Empayar tudung Deena


ROSLIZA sanggup meninggalkan kerjaya sebagai eksekutif bank untuk menjalankan perniagaan tudung di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


SEJAK kebelakangan ini, pelbagai jenis dan rekaan tudung berada di pasaran bagi menarik minat si pemakainya untuk kelihatan menarik dan sedikit moden.Melihat peluang pasaran yang begitu luas, Rosliza Ab. Halim, 38, mengorak langkah untuk menjadi pemain utama dalam industri tudung dengan memperkenalkan jenamanya sendiri, Deena.Rosliza yang pernah bertugas sebagai eksekutif di sebuah bank tempatan sanggup meninggalkan kerjaya yang telah diceburinya selama sedekad untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.Bermula dengan membuka Kedai Emas Warisan di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dia kini tertarik untuk meluaskan empayarnya dengan membuka cabang perniagaan baru berasaskan produk tudung dan selendang.

Menurut Rosliza, idea untuk memasarkan produk jenama sendiri lahir setelah melihat permintaan terhadap tudung dan selendang berkonsep moden semakin mendapat permintaan.


ROSLIZA (kanan) sentiasa berusaha menghasilkan koleksi tudung berkualiti bagi kepuasan pelanggan.


"Saya banyak buat pemerhatian di pasaran dan saya dapati tudung dengan konsep moden semakin mendapat permintaan yang tinggi.

"Dari situ, saya mula berminat untuk mengeluarkan tudung sedemikian rupa tetapi dengan menggunakan jenama saya sendiri," katanya ketika ditemui di Butik Tudung dan Selendang Deena di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Menurut wanita itu, dia mendapatkan fabrik dan material yang sesuai untuk membuat tudung dan selendang, selain mencari tukang jahit yang mahir dalam menghasilkan produk berkenaan.Bagi memperlihatkan kelainan berbanding tudung seumpamanya, dia menggunakan fabrik berkualiti tinggi yang diimport terutamanya dari Korea, Indonesia dan Emiriyah Arab Bersatu.Malah, batu dan permata yang digunakan sebagai hiasan pada tudung juga menggunakan batu swarovski yang diimport dari Austria.Butiknya juga memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih corak dan jenis batu yang disukai bagi dipadankan dengan tudung dan fabrik yang dipilih.


PELANGGAN berpeluang memilih jenis batu yang digemari untuk menghias tudung pilihan.

"Kami mempunyai seterika khas untuk melekatkan batu ini pada tudung dan selendang yang dihasilkan."Ini bermakna, pelanggan boeh mencipta koleksi mereka sendiri mengikut cita rasa sendiri menggunakan pelbagai jenis batu yang kami sediakan," katanya.Setiap tudung dan selendang di butiknya dijual pada harga antara RM29 hingga RM98 sehelai berdasarkan jenis fabrik dan batu yang dipilih.Bagaimana penerimaan pelanggan terhadap tudung dan selendang rekaannya? Rosliza memberitahu, maklum balas yang diterimanya amat positif.

Buktinya, walaupun jenama Deena baru sebulan berada di pasaran sejak butik berkenaan dibuka pada 3 Julai lalu, namun premis miliknya itu sudah mula dikunjungi pelanggan yang rata-ratanya berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan.Jelasnya, dia kini masih dalam proses memperkenalkan produknya ke dalam pasaran dan setiap maklum balas, idea tambahan dan cadangan yang diberikan oleh pelanggannya akan diambil kira bagi menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan menepati cita rasa wanita masa kini."Jika tiada aral melintang, saya bercadang untuk membuka cawangan kedua butik tudung ini di Kuala Lumpur pada awal tahun depan untuk meluaskan pasaran.

"Saya juga berharap dapat menghasilkan lebih banyak koleksi tudung dan selendang menggunakan jenama Deena agar pengguna mempunyai lebih banyak pilihan untuk digayakan," tambahnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: