Layar, tempah, hantar

Laman web makansantai.com menawarkan biskut raya dan juadah berbuka yang dihantar terus ke rumah anda.


ZAINOL AMRI (kanan) dan Muhammad Faisol berbincang mengenai strategi perniagaan.

MEREKA yang tiada masa menyediakan sendiri biskut raya atau langsung tidak berkesempatan untuk membelinya di kedai-kedai atau bazar usah bimbang kerana laman web makansantai.com boleh membantu anda.Dengan hanya melayari laman web itu, anda boleh memilih pelbagai jenis biskut pilihan buat tetamu pada Aidilfitri ini.Menurut pengusahanya, Zainol Amri Datuk Zainal Abidin, 24, perkhidmatan itu disediakan bertujuan memudahkan pelanggan yang tidak banyak masa untuk membuat persiapan hari raya."Zaman sekarang semuanya sudah moden. Kalau tak ada masa, layari sahaja Internet. Buat tempahan dan kami hantar terus kepada pelanggan mahupun agen," kata Zainol Amri memulakan bicara ketika ditemui Kosmo! di Puchong, Selangor baru-baru ini.
ANTARA hasil usaha dua rakan niaga ini.


Diusahakan bersama rakan baik, Mohammad Faisol Murad, 24, makansantai.com mula beroperasi sebelum Ramadan lalu."Hanya laman web sahaja yang baru, tetapi biskut raya yang kami hasilkan ini sudah ada di pasaran sejak tujuh tahun yang lalu."Dahulu, kami beroperasi di Kedah dan membekalkan biskut raya kepada lebih 70 ejen di seluruh negara termasuk Brunei dengan jenama yang dipilih ejen itu sendiri," kata anak bongsu daripada empat beradik itu.Mohammad Faisol yang bertanggungjawab mengendalikan semua tempahan dalam talian pula memberitahu, sambutan berhubung tempahan biskut raya dalam talian semakin menggalakkan.

"Sambutan makin bagus. Kami berpindah ke Kuala Lumpur dari Alor Setar, Kedah bukan kerana nak tukar angin tetapi mempunyai hajat besar untuk meluaskan lagi perniagaan," katanya lagi.Selain biskut raya, perniagaan yang dikendalikan di bawah syarikat Alchemy Services Sdn. Bhd. itu juga menyediakan perkhidmatan penghantaran juadah berbuka puasa.

Juadah tersebut diletakkan di dalam mangkuk tingkat dan boleh ditempah melalui laman web yang sama. Perkhidmatan yang ditawarkan itu adalah untuk sekitar Lembah Klang dan dikendalikan oleh dua orang pekerja."Ada empat bekas dalam mangkuk tingkat ini. Pelanggan akan mendapat nasi, lauk dan pencuci mulut. Juadah ini disediakan untuk dua orang," katanya.

Makanan untuk berbuka puasa itu pula disediakan oleh ibu Mohammad Faisol sendiri, Asnah Salleh, 55."Ibu saya akan masak menu yang berbeza-beza setiap hari. Satu set mangkuk tingkat ini boleh dimakan untuk dua orang," ujar Faisol yang menekankan konsep halal, bersih dan bermutu dalam perniagaan beliau.







Menurut Asnah yang sememangnya minat memasak, selain mendapat didikan memasak daripada tukang masak profesional, rutin hariannya bermula seawal pukul 3 pagi pada setiap hari dalam bulan Ramadan."Saya bangun awal pagi untuk buat persiapan memasak. Setiap hari, ada empat perkara yang nak masak. Disebabkan saya masak seorang, jadi saya akan mula memasak pada pukul 9 pagi sehingga 3.30 petang," ujar Asnah yang tinggal di Puchong bagi membantu perniagaan anaknya.Antara biskut yang dijualnya ialah almond london, cornflakes rangup, tat nanas, short bread, snowy, makmor, oren bijan dan teratai.Kesemua jenis biskut itu dijual pada harga RM20 untuk 50 keping biskut bagi setiap bekas. Harga itu termasuk kos penghantaran yang tertakluk pada terma dan syarat.Sementara perkhidmatan penghantaran untuk makan berbuka puasa pula, pelanggan akan dikenakan deposit RM50 untuk mangkuk tingkat dan harga pakej untuk bulan Ramadan dikenakan bayaran sebanyak RM300 sebulan.

Lauk yang disediakan iaalah daging rendang Bali, daging masak merah, kari ketam, sayur kacang berlada dan sebagainya.Perkhidmatan itu pula hanya disediakan di beberapa kawasan sekitar Puchong sahaja. Seperti Shah Alam, Seri Kembangan, Putrajaya dan Kajang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: