Perniagaan SMS ..
Sesungguhnya saya menyertai seminar ini atas suatu sebab yang jelas… iaitu saya amat menyedari akan kepentingan, keberkesanan dan kuasa yang dimiliki oleh sistem SMS ini dalam konteks pemasaran dan perniagaan pada hari ini.
Walaupun selama ini saya menggunakan email sebagai saluran penyampaian maklumat dan pemasaran, kini saya menyedari kaedah SMS mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Paling menarik perhatian saya ialah fakta mesej SMS selalunya akan dibaca dengan kadar segera berbanding email yang ada kalanya lambat dibaca ataupun terus dipadamkan oleh penerima.
Tambahan pula, hampir semua orang memiliki telefon bimbit yang mempunyai aplikasi SMS yang dibawa kemana sahaja menjadikan SMS lebih praktikal berbanding email yang memerlukan talian internet dan juga komputer!
Dalam hal ini, SMS mencatatkan peratusan penyampaian yang lebih tinggi dan berkesan berbanding email!
Info menarik yang saya perolehi dari seminar ini ialah 30% daripada pengguna SMS aktif di Malaysia terdiri daripada golongan remaja, namun golongan remaja inilah yang menyumbang hampir 80% daripada keseluruhan perbelanjaan ke atas SMS!
Tidak menghairankan kerana kita boleh lihat kebanyakan iklan berasaskan produk SMS di dalam TV ataupun media cetak lebih menumpukan kepada golongan remaja ini. Download ringtone, wallpaper, permainan video dan pelbagai jenis langganan info pastinya menarik golongan ini. Tak perlu saya sebutkan dengan fenomena SMS yang diperkenalkan oleh Akademi Fantasia, jelas sekali remaja adalah sasaran utamanya!
Walaupun senario perniagaan SMS di negara ini pada ketika ini lebih condong kepada golongan muda atau remaja, saya melihat begitu banyak ruang untuk mengekploitasi golongan yang 70% lagi iaitu golongan dewasa yang terdiri daripada pekerja sektor awam atau swasta dan juga peniaga. Lebih tepat lagi jika saya katakan bahawa golongan dewasa ini lebih berkemampuan dari segi kewangan. Jika kena pada tempatnya, sasaran pasaran dewasa ini pasti akan memberikan pulangan yang lebih lumayan!
Berbanding dengan negara-negara maju, kesedaran penggunaan SMS sebagai mekanisme pemasaran di kalangan usahawan Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Jika adapun, ianya dilaksanakan oleh syarikat-syarikat besar dan antarabangsa.
Saya terfikir… mengapa tidak peniaga biasa seperti penjual burger, satay, nasi lemak ataupun pekedai runcit menggunakan pendekatan SMS dalam meningkatkan perniagaan mereka? Para peniaga seperti ini boleh memudahkan pelanggan tetap mereka dengan menawarkan pesanan melalui SMS!
Ya… rahsianya ialah mudahkan pelanggan anda! Mudahkan proses pertanyaan, pesanan ataupun proses pembayaran dengan teknologi SMS!
Dan sebagai usahawan internet kecil-kecilan, saya akan mengintegrasikan pemasaran perniagaan internet saya dengan mekanisme SMS! Insyaallah 2008… here I come with more killer products!
Oh! Ya… sama juga seperti perniagaaan internet, perniagaan SMS ini juga sebenarnya web-based, maka ianya juga boleh dijalankan secara sambilan dari keselesaan rumah sahaja! Oleh yang demikian, sekiranya anda sudahpun melibatkan diri dengan perniagaan di internet, maka anda tidak sepatutnya mengabaikan aplikasi SMS untuk memantapkan perniagaan internet anda!
p/s: Dalam kepala ini dah terfikir beberapa idea bisnes SMS yang difikirkan boleh buat duit. Irwan, jom pekena teh tarik!
0 comments:
Post a Comment