Widget halal pertama di dunia


CAPAIAN pantas dan mudah widget halal kini boleh diakses terus dari laman web HDC atau BLOG persendirian.

DALAM usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi perkhidmatan piawaian produk halal, Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) telah merangka pelbagai perancangan strategik untuk jangka masa beberapa tahun akan datang.

Antaranya seperti menjalankan penambahbaikan dalam proses pensijilan dan penyampaian perkhidmatan pelanggan, mempromosikan latihan dan perkhidmatan konsultan untuk sijil halal bagi pasaran antarabangsa serta menubuhkan Pusat Sokongan Halal Global (GHSC).

Menerusi GHSC, perkhidmatan sokongan berkaitan maklumat industri halal akan disampaikan kepada pengguna melalui beberapa saluran seperti laman web, telefon dan juga secara fizikal.

Sebagai pusat yang berperanan menyebarkan informasi kepada umum, GHSC melalui Bahagian Pengurusan Pusat Panggilan akan bertindak memberi respons secara terus kepada setiap pertanyaan pelanggan yang dibuat melalui panggilan telefon.Menambahkan pilihan medium penyampaian maklumat itu, GHSC dengan kerjasama Jabatan Teknologi Perniagaan korporatnya baru-baru ini telah berjaya mencipta widget direktori halal yang pertama di dunia.Menurut Naib Presiden Perkhidmatan Korporat HDC, Miti Nurbaya Zainudin, pengenalan laman widget berkenaan bertujuan untuk membantu pengusaha industri halal dan orang ramai mencari produk serta perkhidmatan halal yang sah

''Widget direktori halal HDC ini bakal membekalkan maklumat tertentu mengenai produk, premis dan perkhidmatan halal dengan mudah dan pantas kepada pengguna.

''Ia dibangunkan sebagai medium promosi dan talian pemasaran di mana segala maklumat mengenai produk halal ini diperolehi secara terus daripada pangkalan data Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),'' katanya pada taklimat media di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Setakat ini, terdapat lebih kurang 1,400 syarikat dan lebih 50,000 produk yang telah menerima sijil halal Jakim tersenarai dalam pangkalan data yang akan dikemas kini setiap dua minggu.

Bukan setakat itu, widget tersebut turut dilengkapi dengan informasi berkaitan syarikat-syarikat antarabangsa yang telah menerima sijil halal daripada Malaysia.

Sementara itu, Pengurus Pusat Maklumat Halal GHDC, Rohaizad Hassan memberitahu, untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci berkaitan produk yang ingin dicari berserta negeri perusahaan produk berkenaan."Widget ini kemudiannya akan memaparkan kesemua maklumat tentang syarikat yang dicari secara terperinci seperti alamat dan nombor telefon,'' katanya.Sesuatu yang agak menarik, selain capaian widget menerusi portal HDC di www.hdcglobal.com, ia juga didatangkan dalam format sedia guna untuk dilampirkan pada laman blog atau laman web peribadi atau syarikat.Bagi tujuan itu, kod pengaturcaraan widget HDC tersebut boleh diperolehi dengan mudah daripada laman web yang sama secara percuma.Akses berkenaan secara tidak langsung dapat memberi kemudahan kepada orang awam mendapatkan maklumat produk halal Malaysia di samping mempromosikan integriti pensijilan halal di kalangan pengusaha-pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu mereka mendapatkan akses ke pasaran halal global.''Melaluinya widget ini juga, ia dapat mendidik masyarakat untuk menggunakan produk-produk halal yang disahkan serta berkunjung ke premis yang didaftarkan di dalam direktori Halal Malaysia,'' jelasnya.Dalam pada itu, pihak HDC juga sedang meneroka idea dan potensi untuk membolehkan widget berkenaan di masukkan ke dalam laman web sosial seperti Facebook selain dijadikan sebagai aplikasi di dalam telefon bimbit.

Dengan pengenalan tersebut, ia memberi kelebihan kepada syarikat-syarikat dalam industri halal kerana mereka tidak perlu lagi melabur wang untuk memulakan atau membina pangkalan data mereka sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: