Konsep Indusiti gabungkan pelajar-industri


Syarikat telefon mudah alih terkemuka dunia Nokia menjalinkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing (LUCT) bagi Peraduan Nokia Mobile Widget 2009.

KERJASAMA Limkokwing dan Nokia selaras dengan konsep universiti berkenaan iaitu Indusiti yang menggabungkan industri dengan universiti (Indusiti).Dengan cara ini, pelajar akan mendapat faedah daripada pengalaman pertama hasil usahasama dengan industri.Peraduan berkenaan diadakan bagi mempamerkan kepakaran pelajar Universiti Limkokwing selain mempromosikan pemikiran inovatif dan kreatif melalui widget mudah alih secara komersial dan tempatan.

LUCT merupakan universiti di negara ini yang pertama yang memberikan penekanan dalam bidang kreatif yang mengasaskan konsep perkongsian dengan syarikat industri terkemuka.

Ini bagi membolehkan pelajarnya menghabiskan sekurang-kurangnya satu semester dalam kursus mereka dalam program kerjasama dengan rakan industri.Buat masa ini, LUCT bekerjasama dengan lebih 30 buah industri Nokia sebagai rakan industri terkini bagi membolehkan pelajar belajar daripada yang terbaik.Naib Presiden Pembangunan Antarabangsa, Dr. Jayles Yeoh berkata, usahasama LUCT-Nokia sesuai dengan konsep Indusiti yang diperkenalkan universiti."Kerjasama ini menunjukkan prestij LUCT sebagai universiti ke arah industri terkemuka dunia," katanya.Diadakan selaras dengan Nokia Mobile Widget Wizard Contest 2009 mempunyai tiga tema utama iaitu Hiburan, Pengurusan Maklumat Peribadi dan Rangkaian Sosial.

Sebanyak 30 kumpulan telah disenarai pendek dan akan mempamerkan kerja mereka dalam pameran terakhir di mana hakim akan memilih pemenang.Pengurus Besar Nokia Singapura/Malaysia & Brunei, Vlasta Berka berkata, berdasarkan maklum balas daripada berjuta-juta pelanggan, Nokia percaya pelanggan kini bukan hanya mahukan Internet mudah alih tetapi mahu memilih apa yang dikehendaki."Widget merupakan sebahagian pengalaman dan kami melihat ruang perkembangan aplikasi mudah alih sebagai pemacu kunci kepada pertumbuhan dan evolusi ruang Internet mudah alih," katanya.Beliau menambah Ovi Store, aplikasi Nokia pasaran mempunyai pengguna dari 152 negara dan memberikan pemaju potensi yang besar bagi setiap rekaan mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: