Songket pilihan rai Aidilfitri


SENTUHAN moden songket memberi ilham kepada wanita menyambut Lebaran. Ternyata songket Terengganu mampu mengangkat martabat fesyen negara.

SETIAP kali tiba Aidilfitri, busana baru dan cantik tidak akan dilupakan. Tidak kira berhari raya di kampung atau di bandar, muda atau tua, semuanya menyediakan busana baru. Ia sebagai tanda keceriaan dan keseronokan menyambut Aidilfitri yang hanya disambut setahun sekali.Bagi wanita, berbaju kurung atau kebaya menjadi pilihan bergaya merai Lebaran.Selain fabrik moden seperti sifon dengan lengan puff, songket juga mempunyai tarikannya sendiri.Jika dahulu fabrik ini hanya digayakan golongan istana dan bangsawan, kini pemakaian songket mencetus tarikan tersendiri.Kehalusan seni tenunan songket dari dulu hingga kini terus menjadi kebanggaan masyarakat di negara ini. Evolusi songket dalam keindahan busana raya memberi idea kepada Muslimah tampil menawan.

Buktinya, pameran A Tribute to Terengganu Songket Exhibition yang berlangsung baru-baru ini di Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur menyajikan inspirasi Lebaran yang menarik.

Pameran yang dianjurkan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu (MTPTN) dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu memaparkan l0 pengeluar jenama songket utama di Terengganu.Antara jenama ikon songket yang mengambil bahagian pada pameran itu ialah Manan Songket, Bibah Songket dan Atikah Songket. Turut mengambil bahagian ialah Nor Atikah Songket, Myriams Atlier, Fatimah Songket, Zaidah Songket, Seri Gamelan Songket/Wan Hasnah Songket, Terengganu Songket dan Norizai Songket.

Kilauan tenunan menghasilkan busana mewah. Gabungan warna ceria dengan sentuhan moden atau tradisional menjadikan songket antara fabrik warisan yang versatil.Pameran tersebut dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ng Yen Yen sempena pengenalan Minggu Fesyen Raya KL 2010 anjuran Tradisi Busana PR Sdn Bhd.Menurut Pengurus Tradisi Busana PR Sdn Bhd, Dodi Mohammad, sejak dulu permintaan dan pasaran untuk songket setiap kali menjelang Aidilfitri adalah tinggi. Walaupun songket menjadi dagangan utama bagi industri fesyen di Malaysia, ia masih belum dikenali secara meluas.Dodi berkata, penganjuran Minggu Fesyen Raya KL 2010 yang memaparkan pengiktirafan terhadap songket Terengganu dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat global bagi dagangan fesyen raya.Memeriahkan majlis pelancaran beberapa pereka mempersembahkan koleksi fesyen rekaan mereka. Antaranya ialah Albert King, Iszal Citra, Riffai dan pereka dari Indonesia, Yamin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: