Peniaga Musim Hujan ...itulah mereka diibaratkan.
Setiap bulan puasa, kita mesti tak boleh lari daripada mengunjungi pasar Ramadan. Pasar Ramadan ni semacam dah jadi tradisi… kalau tiada pasar Ramadan pasti puasa kita kurang meriah! Agaknyalah…
Di pasar Ramadan ini juga kita boleh menyaksikan keusahawan orang Melayu kita. Bilangan mereka ini amat ramai dan terserlahlah juga kebolehan dan juga kegigihan mereka menghasilkan atau menjual sesuatu. Jadi siapa kata orang kita tak boleh berniaga? Siapa kata orang Melayu malas & tak nak berusaha?
Malah dalam sebuah blog berbahasa Inggeris milik seorang penulis Cina, beliau menyatakan kekagumannya apabila dapat melihat sendiri kegigihan dan kesungguhan orang Melayu berniaga di pasar-pasar Ramadan. Malah beliau amat terpikat dengan keramahan, kemesraan dan senyuman yang dilemparkan oleh para peniaga Melayu ini. Timbul perasaan hormat beliau terhadap orang Melayu sehingga sanggup melarang anak-anaknya meminum minuman yang dibeli di pasar ramadan tersebut di hadapan para peniaga dan orang Melayu Islam yang lainnya yang pastinya masih berpuasa.
Cuma yang hairannya, mengapa semangat keusahawanan itu wujud hanya pada bulan Ramadan? Siapakah mereka ini sebenarnya? Jika nak katakan mereka ni bisnes part time, adakah ini bermaksud mereka ambil cuti sebulan semata-mata untuk bisnes di pasar Ramadan?
Jika bukan, di mana mereka ini pada bulan-bulan yang lainnya? Mengapa tidak diteruskan keusahawan tersebut? Mungkin inilah yang dikatakan keusahawanan bidan terjun… keusahawanan yang bersifat sementara, eksploitasi keadaan semasa dan meraih keuntungan dalam masa yang singkat.
Apapun, syabas dan tahniah kepada mereka ini atas usaha dan kegigihan tersebut. Semoga pengalaman berniaga di pasar Ramadan akan menjadi titik tolak kepada keusahawanan yang berkekalan.
0 comments:
Post a Comment