Masih kekal ranggi walaupun bertudung


Koleksi tudung Suraiya Eksklusif untuk dimiliki pada Hari Raya Aidilfitri ini.

INGIN tampil ranggi walaupun bertudung, bagaimana caranya! Bukan sekadar pakaian yang menyaluti tubuh harus dititik beratkan dalam memastikan seseorang itu ranggi tetapi tudung turut menyumbang untuk menyempurnakan gaya tersebut.

Jenis, corak dan cara pemakaian tudung memain peranan. Bagaimanapun bukan semua tudung boleh membuat seseorang itu ranggi dan funky. Oleh itu, perlu bijak dalam menyuaipadankan dengan pakaian.Untuk menjayakan konsep ini tidak sukar sekiranya anda mengayakan dengan tudung Fareeda. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, koleksi tudung terbarunya yang sesuai untuk digayakan dengan baju tradisional dan kasual pasti membuat seseorang teruja untuk memilikinya.

Ini kerana keunikan pada rekaan iaitu piping, jahitan tepi berbiku dan awning penuh, selain jenis fabrik yang digunakan.

Ciri-ciri inilah yang membuatkan ia nampak elegan dan cantik dipandang. Wanita pasti ralit memilih sama ada ingin memiliki tudung bercorak, dwiwarna, warna ceria atau batik untuk penampilan yang ranggi dan funky yang dinamakan Suraiya Eksklusif.

Pemakainya tidak sukar, cuma sarungkan anak tudung yang dijahit bersama seleksi selendang dan mereka diberi kebebasan sama ada melilit di bahagian belakang kepala, di bahu atau memasukkan tudung tersebut di dalam baju.

Pemilik Fareeda House of Scarf, Faridah Zakaria berkata, jika sebelum ini jenis-jenis tudung diberi nama Maisarah, Raihanah Eksklusif, Rania, Maleeka dan Sofiya begitu laris di pasaran, kini sekali lagi tambahan koleksi Suraiya Eksklusif yang mengandungi lima jenis tudung terbaru diperkenalkan.''Suraiya Eksklusif yang diperkenalkan khusus untuk hari raya ini terdiri daripada selendang dan tudung sarung bersulam bunga; tudung bersarung bercorak dua lapis; tudung sarung bersulam kain kosong berbutang dan berbatu; tudung dwi ton bersulam selempang, berbatu sebelah dan selendang dwi ton dan tiga ton serta selendang batik sifon bercorak dan dwi ton (eksklusif dan edisi terhad), bersarung tanpa anak tudung.

''Tudung yang berciri mewah ini diperbuat daripada sifon Itali, lycra, beaded sequin, dope dyed, opal, organza, kasibo, chiffon stone, sequin dan sutera. Kebanyakannya dari Itali, Korea dan Perancis.''Tudung Suraiya yang memiliki dua tona warna bakal menyerlahkan gaya remaja yang anggun dan ceria. Begitu sesuai dipadankan dengan busana warna hitam, putih atau pakaian daripada kumpulan warna yang sama. Manakalabercorak abstrak dan flora, polos dan batik sesuai untuk pelbagai jenis majlis, kuliah atau ke pejabat dan dipakai dengan baju polos,'' katanya.

Selain itu, koleksi terbaru ini juga dihias dengan butang, sulaman dan berbatu yang menjadikan tudung Fareeda lebih anggun dan mempunyai tarikan tersendiri.

Bagi mendapatkan koleksi terbaru ini, boleh hubungi 019-5759809 atau melayari www.fareedascarf.com.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: