Sukarnya Jadi Usahawan…
Seringkali kita dengar ramai yang mengeluh betapa sukarnya berjaya atau bertahan lama dalam bisnes. Malah ada yang berkata… “janji survive ataupun cukup makan jadilah!” Mengapa sampai begitu sekali?
Antara permasalahan atau ‘alasan’ yang selalu sangat diberikan oleh golongan peniaga Melayu yang sering merungut ini:
-
takde modal
-
tak cukup modal
-
tak dapat lesen/permit perniagaan
-
takde bimbingan/tunjuk ajar
-
sukar dapat pinjaman bank
-
tak dapat sokongan agensi kerajaan pasarkan produk mereka
-
takde pelanggan
-
tak mampu bersaing
-
tempat bisnes tak strategik
-
orang lain dengki khianat
-
pesaing main kotor
-
Kena sihir
-
kena tipu atau tertipu
-
pihak berkuasa pilih kasih (rasuah?)
-
kerajaan/UMNO tak prihatin nasib orang Melayu - mereka tolong kroni shj)
-
sering diganggu pihak berkuasa
perlukah saya teruskan lagi?….
Saya boleh senaraikan banyak lagi permasalahan yang diutarakan oleh para peniaga kita hasil pengalaman bertemu dan bergaul dengan ribuan peniaga pelbagai bangsa sejak 10 tahun lalu. Tapi cukuplah sebanyak itu senarainya untuk kita menilai setakat mana terdesaknya para peniaga kita.
Walaupun ada kebenarannya sebahagian alasan yang diutarakan, namun saya berpendapat sebenarnya kebanyakan permasalahan yang disebutkan tadi berpunca dari diri peniaga itu sendiri. Mengapa saya berkata demikian?
Saya bersyukur kerana selain peniaga Melayu, saya mempunyai ramai kenalan peniaga dari bangsa Cina dan India, samada yang bisnes besar mahupun yang bisnes kecil-kecilan. Hasil pergaulan saya dengan semua peniaga ini, saya dapati para peniaga dari setiap bangsa menghadapi masalah yang hampir sama! Modal, lesen perniagaan, persaingan, keuntungan yang berkurangan dan banyak lagi… dah namanya bisnes, permasalahannya lebih kurang sama sahaja di mana-mana sahaja.
Perbezaannya… cara mengatasi permasalahan!
Tetapi yang hairannya, mengapa orang kita sahaja yang kelihatan lebih vokal dalam menyuarakan permasalahan mereka? Apakah bangsa lain tak mengalami masalah yang serupa?
Apakah kita hanya tahu meminta-minta? Apakah kita tak pandai selesaikan masalah sendiri? Apakah kita mesti menggunakan sentimen ‘hak bumiputera’ setiap kali menuntut peluang perniagaan?
Punca permasalahannya ialah… kebanyakan orang kita belum terdedah sepenuhnya kepada hakikat dan budaya bisnes yang sememangnya banyak cabaran dan pancaroba. Selain tak berminat belajar asas bisnes, mereka ini juga sentiasa mengharapkan bantuan dan pembelaan setiap kali menghadapi kesukaran tanpa mencuba menyelesaikannya sendiri.
Sikap nak cepat berjaya, nak cepat lihat hasilnya, nak cepat dapat untung tetapi cepat juga lemah semangat apabila dugaan mula datang melanda…
Selain itu sikap menyalahkan orang lain atas masalah atau kegagalan yang menimpa. Ini bukanlah sikap ‘gentleman’. Usahawan sejati akan mengkaji kelemahan dan kesilapannya dan bangkit semula dengan stategi yang baru!
Namun, PUNCA BESAR orang kita sukar bertapak kukuh dalam bisnes adalah kerana kurangnya perikatan atau persekutuan dengan peniaga lain. Peniaga Cina dengan rumpun buluhnya (bamboo network), orang India dengan rangkaian karinya (curry network). Orang melayu?
Orang kita sukar nak networking, cenderung untuk senang sendirian. Kononnya kejayaannya atas usahanya sendirian tanpa bantuan mana-mana pihak.
0 comments:
Post a Comment