Aristokrat ke dunia MLM
MELALUI zaman kecil, membesar dan dewasa sebagai anakanda kepada pemerintah negeri, sedikit pun tidak pernah melekakan lelaki yang satu ini.Sebaliknya setiap masa dan ketika, beliau cuba untuk terus mendekati masyarakat, meladeni kehidupan mereka tanpa sedikitpun rasa janggal dan terasing.Kehidupan di istana besar yang serba mewah, terjaga dengan protokol tidak pernah dijadikan sebagai benteng yang menyekat untuk beliau terus akrab dengan rakyat biasa."Selalulah melihat dunia dari mata burung, bukan dari bawah tempurung. Percayalah, hanya dengan itu, kita akan sentiasa memahami apa masalah dan penderitaan orang lain," demikian tutur lelaki segak berkulit kuning langsat dan tinggi lampai itu memulakan bicara.
Dalam nada penuh sopan, lembut dan menghargai lawan bicaranya, beliau bercakap dengan penuh yakin dan mendorong.
Bicaranya terus mereneh dan bersambung: "Kemewahan atau kehebatan individu tidak akan bermakna kalau kita melupakan golongan yang memerlukan."Perlu ada keseimbangan dalam kehidupan dan saya tidak pernah melihat status bangsawan sebagai benteng yang memisahkan kehidupan saya dengan masyarakat luar yang lain," jelas Tengku Datuk Sri Kamarul Zaman Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar.
Beliau merupakan putera kepada Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Sultan yang pernah mentadbir negeri Pahang Darul Makmur.Adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Sir Abu Bakar yang mesra dengan panggilan Tengku Intan itu berkongsi cerita terbarunya dengan Kosmo!.Beliau baru sahaja menubuhkan satu bisnes yang barangkali tidak pernah terfikir untuk diceburi oleh golongan aristokrat lain.
Bisnes untuk orang susah
Dari pandangan mata kasar, dunia bisnes Multi Level Marketing (MLM) adalah dunia untuk orang-orang susah, rakyat miskin yang mahu mencari duit lebih buat menampung kehidupan harian.Malah, MLM juga dilabel sebagai satu bisnes yang dicemari dengan pelbagai agenda korup, menabur janji-janji palsu yang pada akhirnya hanya akan menguntungkan pemimpin atasan yang mendaftar awal.Sebaliknya, Tengku Intan tidak pernah malu untuk sama-sama mewarnai dunia bisnes MLM dan nekad untuk merobah stigma buruk terhadapnya.Menubuhkan syarikat Jiwa Realiti Sdn. Bhd., maka lahirlah produk jenama Jiwa di bawah pelaksanaan bisnes secara rangkaian yang sudah terbukti mampu mengubah kehidupan manusia biasa-biasa menjadi luar biasa.Jiwa akan menjadi satu syarikat MLM bersih yang tidak berselindung di sebalik janji-janji palsu, sebaliknya berikrar untuk memberikan pendapatan yang selumayan mungkin kepada ahlinya melalui pelan pemasaran berperikemanusiaan.
"Jiwa adalah inspirasi saya sendiri untuk bersama-sama, erat dan dekat dengan masyarakat. Di Jiwa, keutamaan kami adalah memberi khidmat terbaik kepada masyarakat melalui bisnes rangkaian, bukan wang semata-mata.
"Justeru, kelahiran Jiwa bukan untuk bersaing dengan syarikat MLM mapan yang telah sedia ada, sebaliknya kami menawarkan sesuatu yang jauh lebih bagus daripada mereka kepada ahli-ahli kami."Walaupun baru setengah tahun didaftarkan, kita sudah berjaya menarik perhatian hampir 5,000 ahli untuk bersama Jiwa. Ini satu rekod yang cukup memberangsangkan," kata graduan Universiti North Wales, United Kingdom itu.
Dorongan
Apakah yang mendorong Tengku Intan menceburkan diri dalam bisnes MLM? Semuanya bertitik tolak daripada perasaan ingin membantu golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk meraih sukses dalam hidup.Melalui pelbagai kajian dan penilaian yang begitu lama, beliau akhirnya akur bahawa bisnes rangkaian adalah cara terbaik untuk berkongsi ilmu bisnes yang sedikit sebanyak dipunyai sebelum ini.
"Saya tahu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mudah hendak memulakan bisnes. Ini kerana bisnes memerlukan modal yang besar. Jadi, satu-satunya bisnes yang tidak memerlukan modal yang besar ialah MLM."Lagi pun, saya teringat kepada kata-kata Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998 ketika negara dilanda kegawatan ekonomi. Antara bidang yang digalakkan Tun untuk diceburi oleh rakyat pada ketika itu adalah bidang MLM. Sehubungan itu, saya melihat bidang ini mempunyai satu tarikan yang tersendiri," ujar beliau.
Hari ini Jiwa semakin diterima ramai dan telah mula membuahkan hasil. Kemunculan beberapa kelompok pemimpin yang menjadi perintis di Jiwa membuktikannya adalah satu bisnes yang 'boleh buat duit'.
"Saya seronok apabila sebahagian pemimpin Jiwa sudah ada yang merasa bonus berpuluh ribu ringgit setiap bulan. Ada juga di antara mereka yang sudah mencecah ratusan ribu pendapatannya."Melihat orang seperti mereka inilah yang menguatkan lagi semangat saya untuk memberikan yang terbaik kepada ahli-ahli dan bakal ahli Jiwa," kata Tengku Intan.Produk dagangan utama syarikat berkenaan adalah berteraskan kesihatan dan kecantikan. Antara yang terhangat adalah Trophic Puree, Aivonda Revitalising Cream dan Moor Airvonda Facial Bar.
Ke pasaran OIC
Buat masa ini, Jiwa Realiti Sdn. Bhd. (Jiwa Realiti) baru sahaja mengembangkan perniagaan ke semua negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).Majlis menandatangani perjanjian antara Jiwa Realiti dan OIC World Trade (OWT) telah pun ditandatangani pada 20 April 2009 di Seri Kembangan, Selangor.Jika segala-galanya menjadi kenyataan, setiap produk yang bernaung di bawah Jiwa akan dipasarkan di 57 buah negara-negara yang berpayung di bawah OIC."Sejumlah 90 peratus produk kecantikan keluaran Jiwa Realiti adalah berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan manakala 10 peratus lagi diimport dari luar negara termasuk dari Brazil.
"Jadi, sesuai benar kalau kita bekerjasama dengan pihak OWT bagi memasarkan produk-produk kami ke seluruh negara Islam di seluruh dunia."Inilah ko mitmen syarikat kami kepada ahli-ahli dalam mengukuhkan lagi jenama Jiwa ke pasaran dalam dan luar negara," kata Tengku Intan lagi sambil mereka yang berminat untuk berkongsi strategi terhebat yang disediakan di Jiwa.
0 comments:
Post a Comment