pakaian untuk bersantai atau sebagai pakaian formal ke majlis, kini terdapat pelbagai rekaan yang memikat hati serta menepati pemakaian sebagai Muslimah moden.

Situasi ini jugalah yang membuatkan ramai pereka telah mula menghasilkan pakaian Muslimah yang elegan, anggun lagi bergaya.Tidak terhenti hanya pada pakaian, malah penghasilan tudung yang pelbagai gaya dan rekaan juga telah membanjiri pasaran.Melihatkan permintaan yang sentiasa ada dan keterujaan wanita untuk memilih pakaian Muslimah, maka terdetik di hati seorang wanita yang mempunyai minat ke arah perniagaan untuk turut menceburi dalam bidang penjualan busana Muslimah.

Nik Aida Wan Muda, 40, yang pernah berkhidmat dalam bidang korporat lebih 25 tahun telah beralih angin ke dunia perniagaan bagi memenuhi cita-citanya yang telah lama terpendam.

''Memikirkan sampai bila harus bekerja makan gaji membuatkan saya nekad untuk beralih arah dan mencuba nasib dalam bidang perniagaan.''Tambahan pula melihat perkembangan fesyen di kalangan wanita moden yang bekerja menimbulkan ilham untuk menubuhkan Selendang Cahaya Aida selepas mendapat restu suami dan juga orang tua,'' ujarnya ketika ditemui di butik miliknya yang terletak di Carrefour Ampang baru-baru ini.Walaupun beliau tidak mempunyai pendidikan formal dalam perniagaan namun wanita kelahiran Che Siti Wan Kembang ini sanggup bermula dari bawah.''Pada awalnya, saya hanya menjual kecil-kecilan semasa bekerja di pejabat dan dari situ timbul minat untuk melangkah ke arah yang lebih jauh,'' ujarnya menceritakan pengalaman.

Jelasnya, ketika mengambil keputusan untuk berhenti kerja, ramai juga kenalan yang menasihatkan saya kerana bimbang akan mengalami kerugian dalam bidang yang baru diceburi.

''Namun kini, saya berjaya membuktikan walaupun tanpa pendidikan formal dalam bidang perniagaan, saya mampu melakukan,'' akui ibu kepada empat orang cahaya mata.Bergelar ahli perniagaan berjaya pada masa sama memikul tanggungjawab sebagai ibu dan isteri sememangnya dilihat agak membebankan. Namun bagi Nik Aida semua itu adalah antara pengorbanan yang dilakukan untuk berjaya pada hari ini.

tanggungjawab

''Namun sesibuk mana pun saya, tanggungjawab sebagai ibu dan isteri tidak pernah diabaikan malah setiap masa yang terluang akan dihabiskan bersama mereka,'' ujar isteri kepada Zakaria Awang Lah, 48.''Pada awalnya bukan mudah untuk memajukan perniagaan ini tetapi keluarga terutama suami memberi sokongan,'' ujarnya bersungguh.Menceritakan lagi keadaan semasa awal pembukaan butiknya, beliau terpaksa berulang alik ke Indonesia dan juga Vietnam untuk mencari rekaan yang terbaik untuk pasaran di butiknya.''Malah ketika itu, setiap minggu saya berulang antara Kuala Lumpur ke Jakarta dan juga Vietnam. Setiap kali pulang ke rumah, anak-anak sudah tidur."Namun pada ketika itu, saya tekadkan dalam hati bahawa setiap usaha yang dilakukan akan digantikan dengan kejayaan,'' katanya.

Kini, selain menjual pakaian Muslimah seperti jubah dan juga tudung-tudung, turut disediakan juga ialah barangan persediaan untuk mengerjakan haji dan juga umrah.

''Saya mementingkan kepuasan pelanggan dan sedia memberi sentuhan peribadi terutama khidmat rundingan mengenai warna, fabrik dan fesyen yang sesuai dengan penampilan pelanggan.''Kami menempah rekaan ini dari Indonesia untuk mendapat kepuasan yang tersendiri selain kualiti yang lebih terjamin," katanya yang mempunyai pereka sendiri di Indonesia.Mengenai fesyen pula, Nik Aida memberitahu, ia tidak terbatas kepada jubah semata-mata sebaliknya sut formal ke pejabat juga turut disediakan di butiknya.

Katanya, Selendang Cahaya Aida akan memastikan harga yang ditawarkan lebih berdaya saing selain memberi perhatian terhadap kualiti dan rekaan.''Saya percaya, kalau disebut sahaja butik, orang akan beranggapan apa yang ditawarkan di sini semuanya mahal .''Namun di butik ini, saya memberi jaminan bahawa apa yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding apa yang ditawarkan oleh butik-butik lain," akuinya lagi.Sebagai peniaga, beliau turut memberi reaksi positif setiap komen atau ketidakpuasan pelanggan.Jelasnya, setiap apa yang dikatakan oleh pelanggan merupakan satu anjakan untuk dia terus maju ke hadapan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tepung keledek berpotensi dikomersialkan


Norani Sidek (kanan) bersama Prof. Saidatul Hisan menunjukkan tepung yang diperbuat dari keledek di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

BIASANYA ubi keledek dimakan dalam bentuk gorengan, direbus atau bahan dalam kuih-muih sebagai hidangan sarapan pagi atau petang. Rasa keledek biasanya manis dengan kehadiran gula yang biasanya meningkat apabila direbus atau dimasak.

Bagaimanapun kanji merupakan bahan utama dan tepung boleh dihasilkan daripada keledek.

Kajian menunjukkan keledek kaya dengan Vitamin A dalam bentuk beta karoten dan sumber Vitamin C yang baik selain mempunyai ciri perubatan sebagai makanan antioksidan.

Kedua-dua beta-karoten dan Vitamin C merupakan bahan antioksidan yang berguna dan boleh memusnahkan radikal bebas.Radikal bebas merupakan bahan kimia yang memusnahkan sel dan membran sel dan berkaitan dengan perkembangan atherosclerosis, penyakit diabetes dan kanser kolon.Kajian menunjukkan warna kuning atau jingga dalam keledek disebabkan oleh kandungan beta-karoten.Beta-karoten dalam keledek boleh digunakan untuk menghasilkan Vitamin A yang dinamakan Provitamin A.Keledek ungu pula merupakan sumber terbaik antosianin dan mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi di kalangan varieti keledek.Justeru sekumpulan pensyarah dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), menjalankan kajian mengenai keledek.Kajian yang diketuai oleh Prof. Madya Norani Sidek bersama Prof. Madya Raja Saidatul Hisan Raja Datuk Sri Azam, Noradzhar Baba dan Sabaianah Bachok bagi menunjukkan keledek sesuai dijadikan tepung yang berpotensi dikomersialkan.Norani berkata, produk baru yang dihasilkan daripada keledek kaya dengan beta-karoten dan antioksidan, tinggi fiber, kalori rendah, tanpa pengawet dan pewarna tiruan."Tepung keledek berpotensi untuk dikomersialkan kerana mempunyai nilai pemakanan dan sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan."Ini merupakan sesuatu yang baru dalam pasaran, mempelbagaikan kegunaan keledek, menghasilkan pelbagai produk daripada tepung keledek," katanya semasa ditemui semasa pameran BioMalaysia 2009 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Beliau menambah, pelbagai produk berasaskan keledek berpotensi dikomersialkan kerana mempunyai pelbagai nilai pemakanan dan sesuai bagi mereka yang menjaga kesihatan."Tepung keledek merupakan produk baru dalam pasaran yang baik untuk menghasilkan adunan tepung dan hasil bakeri dan boleh dijadikan makanan kesihatan," katanya.

Norani berkata, kajian yang dijalankan mendapati tepung keledek mudah dihasilkan menggunakan bahan sedia ada.Keledek yang dituai perlu dikupas kulit, potong dan dikeringkan pada suhu 158 darjah Celsius selama lapan jam.Bahan berkenaan kemudian disejukkan pada suhu bilik selama dua jam sebelum dikisar dan kemudian diayak dan kemudian tambah dengan beberapa bahan lain."Tepung keledek tadi boleh menghasilkan beberapa produk lain seperti sos barbeku, produk pastri dan bakeri, sapuan keledek, lempeng dan fritter dan batters,"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Among pilih pertanian meskipun ada tiga ijazah.


KAMBING Boer yang kian popular di kalangan penternak kambing turut diternak oleh Azizuzanadi Zainuddin. - Gambar hiasan

KETIKA penulis tiba di kediamannya di Kampung Hayat, Simpang Pelangai, terletak kira-kira 46 km dari Bentong, beliau sedang bertukang di kandang kambingnya.

"Beginilah kalau kerja sendirian, semua kena buat sendiri," kata Azizuzanadi Zainuddin, 39, sambil mengetuk papan untuk dijadikan bekas makanan kambing-kambing baka Feral dari Australia.

Berbanding kambing lain yang begitu riuh mengembek, baka kambing Australia ini berkumpul di satu sudut ketika Azizuzanadi atau lebih mesra dengan panggilan Among, membuat kerja tukangannya."Kambing Australia ini baru saya dapat, mungkin ternakan ini tak biasa lagi dengan kandang ini, sebab itu diam sahaja," kata Among berseloroh.

Kandang kambing dua tingkat itu siap dibina Mac tahun lalu. Kos membina kandang mencecah RM90,000 dan sebahagian besar wang diperoleh daripada pinjaman TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) dan bantuan PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan Pelangai).Di bahagian bawah kandang terdapat stor menyimpan makanan, peralatan dan keperluan. Di lantai bawah itu juga. dia membakar rumput kering yang menghasilkan asap untuk menghalau agas dan nyamuk. Tinja kambing turut dikumpul di lantai bawah dan dibakar untuk dijadikan baja.Di bahagian atas terdapat beberapa petak kandang yang mengasingkan kambing ternakan mengikut jenis, saiz dan umur.

Pendidikan tinggi

Mendengar sketsa liku-liku kehidupan penternak muda ini, anak seorang pesara tentera, menunjukkan beliau bukan calang-calang orangnya dari segi pencapaian akademik.Beliau bersekolah agama dari peringkat sekolah rendah hingga menengah. Tamat tingkatan lima, beliau memilih menyambung pelajaran di sekolah pondok, Sekolah Agama Rakyat Al-Nadhah, Kota Sarang Semut, Kedah selama dua tahun.Meskipun mendapat peluang untuk ke Universiti Al Azhar, dia memilih untuk ke sekolah Pondok Sungai Jagung, Pendang, Kedah dan belajar selama tiga tahun lagi.Tamat belajar di sekolah pondok, dia kembali ke kampung halamannya dan membuat kerja kampung selama dua tahun termasuk menoreh getah di kebun datuk dan neneknya serta menanam pisang.Meskipun bersekolah agama dan pondok, anak muda ini berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis pada 1992 dalam bidang pengajian perniagaan.

Semua boleh

Tamat belajar di UiTM, dia melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat (AS) untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan di Northwood University, Midland, Michigan atas tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Tamat pengajian peringkat ijazah, dia tidak terus kembali ke tanah air. Anak perantau ini tidak mahu melepaskan peluang menimba pengalaman bekerja di negara asing.Beliau bukan setakat melakukan dua kerja tetapi juga menyambung pengajian di peringkat sarjana, dengan belanja sendiri, bukan satu tetapi tiga, iaitu Masters in Information System, Masters in International Business dan Masters in Risk Management. Azizuzanadi mengikuti pengajian ketiga-tiga ijazah sarjana itu di Universiti Concordia, Mequon, Wisconsin.Tamat pengajian ijazah sarjana, beliau tinggal beberapa tahun lagi di Amerika dan memulakan perniagaan pengedaran kebanyakannya produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia serta produk etnik Asia da Mexico.

"Saya menyewa sebuah gudang di Greendale, Wisconsin untuk perniagaan saya iTU. Sambutan untuk produk Malaysia dan Asia memang bagus tetapi yang mengecewakan saya ialah bila saya dapat tawaran membekal sos masam manis dalam kuantiti yang besar untuk Walmart, rangkaian pasaran yang hebat di Amerika, tak ada pihak di tanah air yang sanggup membekalkan saya produk berkenaan," keluh Among.

Usahawan tani

Setelah hampir 10 tahun di perantauan, Among kembali ke tanah air pada April 2007."Kalau makan gaji, kita yang lelah bekerja tetapi orang lain yang mengecap kejayaannya," jelasnya.

Among mahu menjadi usahawan dan memilih untuk meneroka bidang pertanian di sebalik tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) dari sebuah institut pengajian tinggi awam tempatan."Semasa belajar di Amerika, saya berpeluang melawat banyak ladang lembu dan jagung. Saya juga pernah bekerja sambilan di ladang dan saya melihat sendiri betapa majunya peladang-peladang di negara itu. Saya diberitahu kerajaan mereka banyak membantu dan memasarkan produk yang dihasilkan."Sememangnya jika dibandingkan dengan industri pertanian di tanah air, kita masih jauh ketinggalan. Di situlah datang tekad untuk saya jadikan bidang pertanian sebagai karier saya," jelas Among.

Sekembalinya ke tanah air, Among tidak membuang masa dan mengikuti pelbagai kursus termasuk anjuran Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (Medec), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Jabatan Perikanan.Antara kursus yang disertainya ialah kursus ternakan ikan dalam sangkar, kursus membuat makanan ternakan, kursus pembenihan ikan, kursus penyakit ternakan kambing dan kursus ternakan kambing peringkat ladang.

"Habis sahaja kursus ternakan ikan, saya buat dulu ternakan kambing pada Disember 2007. Saya beli 20 ekor kambing dari sebuah ladang di Nilai, Negeri Sembilan yang terpaksa gulung tikar."Saya belanja lebih RM5,000 untuk beli kambing-kambing ini," kata Among dengan menambah kemudian membeli 39 ekor lagi kambing dengan kos kira-kira RM15,000.Menurut Among, dia hampir berputus asa bila banyak kambing ternakannya mati dan bantuan yang diharapkan daripada jabatan yang berwajib tidak diterima secepat yang diharapkan.

Hasil penat lelahnya, Among kini mempunyai kira-kira 100 ekor kambing daripada pelbagai jenis termasuk kambing biri-biri dan kambing Feral dari Australia, kambing Jamnapari dari Indonesia, kambing Katjang (baka kacukan tempatan dan Anglo Nubian) dan kambing Boer.

Beliau juga membuka sebuah ladang di Jelebu, Negeri Sembilan untuk ternakan kambing biri-biri yang kini berjumlah 37 ekor dan dijaga oleh pak ciknya.Among kini mengorak langkah mempelbagaikan ternakannya dengan mengusahakan ternakan ikan keli di tanah berhampiran ladang kelapa sawit milik pakciknya.Beliau bermula dengan 100,000 anak ikan keli yang dipeliharanya di tiga buah kolah batu termasuk sebuah kolam tanah untuk asuhan anak benih sehingga tahap matang."Saya ternak ikan keli ini untuk mendapatkan aliran tunai. Sekarang, tiap-tiap hari ikan boleh dijual. Purata dalam sebulan saya boleh dapat antara RM1,000 hingga RM2,000," katanya sambil berkata, dia juga menjual ikan keli salai dengan harga RM18 sekilo.

Among mempunyai rancangan besar untuk perniagaan ternakannya, cuma kekangan utama ialah aliran wang tunai.Jadual kerja Among sememangnya padat, bermula sebaik selepas subuh hinggalah tengah malam. Ternakannya bukan sahaja perlu diberi makan tiga kali sehari tetapi kandang juga perlu dibersihkan.Di antara kesibukan di kandang kambing, dia juga menjengah kolam-kolam ikan kelinya yang terletak kira-kira 200 meter dari kandang kambingnya.

"Memang banyak kerja yang perlu dibuat. Hujung minggu kerja, hari raya pun kerja. Kalau hendak berjaya, mesti belajar dan buat sendiri. Kena tahu apa nak buat kalau kambing sakit, kalau kambing nak beranak, kena ada pengetahuan."Saya biasa buat kerja dari peringkat bawah lagi. Semasa di Amerika, saya pernah bekerja dengan sebuah restoran pizza. Saya bermula daripada mencuci lantai dan pinggan sehinggalah saya diberi kepercayaan menjadi pengurus.

"Apa yang saya belajar ialah dalam apa juga pekerjaan, kita mesti hands-on, kita mesti tahu selok-belok semua kerja, baru kita boleh pergi jauh," katanya sambil menjelaskan beliau mendapat bantuan ibu dan adiknya jika dia perlu meninggalkan ladang untuk urusan luar.

Isterinya, Zaibedah Zaharum, ialah pensyarah di UiTM, Segamat, Johor.

Pelan lima tahun

Among mempunyai rancangan besar iaitu mahu menjadikan Pelangai sebagai pusat ternakan dan pengeluar kambing utama di negeri Pahang.Beliau meletakkan sasaran untuk memiliki kira-kira 5,000 ekor kambing dalam masa lima tahun di samping mengumpulkan penternak-penternak kecil di kawasan sekitar di bawah satu konsortium.Di samping menambah baka kambing yang berkualiti, beliau juga mahu menubuhkan sebuah syarikat perdagangan.

"Saya sudah mengenal pasti seseorang untuk menjadi rakan kongsi bagi tujuan ini. Di bawah syarikat ini, saya rancang nak buat lelongan bukan sahaja ternakan termasuk kambing, lembu atau kerbau tetapi juga hasil pertanian yang lain."Syarikat saya akan mengendalikan rumah lelongan ini dan setakat ini, belum ada rumah lelongan di Malaysia. Mungkin lelongan ini kita boleh buat empat kali setahun."Kita juga boleh buat jualan secara online (Internet) bagi mereka yang tidak boleh datang ke Pelangai. Pelan saya ini mungkin dapat dibuat dalam masa lima tahun ini tetapi kalau ada pembantu dan komitmen daripada penternak lain, ia mungkin boleh dibuat lebih cepat lagi," kata Among.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Jadikan Paris pusat fesyen Islam


Sebahagian fesyen pakaian Islam yang dihasilkan oleh pereka tempatan pada satu pertunjukan yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Hasil kerja mereka dilihat mampu untuk diketengahkan ke pasaran dunia. - gambar hiasan

KUALA LUMPUR 25 Dis - Jadikan Paris pusat fesyen Islam? Inilah cadangan yang dibuat oleh pereka Malaysia di sana, yang mahu mempromosikan idea mudah yang belum dieksploitasi.Ng Swee Kuang, 57, pereka jenama Ornel Soie menggesa para pereka fesyen Malaysia bekerja bersama-samanya dan menggunakan butik dan bengkelnya di Paris sebagai rujukan.

Kemudahan itu adalah tambahan selain menggunakan kepakaran dan pengalaman Swee Kuang dan mereka akan dilatih untuk menggabungkan potongan Eropah dalam fesyen Islam.

"Kita boleh jayakan bersama-sama. Inilah fesyen yang tidak wujud di sana.Orang Eropah sukakan fesyen namun mereka tidak tahu keperluan fesyen Islam," katanya kepada Bernama dalam panggilan telefon dari Paris.Swee Kuang, anak pencetak kain sarung dari Muar, sudah menetap di Paris lebih 20 tahun. Syarikatnya menghasilkan pakaian di kilangnya sendiri, rue d"Aboukir yang menggunakan teknologi moden dalam pembikinan corak.Pakaian berjenama Ornel Soie mendapat sambutan daripada pelanggan terkemuka, dari butik Marie Claire di Zurich, Gerard Brusse di Belanda, Louis Ferraud di Paris, Rosario Miner Maecet di Barcelona, Laura B di London, St Germaine di Berlin, Louis Blanc di Tokyo, Jenny Vo di Kobe dan Moga di New York.Yang lain termasuk Itokin di Jepun, Cine International Co Ltd di Taiwan, Al-Akhawain Co Ltd di Arab Saudi, Krokus di Ukraine, Demtzheu Roman di Rusia dan Nelly Alexander Fashion di Kanada."Saya orang Cina tetapi tiada halangan dalam fesyen. Saya boleh bekerja dengan pereka Melayu yang lebih berpengetahuan memajukan fesyen Islam Malaysia," kata Swee Kuang.

Idea fesyen Islam mendapat sokongan Olga Saurat, Presiden Kebangsaan Persatuan Ahli Kraf Terbaik Perancis, yang mahukan beliau menjadikannya fesyen couture, pakaian Islam kelas tinggi.Katanya, Sauratlah yang mahukan beliau memindahkan pengetahuan teknikalnya kepada rakyat Malaysia kerana beliau masih muda untuk mempromosikan negara."Gedung fesyen Paris akan menjadi wadah antarabangsa dan untuk publisiti media dalam mempromosi ciptaan fesyen Islam oleh pereka fesyen Malaysia dan menjadikan Kuala Lumpur pusat fesyen untuk dunia Islam," kata Swee Kuang.Walaupun batik masih perlu dipromosikan, beliau berkata projek itu perlu mendapat sokongan bagi menghasilkan fesyen Islam."Baru-baru ini saya mengetahui isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mempromosikan fesyen Islam yang menarik minat saya. Ia adalah idea yang baik dan saya mahu menyokong beliau," katanya.Berdasarkan kemahiran potongan yang baik, beliau akan berupaya menjadikan fesyen Islam pakaian anggun.

Di Perancis, katanya, fesyen Islam berbeza kerana Paris mencetuskan inspirasi yang berjaya menarik ramai pembeli Islam yang mampu membayar pada harga yang tinggi.Swee Kuang terkenal kerana menguasai seni membuat pakaian dan menggunakan pelbagai jenis kain dan rekaannya yang kaya dengan warna dan potongan.Beliau juga mempunyai keupayaan untuk menghasilkan antara 15 dan 20 rekaan sebulan.Ada rekaannya berada dalam pasaran selama lima tahun. Beliau pernah menghasilkan 40,000 helai pakaian dalam satu rekaan menerusi sejenis kain tertentu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Dijangka Berlangsung Pada 23-27 Jun 2010 MELAKA TAWAR TUAN RUMAH MIHAS 2010

AYER KEROH, 11 Dis - Melaka bersedia menjadi tuan rumah penganjuran Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2010) yang dijangka disertai 30 negara dengan 700 pempamer antarabangsa dan dijadualkan akan berlangsung pada 23 hingga 27 Jun, tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, dengan kemudahan yang terdapat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) serta kejayaan Melaka menjadi tuan rumah kepada program Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) selama empat tahun berturut-turut, ianya amat menyakinkan Melaka untuk menawarkan diri menjadi tuan rumah MIHAS 2010.

"Saya dimaklumkan, pusat pameran MIHAS sedia ada di Dataran MATRADE Jalan Duta akan terlibat dengan kerja-kerja pembinaan. Oleh itu, Melaka bersedia menjadi tuan rumah penganjuran MIHAS tahun depan," kata Mohd Ali semasa berucap di Majlis Perasmian Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini petang tadi.

"Saya difahamkan, melalui MIHAS, Kerajaan telah berjaya meraih pendapatan kira-kira RM3.23 bilion. Jadi saya berharap agar permohonan ini dapat dipertimbangkan," ujar beliau.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan ketika merasmikan Showcase SDSI 2009 berkata, Kerajaan Pusat sedia menimbangkan permintaan Kerajaan Melaka berhubung perkara itu.

"Kita akan minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri melihat perkara ini untuk diputuskan tentang hasrat yang ditawarkan oleh Kerajaan Melaka ini," kata Muhyiddin.

Beliau turut memuji komitmen Kerajaan Negeri Melaka selaku tuan rumah dalam menganjurkan program Showcase SDSI selama empat tahun berturut-turut di samping menyediakan tapak khas bagi menempatkan produk-produk usahawan IKS dan PKS dari seluruh negara ke arah memantapkan lagi jaringan perniagaan usahawan-usahawan di bawah SDSI.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Menteri juga memberitahu bahawa Showcase SDSI adalah platform terbaik yang boleh digunakan untuk memperkenalkan produk sesebuah daerah kepada orang ramai sekaligus mempromosi dan memasarkan produk SDSI yang berkualiti sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa.

"Justeru itu Kerajaan Melaka telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan pusat pameran tetap di Kota Fesyen bagi menempatkan 14 lot kedai SDSI dari seluruh negara di Kota Fesyen, MITC bagi membolehkan usahawan-usahawan SDSI mempamerkan produk masing-masing.

"Melalui pusat pameran ini juga, ahli-ahli perniagaan, pembekal atau pelabur tidak perlu lagi ke kilang, sebaliknya membuat perundingan perniagaan sebelum membuat tempahan produk-produk SDSI untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, " ujar Mohd Ali.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Kementeriannya mensasarkan jualan kira-kira RM1 juta pada Showcase SDSI 2009 dan unjuran nilai kontrak perniagaan bernilai lebih RM50 juta.

"Seramai 537 pempamer mengambil bahagian dalam Showcase SDSI kali ini. MITI mensasarkan hasil showcase seperti jualan tunai melebihi RM1 juta berbanding RM961,000 tahun lepas dan jumlah jualan kontrak pula adalah dijangkakan melebihi RM50 juta.

Manakala sesi padanan perniagaan pula dianggarkan sebanyak 700 sesi dapat dijalankan. MITI juga menjangkakan jumlah pengunjung mencecah 70,000 dan saya percaya sasaran ini dapat dicapai berdasarkan kesungguhan dan komitmen semua pihak terutama Kerajaan Negeri Melaka dalam penganjuran program ini," ujar Mustapa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Apabila Facebook menjadi fenomena dunia

AFILA dan Azira, masing-masingnya berusia 23 dan 20 tahun mungkin gelihati bila mendapati 'akhirnya' pak usu mereka menyertai laman sosial interaktif, Facebook pada April lalu iaitu pada tahun kelima kewujudan Facebook. Ini kerana hanya beberapa minggu sebelum itu, bapa saudara mereka ini 'sibuk menasihati' mereka supaya berhati-hati di alam maya dan tidak mendedahkan identiti diri.Faktor kedua mendorong penulis menyertai Facebook ialah kerana 'dipujuk-paksa' oleh rakan yang enggan menghantar gambar kami di Phuket menggunakan e-mel, sebaliknya meminta mengambilnya dari akaun Facebook miliknya.Maka penulis pun membuka akaun Facebook. Dan jika anda pun baru menyertai Facebook dalam waktu yang bersamaan dengannya, ketahuilah kita membentuk 350 juta pengguna Facebook di seluruh dunia sekarang ini.

Angka luar biasa besar itu yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas Facebook, Mark Zuckerberg pada 1 Disember lalu, tidaklah memeranjatkan kerana minat untuk memiliki akaun Facebook sudah menjadi fenomena di mana-mana.Meskipun mendapat saingan daripada beberapa rangkaian sosial lain seperti Friendster dan Twitter, sekurang-kurangnya di Malaysia Facebook kekal teratas sebagai pilihan utama.Menurut mashable.com, Facebook mencatat sekurang-kurangnya 500,000 pengguna setiap hari. Ini kerana untuk menjadi pengguna adalah cukup mudah dan percuma.

Banyak juga kelebihan yang boleh diperoleh daripada Facebook seperti menemukan kembali rakan-rakan sekolah yang berdekad lamanya terpisah, menyambung persahabatan dan membuat kawan baru, walaupun penulis menolak beberapa permintaan bila mendapati mereka lahir sebelum 1991.Bertentangan dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa Facebook hanyalah satu daripada bentuk permainan Internet yang melekakan, ia kini diguna secara meluas untuk tujuan komersial bagi sektor perniagaan dan platform propaganda bagi entiti politik untuk sampai ke sasaran audiens.Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan akaun Facebook baru-baru ini, ia menjadi tajuk berita utama media.

media

Kebelakangan ini, media-media arus perdana Barat tidak teragak-agak memetik kenyataan seseorang individu atau selebriti dalam Facebook sebagai bahan berita. Bulan lalu, bekas calon Naib Presiden AS, Sarah Palin menulis dalam akaun Facebook kepada sejuta 'rakan-rakannya', membidas penggunaan gambarnya yang berseluar pendek di muka depan sebuah majalah. Jelas, Palin tidak memerlukan agensi perhubungan awam lagi.Pada Rabu lalu, Facebook melaksanakan kawalan tambahan bagi privasi atau 'bebas dari gangguan atau perhatian awam'. Pengguna Facebook tentu perasan kepada soalan mengenai penetapan arahan pada kerahsiaan butir-butir peribadi yang terpampang semasa membukanya minggu ini.Kawalan tambahan itu terpaksa dilakukan oleh Facebook setelah menerima banyak kritikan mengatakan syarikat itu tidak cukup sensitif terhadap privasi pengguna. Usaha Facebook sebelum ini menerusi inisiatif Beacon turut dikritik, apabila pengguna mendapati mereka secara tidak semena-mena menjadi 'orang penghubung' bagi servis atau laman-laman web dalam Facebook yang kerap mereka sertai.

Kawalan tambahan ini memberikan pengguna alat yang mudah tetapi lebih berkuasa untuk mengehadkan perluasan maklumat peribadi mereka. Paling signifikan dalam penambahbaikan itu ialah keupayaan untuk mengehadkan sesiapa untuk melihat tulisan atau gambar atau video yang disiarkan oleh pengguna di dalam rangkaian termasuk. Maknanya, tiada lagi sesiapa yang tidak berkenaan (terutama pengiklan) daripada menyalahgunakan maklumat peribadi pengguna.Dalam konteks ini, sesetengah pejuang privasi berkata, senarai rakan-rakan ini sama sensitif dengan maklumat peribadi kerana dengan meninjau pada senarai rakan-rakan yang dikenali itu pun boleh mendedahkan maklumat sulit.

Mengapa Facebook melakukan perubahan ini? Jawapannya mudah. Ia adalah atas nama perniagaan semata-mata dan elemen utama perniagaan Internet ialah menarik lebih banyak trafik dan mencipta dagangan daripada sekurang-kurangnya satu maklumat yang didedahkan oleh pengguna.Satu lagi tarikan dalam Facebook ialah permainannya seperti FarmVille - yang secara umumnya begitu mudah dimainkan tanpa perlu banyak berfikir, asalkan rajin 'bercucuk tanam' atau realitinya, menekan tetikus berjam-jam.Menurut Daniel Lyons menerusi artikelnya dalam Newsweek, permainan FarmVille walaupun mengasyikkan, ia sebenarnya meletakkan pengguna dalam keadaan 'dipergunakan' secara tidak langsung oleh kelompok yang diistilahkan sebagai Scammers.Facebook meraih keuntungan dengan menjual ruang iklan, sesetengahnya kepada scammers," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mengapa saya menuliskannya ?

Saya tertanya-tanya kepada diri saya sendiri kenapa mula tergerak hati menulis blog keusahawanan ini. Adakah kerana ikutan rakan-rakan?, adakah kerana ingin menunjuk?, menjadi penulis terkenal? atau saja-saja membuang masa…

book1.jpg

Tujuan utama saya menulis adalah kerana dengan platform ini saya dapat menceritakan banyak kelebihan menjadi seorang usahawan takaful. Setelah mengalami berbagai cabaran dan dugaan dalam bidang ini lebih 5 tahun, tugas saya pada ketika ini beralih kepada melatih perunding-perunding baru yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan ini. Oleh yang demikian inshaallah ramai lagi pembaca diluar sana yang saya dapat kongsikan pengalaman ini.

Saya mula berjinak-jinak dengan bidang keusahawanan dengan melalui pembacaan semasa di menara gading lagi. Banyak bahan bacaan yang menjadi rujukan saya pada ketika itu dan masih menjadi sumber inspirasi kepada diri saya sehingga hari ini. Memang dalam agama Islam sendiri kita disuruh mencari ilmu. Segala ilmu yang saya dapat bukan kekal sebagai hak milik saya kerana ini adalah anugerah tuhan, seharusnya kita tidak perlu lokek ilmu sesama kita. Bilangan pembaca Bahasa Melayu meningkat hari demi hari dan saya harap laman ini menjadi sebahagian rujukan dalam bidang keusahawanan. Ini adalah matlamat kedua saya..tiada yang mustahil.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pengorbanan Seorang Usahawan

Jalan menuju kejayaan seorang usahawan berbeza mengikut seorang individu dengan yang lain. Ada yang lancar sejak permulaan dan ada yang berliku-liku sebelum menemui titik kejayaan. Walau apa pun, halangan tetap ada setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun. Seorang usahawan perlulah tabah menghadapi cabaran dan pada ketika inilah beliau perlu membuat banyak pengorbanan.

Bukan sahaja wang ringgit yang diertikan sebagai pengorbanan. Pengorbanan utama adalah MASA dan TENAGA. Untuk mencapai kejayaan, seorang usahawan perlulah mengorbankan banyak masa untuk diberikan kepada bagaimana untuk mempertingkatkan prestasi perniagaannya. Memang tidak dinafikan nama-nama besar tokoh perniagaan bekerja lebih 12 jam sehari!!!. Sama juga dengan pengorbanan tenaga dimana seseorang usahawan perlu mengerahkan sepenuh tenaga dalam aktiviti harian beliau seperti mesyuarat dengan pekerja, program memasarkan produk, melakukan tinjauan projek dan berbagai-bagai lagi yang memerlukan kudrat tulang empat kerat.

Pengorbanan demi pengorbanan ini jika konsisten dilakukan inshaallah membuahkan hasil. Bukan mudah untuk menjadi usahawan yang berjaya sekiranya tidak menanamkan dalam minda erti sebuah pengorbanan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kehebatan menjadi usahawan

Menjadi seorang usahawan adalah salah satu kerjaya untuk mendapatkan nafkah yang sudah tidak asing lagi dalam diri kita semua. Alamat laman web ini pun menggunakan perkataan usahawan dan pokok perbincangan berkisar terhadap keusahawanan. Apa itu usahawan? apa kelebihan menjadi usahawan? bagaimana usahawan bekerja? bagaimana dia menghadapi cabaran dan apa kepentingan golongan ini dalam masyarakat?. Tajuk ini akan dikupaskan berdasarkan pengalaman penulis sebagai rujukan kepada yang baru berkecimpung dalam dunia ini. Namun demikian kami binausahawan.com mengalu-alukan idea / pandangan pembaca sebagai perkongsian ilmu bersama antara kita.

Berikut adalah pengertian “usahawan” merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka : orang yg mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha;keusahawanan (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: kita perlu mencari kaedah-kaedah baru guna membantu mempercepat pembangunan pengurusan dan pembangunan ~ di negara ini; kursus ~; sikap dan tabiat ~.

Ramai individu sudah mula menceburi bidang keusahawanan, mungkin kerana desakan ekonomi, ingin cuba-cuba, mengikut rakan-rakan yang sudah berjaya, mengisi masa lapang atau sudah “nampak” peluang cerah dalam kerjaya ini. Ramai juga individu yang berjaya dan menjadi nama besar dalam dunia keusahawanan masa kini. Namun demikian terdapat juga golongan yang tidak berjaya mempertahankan bisnes mereka hingga hari ini. Ada yang tutup bisnes dan kembali makan gaji. Ada yang tidak fokus menjalankan perniagaan, terlalu banyak bisnes yang diuruskan dengan alasan ingin meluaskan perniagaan. Perkara ini sering berlaku dan hingga hari ini perniagaan mereka hanya cukup makan sahaja kerana pada hakikatnya mereka menjalankan operasi perniagaan yang memerlukan masa dan kudrat yang banyak, berbanding menguruskan perniagaan yang memerlukan ilmu dan pengalaman yang banyak.

Beberapa keluaran ini bukan sahaja ditujukan kepada bakal usahawan, malah kepada ibubapa bakal usahawan, pasangan (suami/isteri) bakal usahawan, adik-beradik bakal usahawan dan rakan-rakan bakal usahawan. Golongan ini yang paling hampir dengan mereka dan kadangkala golongan ini tidak memahami cabaran dan dugaan seorang usahawan kerana kerjaya ini memerlukan pengorbanan yang besar dan kesabaran yang tinggi. Sudah tentu golongan ini akan merasai kemanisan kejayaan seorang usahawan. Hidup mewah dan pangkat yang tinggi dalam masyarakat. Tetapi sebelum merasai kemanisan mereka perlu membayar harga kejayaan dengan kepahitan melalui ranjau dan onak duri sepanjang perjalanan sebelum kejayaan.

Kemiskinan membawa kepada kekufuran. Peratusan kes jenayah meningkat antaranya disebabkan oleh tahap pengangguran yang tinggi. Kes-kes penceraian ada juga hubung kait dengan faktor ekonomi dalam sesebuah keluarga. Itu antara senario yang berlaku apabila kedudukan ekonomi seseorang individu / keluarga tidak stabil, dan adakalanya individu tersebut melakukan perkara yang membatasi hukum agama akibat keperluan yang mendesak. Justeru itu individu yang berfikiran waras bertindak dengan tindakan yang baik disisi agama dan undang-undang negara.

Untuk melarikan diri daripada kemisikinan, individu itu perlu bekerja bersungguh-sungguh mencari pendapatan dan jalan terbaik adalah menceburi bidang keusahawanan. Ini bukan cerita baru lagi pada masa kini, cuba kita lihat ramai contoh golongan yang miskin yang bekerja bersungguh-sungguh dengan cara yang halal tidak kira penduduk negara ini atau pendatang ke negara ini. Hasilnya anda lihat sahaja laaa. Apabila kita mempunyai kewangan yang kukuh kita mampu memiliki kediaman yang selesa untuk pembesaran anak, pelajaran yang terbaik untuk anak, dapat menjaga kebajikan ibubapa yang sudah tua, makan makanan yang halal dan berkhasiat dan berbagai corak kehidupan yang lebih sempurna.

Ayat ini sudah tentu anda banyak kali kedengaran. “Saya ingin kaya sebab boleh beli kereta besor, rumah besor dan segalanya besor!!!”. Apabila kita sudah mencapai tahap segalanya besor, sentiasala berpegang dengan ajaran agama kerana kekayaan yang dikecapi sekadar pinjaman sementara daripada tuhan. Kesimpulannya, apabila kita menjadi usahawan, kita boleh memperbaiki taraf kewangan keluarga kita daripada miskin kepada kaya, daripada baik kepada yang lebih baik asal kita bekerja keras.

Kemewahan yang sedang dinikmati sebagai usahawan yang berjaya bukanlah hak mutlak kepada dirinya sahaja. Sebagai seorang muslim, harta atau kekayaan yang dianugerahkan perlu disedekahkan kepada individu yang lain. Malah ramai juga jutawan yang bukan muslim mewujudkan yayasan untuk menguruskan bantuan kepada yang memerlukan. Bagi binausahawan.com, kelebihan memberikan bantuan yang banyak kepada yang memerlukan adalah kehebatan utama apabila menjadi usahawan.

Penyaluran bantuan tidak kira individu tersebut berdaftar atau dengan bantuan senyap, boleh membantu golongan yang memerlukan seperti :

  1. Orang-orang miskin
  2. Ibu tunggal dan anak-anak yatim
  3. Pesakit yang tidak berkemampuan untuk membayar kos rawatan
  4. Pelajar-pelajar miskin yang memerlukan sumber kewangan untuk pelajaran
  5. Pembinaan sekolah, rumah kebajikan, hospital, masjid dan lain-lain

Bayangkan bantuan RM10 lebih baik daripada RM1, dan sekiranya lebih banyak lagi bantuan dihulurkan inshallah rezeki daripada tuhan akan datang berlipat ganda. Agama Islam sendiri mewajibkan bayaran zakat kepada individu yang layak. Melalui cara begini saluran bantuan kewangan boleh diuruskan dengan cekap dan telus. Adakah anda ingin membayar zakat yang lebih banyak setiap tahun?? Adakah anda berminat untuk membantu orang yang susah??? Jadilah usahawan yang berjaya.

9/10 rezeki datang daripada aktiviti perniagaan. Kenyataan yang sudah sinonim dalam web usahawan, motivasi perniagaan dan rencana dalam media bercetak. Jika inginkan pendapatan yang lebih tentu manusia akan memilih 9/10 berbanding 1/10.

Memetik kata-kata Chef Li dalam buku yang terkenal tulisan beliau “Jutawan Senyap”, sebahagian masyarakat melayu islam sedang mengalami sindrom yang dipanggil “Lihat tapi tak nampak“. Satu situasi seperti tahu seekor harimau ada dihadapan mata, tapi tidak memberikan apa-apa reaksi.

Pakar motivasi terkenal Datuk Dr. Hj Fadzilah Khamsah dalam ceramah kaset motivasinya berkata ” Sekiranya tuhan menurunkan rezeki sebanyak sekian sekian (rezeki yang Allah turunkan tidak boleh dihitung dengan bilangan) dalam sesuatu hari, maka 9/10 adalah milik orang yang menjalankan aktiviti perniagaan.”

Lihatlah begitu banyak pecahan “kek rezeki” yang kita boleh rebut jika menjadi usahawan. Ini secara tidak langsung kekuatan ekonomi memberikan juga kekuatan untuk agama, bangsa dan negara.

Friday 15 February 2008

Mungkin dalam sedar atau tidak, apabila menyertai kelompok usahawan, ia membentuk jaringan yang tidak putus antara satu sama lain. Bermula sahaja dengan kelompok usahawan internet memerlukan komputer untuk bekerja, kelompok pengeluar komputer memerlukan pelbagai pembekal peralatan komputer, kelompok pembekal memerlukan kilang untuk tapak membuat produk, kelompok syarikat pembinaan memerlukan modal daripada bank, dan pihak bank memerlukan pendeposit daripada usahawan yang mempunyai duit yang banyak.

Bukan itu sahaja dalam jaringan ini juga muncul jaringan yang tiada kaitan, seperti kelompok syarikat pembinaan memerlukan pelan perlindungan takaful untuk pekerja, kelompok kilang memerlukan tempat makan untuk pekerjanya dan kelompok perbankan memerlukan syarikat yang membaikpulih penghawa dingin pejabat. Bayangkan anda sebagai usahawan adalah sebahagian dalam jaringan ini. Kita memerlukan antara satu sama lain, persaingan adalah bagus untuk produktiviti, bukan untuk menjatuhkan pihak yang lain.

Dan sudah tentunya jika kita tidak menyertai kelompok ini, harga perkhidmatan dan barangan senang-senang sahaja dikawal oleh kelompok tertentu. Oleh yang demikian mari kita sama-sama mengembeleng tenaga kerana banyak lagi ruang-ruang jaringan yang perlu diisi daripada kelompok bumiputera. Tiada yang mustahil.

Antara faktor utama penjajahan kuasa Eropah ke sebelah Asia adalah untuk mendapatkan bahan mentah seperti rempah ratus pada peringkat permulaan. Semasa giatnya revolusi perindustrian seperti tercipta makanan dalam tin dan kereta, Tanah Melayu ketika itu tidak terkecuali menerima limpahan rezeki. Banyak lombong bijih timah dibuka dan ladang-ladang getah diterokai. Tanah Melayu menjadi makmur dengan permintaan tinggi daripada hasil komoditi tersebut.

Siapakah yang memainkan peranan dalam revolusi itu…? Selain daripada pemerintah, usahawan-usahawan pada ketika itu memainkan peranan utama menjana hasil. Pelombong, pemilik ladang, pemilik kilang pemprosesan, syarikat pengangkutan dan banyak usahawan yang terlibat dalam jaringan ini. Dan sehingga hari ini apabila revolusi internet mula berkembang sejak 1990an lagi, banyak usahawan-usahawan internet muncul satu demi satu. Usahawan yang tidak berkaitan dengan internet sekalipun mempunyai kepentingan dan menyumbang dalam revolusi ini. Binausahawan.com juga berbangga kerana kami juga adalah sebahagian daripada revolusi internet.

Satu kebanggaan kerana apabila anda menyertai bidang keusahawanan, tidak kira apa jua bidang sekalipun, anda akan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam revolusi ekonomi dunia. Kehidupan dunia berkembang maju, teknologi baru yang sering dikatakan akan muncul selepas internet ialah Nanoteknologi. Suatu yang menarik jika kita semua sebagai usahawan akan jadi “pemain utama” dalam revolusi baru ini.

Ada individu yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan kerena melihat faktor sekeliling. Mereka ingin mengubah tahap kewangan dan kehidupan keluarga mereka apabila melihat rakan mereka berjaya sebagai usahawan. Ada juga individu ingin menjadi usahawan kerana inginkan kebebasan masa dan lari daripada terkongkong dengan kehidupan kerja makan gaji. Dan sepanjang pengalaman saya mendidik usahawan baru, ada yang bermula dengan ingin membayar hutang kereta. Lama kelamaan selepas mengharungi perit maung mereka boleh menjadikan kerjaya keusahawanan sebagai kerjaya sepenuh masa.

Ada 1001 lagi kehebatan menjadi seorang usahawan yang hanya boleh diketahui jika anda sendiri menceburi bidang ini. Hasrat binausahawan.com ialah mempopularkan kerjaya usahawan sama seperti kerjaya makan gaji. Masih ramai individu yang menutup minda bahawa usahawan hanya untuk orang sudah berumur atau jika tiada alternatif pekerjaan lain dan beberapa alasan lagi. Bidang ini banyak dugaan sama seperti kehidupan makan gaji tetapi memberikan kelebihan dari segi kewangan, kemahiran diri dan lain-lain. Sebagai seorang muslim kita juga perlu ingat bahawa pekerjaan yang dilakukan mestilah dengan niat baik, pelaksanaan menurut syariah dan memberi kebaikan dunia dan akhirat.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

90% FAKTOR KEJAYAAN BERGANTUNG KEPADA SIKAP

  • Hasil kajian kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan peneraju-peneraju syarikat utama di dunia mendapati bahawa kejayaan dalam sesuatu perniagaan adalah banyak bergantung kepada faktor sikap peneraju itu sendiri.

  • Hanya 10% sahaja faktor kemahiran yang menyumbang kepada kejayaan individu itu. Ini membuktikan kita selama ini hanya menumpukan kepada kemahiran untuk berjaya tetapi ini tidak cukup untuk membawa kepada kejayaan yang sebenar.

  • Oleh sebab itu ramai antara kita menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk menghadiri kursus memantapkan kemahiran, tetapi kita tidak mengendahkan ilmu bagaimana kita ingin mengubahkan sikap kita untuk berjaya, walhal ini adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan anda.

  • Sebagai contoh yang kita lihat kepada tanggungjawab tugas seorang polis trafik. Tugas beliau adalah menjaga lalulintas pada masa yang dipertanggungjawab, memastikan aliran trafik berjalan lancar, menghubungi pusat kawalan jika berlaku insiden yang tidak diingini dan mengeluarkan saman jika didapati terdapat pesalah jalan raya.

  • Namun apa akan jadi jika polis trafik itu tidak hadir bekerja, datang lewat untuk bekerja, membuat pekerjaan dengan sambil lewa dan sering ponteng dengan menghabiskan masa berbual-bual kosong di kedai kopi.

  • Tragedi pertama yang akan berlaku ialah kesesakan jalan raya akan bertambah huru rara, tragedi kedua pusat kawalan akan menjadi lintang pukang dengan maklumat kesesakan lalu lintas, tragedi ketiga polis trafik itu sendiri akan dipanggil untuk memberi keterangan terhadap kesalahannya, tambahan lagi polis trafik itu mungkin akan dikenakan tindakan akibat SIKAPnya yang sambil lewa dalam menjalankan tugasan.

  • Lebih malang jika kejadian ini berlaku pada bulan 10, maka polis trafik itu boleh menyanyikan lagu perpisahan daripada pekerjaan beliau dengan tajuk “Tragedi Oktober”
"DIRI MANUSIA ITU KECIL,
TETAPI DI DALAM DIRI YANG KECIL ITU,
TERDAPAT SATU ALAM YANG BESAR"
~ SAIDINA ALI
  • Ini adalah sebahagian contoh dalam hidup kita bagaimana kemahiran adalah penting dalam melakukan tugasan perniagaan kita, tetapi sikap yang buruk boleh menjejaskan kemahiran yang kita miliki.

  • Perubahan dalam sikap manusia tidak boleh dibuat dengan sekelip mata, begitu juga kemahiran yang kita ingin miliki tidak boleh dikuasai dalam satu hari. Perlu melalui proses sedikit demi sedikit supaya kita boleh menguasainya dengan baik.

  • Seperti yang dipetik daripada kata-kata Saidina Ali, walaupun kita semua adalah makhluk yang kecil, dalam diri kita ada satu alam yang tersangat besar. Alam yang membawa kita jauh kehadapan, alam yang membezakan antara satu individu dengan individu yang lain jika kita menggunakannya dengan berhikmah.

  • Manusia dikurniakan akal untuk berfikir, membezakan antara baik dan buruk. Ilmu yang kita pelajari dengan pembacaan dan pembelajaraan boleh membimbing kita ke arah kejayaan.

  • Oleh sebab itu perkongsian ilmu melalui Ebook ini sedikit sebanyak dapat memberikan buah fikiran kepada pembaca sekalian betapa memiliki sikap yang baik sangat penting bagi mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Minda usahawan cemerlang

Apa yang terlintas di fikiran ketika ingin memulakan perniagaan adalah modal permulaan dan jenis perniagaan apa yang akan dilakukan. Bagi yang tiada langsung mempunyai pengalaman ataupun sedang makan gaji janganlah memikirkan modal adalah batu halangan besar untuk menggerakkan perniagaan anda. Kadang-kadang perancangan telah dibuat tetapi disebabkan modal yang tidak mencukupi perancangan perniagaan tinggal menjadi kenangan.

Manakala ramai individu menghadiri kursus-kursus tertentu yang menjuruskan perniagaan mereka. Mereka berminat dengan dunia IT menghadiri kurus bagaimana membuat laman web, bagi yang berminat dengan pertanian mereka menyertai kursus anjuran Jabatan Pertanian ataupun MARDI ataupun yang ingin menjadi usahawan takaful mendaftarkan diri untuk peperikasaan PCE. Bab-bab berkaitan teknikal menyumbangkan 10% kepada kejayaan usahawan. Faktor utama yang menyumbangkan kepada kejayaan adalah sikap yang ada dalam minda usahawan itu.

Persiapan utama disebalik memikirkan perkara modal dan jenis perniagaan adalah menanamkan minda untuk menjadi usahawan cemerlang. Pelbagai tips yang akan dikongsi dengan pembaca apakah persiapan minda yang perlu kita tanamkan sebelum menjadi usahawan. Sesuai bagi adik-adik yang sedang belajar ataupun rakan-rakan yang ingin mencuba untuk menjadi usahawan, minda usahawan cemerlang adalah lebih mahal harganya daripada modal permulaan perniagaan anda. Malahan ini adalah sebenarnya modal yang anda perlu simpan sebelum membuka perniagaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Memupuk minda keusahawanan

Berbagai teknik boleh kita aplikasikan untuk memupuk minda keusahawanan dalam diri kita khas bagi yang mula-mula ingin menceburi bidang ini. Melalui pembacaan minda kita akan selalu dipenuhi kata-kata motivasi keusahawanan yang akan mengekalkan diri kita dalam bidang ini, menonton kisah keusahawanan akan menanamkan imej seorang usahawan dalam minda kita, bergaul dan berkawan dengan orang yang berjaya dalam bidang keusahawanan juga memberikan impak yang sama dalam proses untuk kekal dan terus berjaya dalam bidang ini.

Seperti yang telah ramai perkatakan, kita tidak dilahirkan menjadi seorang usahawan. Ada usahawan yang berjaya adalah datang dari keluarga usahawan / keluarga biasa / latar belakang keluarga kaya dan ada juga daripada latar belakang keluarga yang miskin melarat. Ini bermaksud menjadi usahawan bukan hak golongan tertentu. Anda berhak menjadi usahawan asalkan memupuk minda keusahawan setiap hari sehingga sebati dengan jiwa anda. Kejayaan yang dikecapi bukan dengan sekelip mata, tetapi perlu melalui proses perjalanan yang diharungi dengan sabar setiap hari.

Bagi yang ingin menceburi bidang ini, teruskan menanam minda kepercayaan ini setiap hari setiap masa. Siramkan dengan kerja yang bersungguh-sungguh setiap hari kerana suatu hari nanti anda layak menikmati buah kejayaan yang anda tanamkan. Ciri orang yang berjaya dalam bidang keusahawanan adalah mereka yang konsisten dalam kerja. Dalam tajuk ini, kita perlu setiap detik untuk memasukkan sebanyak mungkin ciri minda keusahawanan yang patut dicontohi kedalam diri kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Berfikiran BESAR atau Bercakap BESAR

Ada golongan yang mempunyai cara pemikiran yang besar. Ini bermaksud dia mempunyai cita-cita yang tinggi dan menyediakan pelan perancangan untuk masa hadapan yang tersusun. Sebagai contoh seorang pelajar universiti dalam jurusan perakauan, dia merancang untuk menamatkan pelajaran dengan cemerlang, selepas tamat, merancang untuk menyertai firma perakauanan besar sambil mengambil peperiksaan profesional. Hasil pengalaman di firma besar disamping kelulusan profesional beliau merancang pula bekerja selama beberapa tahun di luar negara. Setelah kembali beliau boleh menjawat jawatan tinggi ataupun membuka perniagaan dalam bidang perakauan dan perundingan. Untuk mencapai hasrat ini, beliau berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai cita-citanya.

Lain pula pandangan orang yang bercakap besar. Mereka bercakap segala-galanya hebat berkenaan dirinya kepada orang lain. Jika kita letakkan situasi yang sama dalam kehidupan pelajar jurusan perakauan tadi, pelajar yang bercakap besar akan bercakap besar kepada orang ramai yang dia boleh capai kejayaan itu dan ini walaupun kejayaan belum kunjung tiba. Hati-hati jika kita selalu bercakap besar, jiwa akan menghampiri menjadi bongkak. Berbanding contoh awal, pelajar yang suka cakap besar akan selalu bercakap tentang kehebatannya kepada orang lain tanpa berusaha untuk ke arah itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Motivasi Usahawan : Datuk Seri Tony Fernandes

Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi khasnya kepada pembaca daripada Malaysia. Salah seorang usahawan yang membawa perubahan kepada cara hidup rakyat Malaysia dalam bidang penerbangan. Menjadikan ramai golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana mengalami pengalaman untuk terbang di awan biru. Bermula dengan kerjaya dalam industri muzik dan kini menerajui industri penerbangan, kisah beliau seakan seperti usahawan Britain; Sir Richard Branson.

Bermula dengan 2 buah pesawat pada 2002, tetapi kini mempunyai sejumlah 75 pesawat ukuran besar dengan lebih seratus destinasi seluruh dunia dan jumlah bilangan destinasi akan bertambah lagi bulan demi bulan akan datang. Apakah kejayaan beliau ini boleh dikira nasib???, ataupun mengharapkan kroni yang ada dalam pentadbiran negara??? Berikut adalah maklumat / nota penting yang dipetik daripada akhbar Sinar, Khamis 29 Januari 2009 mukasurat 16, hasil temubual Ketua Pengarang Kumpulan Sinar dengan Tony Fernandes. Pengalaman dan falsafah kerja beliau yang berharga ini boleh dijadikan panduan bagaimana beliau boleh mengharumkan jenama AirAsia hingga ke peringkat antarabangsa.

  1. Tidak mempunyai bilik khas, sama seperti pekerja lain, orang no 1 AirAsia ini hanya mempunyai ruang kerja yang terbuka dan amat kecil.
  2. Mempunyai lebih kurang 400 kakitangan di pejabat AirAsia LCCT (Terminal Penerbangan Tambang Murah), dan Tony mengenali hampir semua kakitangan di situ dengan mengingat nama mereka.
  3. Selalu mengingatkan staf bahawa beliau bukan sahaja menggerakkan syarikat, malah semua pekerja yang menggerakkan syarikat.
  4. Menganggap pekerja adalah kawan dan sentiasa menghormati kawan, sama seperti pekerjanya menghormati Tony.
  5. Tidak menganggap segala yang diperkatakan oleh media sebagai sindiran, tidak berkecil hati dengan kata-kata negatif sebaliknya mengambilnya sebagai CABARAN.
  6. Menjadi hasrat untuk membolehkan semua rakyat Malaysia boleh terbang dan kapal terbang bukan lagi pengangkutan untuk orang kaya.
  7. Berjaya menggajikan kira-kira 6000 orang kakitangan pelbagai peringkat kemahiran dan profesion dalam dan luar negara.


Kerja kuat. Ini bukan rahsia sebab dalam apa-apa pun kita kena kerja kuat sekiranya kita hendak berjaya. Bagi saya tidak ada jalan pintas untuk seseorang menuju kejayaan. “. Itulah antara rahsia kejayaan Tony Fernandes yang bukan lagi dianggap rahsia dalam falsafah seorang usahawan. Kejayaan bukan datang bergolek ke tangan kita, kita tidak boleh mengharapkan kejayaan tanpa berusaha berpenat lelah siang dan malam. Kita tidak boleh memikirkan dengan kerja yang senang dan mudah, kita boleh mencapai kejayaan yang besar.

Berikut adalah sambungan tips kejayaan yang telah dikongsikan oleh bos AirAsia :

  1. Melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh staf. Melalui cara begini, beliau dapat memahami dan mengesan cabaran dalam operasi syarikat.
  2. Percaya setiap pekerja adalah aset kepada syarikat. Tidak kira di bahagian mana mereka ditempatkan dan apa yang mereka lakukan, setiap dari mereka adalah penggerak syarikat.
  3. Menyerapkan budaya kuat dan cekap kerja di kalangan kakitangan sejak hari pertama mereka menyertai pasukan.
  4. Tony sendiri mendengar pandangan dan idea dari pekerja setiap bahagian dan peringkat. Idea yang bagus dan hujah yang bernas oleh pekerja akan diberikan perhatian.
  5. Memberikan berbagai insentif kepada mereka yang cemerlang dalam memberikan sumbangan kepada syarikat. Insentif bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, pekerja yang bekerja bersungguh-sungguh walaupun memiliki kelulusan yang rendah akan diberikan peluang untuk pengembangan karier mereka.
  6. Seorang usahawan perlu sentiasa melihat dan memikirkan peluang untuk berkembang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments