Batik eksklusif kontemporari


SUTRA Kasih bukan tidak terikat dengan sentuhan batik tradisional, ia mengetengahkan corak kontemporari sesuai untuk semua peringjat umur. Butik yang turut mempunyai cawangan di Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor ini bakal terlibat dengan pameran eksklusif Pavilion sempena Aidilfitri pada 1 September lalu hingga 13 September ini. Sesuai dengan musim perayaan, pakaian ini menampilkan rekaan elegan.

RINGKAS dan moden. Corak yang ditampilkan bercirikan abstrak yang sederhana. Tanpa menggunakan warna yang berat, pemilik Sutra Kasih Batik, Datin Suriaty Ahmad Khan memilih rekaan kontemporari. Sesuai untuk golongan muda dan bekerja, batik ini mempamerkan inovasi baru.Bagi mereka yang melewati umur dewasa, tidak salah mencuba pakaian batik yang mempunyai ciri moden ini.

Sutra Kasih mempunyai kualiti fabrik sutera moden seperti sifon.

Selesa dipakai untuk mereka yang mencari-cari kelainan pakaian bekerja.Walaupun ramai yang tidak menggemari batik untuk gaya fesyen tetapi kebijaksanaan memilih rekaan menjadikan ia stail kontemporari.

Butik yang terletak di tingkat lima, Pavilion Kuala Lumpur ini ternyata mempamerkan koleksi eksklusif.Namun, harga yang sederhana membolehkan semua golongan mampu memilikinya.Cita rasa pakaian sedia pakai yang mewah ini juga sesuai untuk gaya kasual dan Aidilfitri yang menjelang tiba.Selain menarik, secara tidak langsung koleksi ini mengetengahkan ciri warisan negara.Tidak terikat dengan corak batik tradisional, potongan serta rekaan kontemporari penting untuk mengangkat martabat batik negara.Tidak terhad pada warna lazim seperti hitam, putih atau semula jadi, Sutra Kasih turut mengetengahkan warna ceria dan muda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 comments:

Unknown said...

berminat membuat tempahan batik lukis,boleh hubungi rosli 0126655563/lala 0175524956,syarikat kami akan merealisasikan impian anda dalam menghasilkan tempahan batik anda.syarikat kami di rawang selangor