Kisah Peniaga Yang Licik!

Kali ini saya ingin kongsikan satu cerita. Bacalah!

Tong seorang penyelia di sebuah kilang. Suatu hari, Tong diminta oleh taukenya supaya mencari kontraktor untuk membina pagar di sekililing kilang mereka. Esoknya, tiga kontraktor iaitu Lim, Tony dan Ronnie datang. Setelah diberi taklimat oleh Tong tentang apa yang dikehendaki oleh taukenya lantas Lim dan Tony mengukur kawasan pagar yang ingin dibina dan mengira dengan kalkulator. Tapi Ronnie cuma duduk dibawah pokok sambil menghisap rokok. Setengah jam kemudian, ketiga-tiga mereka datang menemui Tong.

Lim: Encik Tong, kosnya murah, RM900 sahaja. RM400 untuk beli barang, RM400 untuk bayar gaji pekerja dan RM100 untuk saya.

Tony: Mahal tu! Saya boleh buat dengan kos RM700 sahaja. Rm300 untuk beli barang, Rm300 untuk pekerja dan RM100 untuk saya.

Ronnie: Kalau saya, RM2,700.

Tong: Hui! Mahalnya! Saya lihat kamu tak ukur langsung kawasan kilang ni tapi senang-senang saja nak kenakan kos mahal!

Ronnie menarik Tong ke tepi dan berbisik, “RM1000 untuk saya, RM1000 untuk awak dan lepas tu kita bayar Tony untuk buat pagar. Amacam?”

Tong: Setuju!!

Apa moral cerita ini? Dalam bisnes kenalah bijak… siapa yang bijak, dialah yang akan mendahului. Ronnie mempunyai kebijaksanaan dan licik sebagai usahawan tetapi apakah ia bermoral? Bagaimana pula pakatannya dengan Tong, penyelia kilang tersebut. Adakah ianya dikira rasuah?

Apa pula pendapat anda?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: