Pengusaha tembikar pertahan warisan keluarga
![]() |
| V.N. Ramadass (kanan) dan anaknya, R. Velavar menunjukkan pasu yang telah siap dibentuk sebelum melalui proses pembakaran. |
Ini kerana, perubahan tersebut telah membawa satu peralihan yang besar kepada amalan seharian masyarakat yang moden lebih kepada mengikut acuan Barat bukannya budaya masyarakat sendiri.
Bagaimanapun, perubahan cara hidup masyarakat sedikit pun tidak mempengaruhi serta mengubah pemikiran serta pegangan seorang pengusaha tembikar tradisional masyarakat India, V.N. Ramadass, 60.
Beliau setia meneruskan tradisi pembuatan kraf tangan India berusia ribuan tahun yang diusahakan keluarganya lebih 60 tahun lalu.Sejarah tembikar India merupakan antara yang tertua di dunia dan dikesan bermula pada zaman Mehrgarh kira-kira 7,000 hingga 2,500 tahun Sebelum Masihi yang turut dikenali sebagai seramik neolitik dan kalkolitik.Penemuan tersebut ditemui di beberapa kawasan tapak arkeologi purba di Lembah Indus yang merupakan pusat tamadun dunia dan kawasan tersebut kini dikenali sebagai Balochistan, Pakistan.Bagi Ramadass, pembuatan barangan tembikar itu merupakan satu idea serta kreativiti tradisional yang perlu dipertahankan supaya tidak ditelan zaman terutamanya kepada generasi muda ketika ini.Menyingkap sejarah pembabitannya dalam industri itu, Ramadass memberitahu beliau telah mewarisi seni serta teknik pembuatan tembikar sejak berusia 12 tahun daripada bapanya yang merupakan seorang imigran dari India.
Menurut beliau, bapanya, Vengadasalam, datang ke negara ini pada tahun 1946 iaitu selepas perang dunia kedua dan mengusahakan perusahaan tembikar secara kecil-kecilan di Batu 2, Jalan Keretapi Lama, Kuala Selangor untuk dijual dari rumah ke rumah pada waktu itu.
Ketika itu katanya, pembuatan tembikar hanya menumpukan barangan dapur antaranya belanga, labu air, bekas makanan termasuklah beberapa barangan upacara keagamaan seperti pelita dan sebagainya dan dihasilkan menerusi teknik tradisional iaitu tangan serta alat yang dikenali sebagai 'pemutar' yang digerakkan menggunakan tenaga manusia.Pemutar atau spinner itu merupakan alat berbentuk bulat dengan permukaan rata yang dihasilkan sama ada daripada kayu atau batu serta dipusing bagi memudahkan membentuk tanah liat dalam bentuk-bentuk tertentu.Namun, pembuatan barangan tembikar berkenaan telah banyak berubah mengikut peredaran zaman bukan hanya dari segi cara pembuatan yang menggunakan bantuan teknologi moden tetapi juga produk tembikar yang dihasilkan.
"Ketika ini saya hasil lebih daripada 20 produk dan ada di antaranya saya cipta sendiri termasuklah reka bentuk bagi memenuhi keperluan semasa pelanggan seperti bekas air dengan pili, tuku serbaguna dan sebagainya," katanya.Dalam pada itu, produk tembikar yang diusahakan oleh Ramadass juga menyerapkan beberapa elemen alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan menjalar, bunga, daun-daun serta motif binatang.Kesemua elemen berkenaan menurut Ramadass, telah digunapakai sejak ribuan tahun dahulu manakala ada corak direka semula dengan menerapkan unsur-unsur moden seperti garisan serta bentuk geometri.Untuk membuat tembikar yang berkualiti tinggi, Ramadass menggunakan hanya tanah liat yang bermutu yang dikenali sebagai 'ballclay' yang dicampur dengan pasir pada kadar yang tertentu sebelum dikeringkan kira-kira dua hari sebelum dibakar pada suhu yang bersesuaian.
Melalui proses berkenaan, ia dapat menghasilkan barangan tembikar yang lebih kuat serta tahan lama kepada suhu, haba dan sesuai untuk tujuan masakan.
Kesemua bahan mentah itu (tanah liat dan pasir) diperoleh dari kawasan Bestari Jaya, Kuala Selangor, yang dikatakan mempunyai sumber-sumber tersebut yang bermutu tinggi.
Malah, menurutnya lagi industri itu turut memberikan pendapatan yang lumayan sehingga mencecah ribuan ringgit sekiranya dilaksanakan secara betul serta bersungguh-sungguh.
Dari segi permintaan, Ramadass memberitahu, beliau banyak menerima tempahan dari dalam negara termasuklah pelancong-pelancong asing yang datang melawat Selangor.Ini kerana, pusat perusahaannya itu sebenarnya telah disenaraikan dalam peta pelancongan Selangor dan menerima ramai kedatangan para pelancong setiap tahun.Selain menumpukan kepada industri pembuatan tembikar, Ramadass turut menawarkan program latihan kepada individu serta organisasi yang berminat untuk mempelajari teknik tersebut menerusi sokongan serta kerjasama yang diterima daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Selangor.
Katanya, program latihan itu akan mendedahkan para peserta mempelajari semua aspek dan teknik pembuatan tembikar daripada asas sehingga kepada proses-proses yang terlibat dalam penghasilan barangan itu.Malah, mereka yang berminat untuk menyertai program latihan itu boleh berbuat demikian sama datang sendiri ke pusat perusahaan tembikarnya atau menghubungi talian 03-32891054 untuk maklumat lanjut.Ditanya mengenai perancangan masa depan perusahaan itu, Ramadass memberitahu, beliau akan tetapkan meneruskan tradisi itu selagi beliau masih berdaya bagi memastikan budaya tradisi masyarakat tidak terhapus begitu sahaja.
Malah hasratnya itu dilaksanakannya apabila beliau memperturunkan segala kemahiran dan bakatnya kepada anak lelakinya, R. Velavar, 30, yang kini banyak membantu beliau dalam menguruskan perusahaan kraf tangan itu.

















Berikut adalah pengertian “usahawan” merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka :
kait dengan faktor ekonomi dalam sesebuah keluarga. Itu antara senario yang berlaku apabila kedudukan ekonomi seseorang individu / keluarga tidak stabil, dan adakalanya individu tersebut melakukan perkara yang membatasi hukum agama akibat keperluan yang mendesak. Justeru itu individu yang berfikiran waras bertindak dengan tindakan yang baik disisi agama dan undang-undang negara.
muslim mewujudkan yayasan untuk menguruskan bantuan kepada yang memerlukan. Bagi binausahawan.com, kelebihan memberikan bantuan yang banyak kepada yang memerlukan adalah kehebatan utama apabila menjadi usahawan. 
Mungkin dalam sedar atau tidak, apabila menyertai kelompok usahawan, ia membentuk jaringan yang tidak putus antara satu sama lain. Bermula sahaja dengan kelompok usahawan internet memerlukan komputer untuk bekerja, kelompok pengeluar komputer memerlukan pelbagai pembekal peralatan komputer, kelompok pembekal memerlukan kilang untuk tapak membuat produk, kelompok syarikat pembinaan memerlukan modal daripada bank, dan pihak bank memerlukan pendeposit daripada usahawan yang mempunyai duit yang banyak.
usahawan-usahawan pada ketika itu memainkan peranan utama menjana hasil. Pelombong, pemilik ladang, pemilik kilang pemprosesan, syarikat pengangkutan dan banyak usahawan yang terlibat dalam jaringan ini. Dan sehingga hari ini apabila revolusi internet mula berkembang sejak 1990an lagi, banyak usahawan-usahawan internet muncul satu demi satu. Usahawan yang tidak berkaitan dengan internet sekalipun mempunyai kepentingan dan menyumbang dalam revolusi ini. Binausahawan.com juga berbangga kerana kami juga adalah sebahagian daripada revolusi internet.
faktor sekeliling. Mereka ingin mengubah tahap kewangan dan kehidupan keluarga mereka apabila melihat rakan mereka berjaya sebagai usahawan. Ada juga individu ingin menjadi usahawan kerana inginkan kebebasan masa dan lari daripada terkongkong dengan kehidupan kerja makan gaji. Dan sepanjang pengalaman saya mendidik usahawan baru, ada yang bermula dengan ingin membayar hutang kereta. Lama kelamaan selepas mengharungi perit maung mereka boleh menjadikan kerjaya keusahawanan sebagai kerjaya sepenuh masa.