Jual produk London di Internet
|
Jika tidak, anda harus membeli tiket kapalterbang dan menempah hotel, belum masuk kos lain semasa berada di satu-satu negara itu.Kini, dengan hanya duduk di rumah dalam suasana nyaman dan selesa, berhadapan dengan komputer dan melayari laman web, anda boleh membuat pelbagai pilihan item yang mana idaman hati.
Jenama Hackett Polos, Cath Kidston, Monsoon, Accessorize, Primark, Matthew Williamson dan ASOS yang hanya terdapat di London selain jenama lain seperti Furla, Mulberry, Tod's, Celine dan Anya Hindmarch ditawarkan di dalam online, lengkap dengan harga dan cara untuk membuat pesanan.
Membeli belah di alam siber ini adalah idea dua orang surirumah yang menetap di London kerana mengikuti suami masing-masing yang bekerja di bandar raya metropolitan itu. Daripada tiada aktiviti yang hendak dibuat selain gemar membeli belah dan menguruskan rumahtangga dan anak-anak, mereka mengambil keputusan untuk merebut peluang yang ada untuk berniaga di samping memberi pendapatan tambahan.
Shireen Salleh dan Zalifah Zakaria, masing-masing 33 tahun mendapat idea apabila sering diminta untuk membeli pelbagai jenis item yang terdapat di London apabila mereka pulang ke Malaysia oleh sanak saudara dan rakan-rakan.''Melihatkan pesanan barangan tersebut semakin bertambah setiap kali kami balik ke Kuala Lumpur, bahkan ada yang meminta kami mengeposnya, maka kami mendapat idea, untuk membuka laman web bagi menjual barang-barang tersebut melalui Internet,'' kata Shireen ketika ditemui di Taman Tun Dr. Ismail ketika pulang bercuti baru-baru ini.Menurut Shireen, langkah pertama yang dilakukan ialah dengan membuka blog dan dengan bermodalkan RM3,000 seorang, mereka berdua telah pergi ke pusat membeli belah Matthew Williamson for HMM membeli 20 item seperti beg tangan, pakaian wanita, aksesori dan kasut bagi diiklankan di dalam blog.''Satu kejutan berlaku, cuma beberapa hari sahaja, item yang diiklankan hampir habis dijual. Ini membuatkan kami berasa seronok dan sekali gus menaikkan semangat untuk terus meniaga secara siber.
''Maklum balas yang diterima daripada pelanggan juga sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada kami untuk terus menawarkan item yang berkualiti, berjenama, eksklusif dan mempunyai nilai wang dan yang penting hanya yang asli sahaja. Dari situ, sedikit demi sedikit, kami menambahkan item seperti pakaian kanak-kanak Monsoon, baju lelaki Hackett Polos, beg membeli belah Cath Kidston, Anya Hindmarch, Tod's, kasut Jimmy Choo dan aksesori.
''Bahkan harga dan caj yang dikenakan turut berpatutan malah ada harga item yang lebih murah daripada yang boleh diperoleh di Malaysia,'' ujar isteri kepada kakitangan Shell yang berpangkalan di London.Sementara itu, bekas perunding amanah saham dan isteri kepada kakitangan Hess Oil, Zalifah memberitahu, bagi pelanggan yang ingin memesan item yang diiklankan, cukup mudah, hanya layari shopandsleep.blogspot.com atau e-mel ke fashies@googlemail.com dan isikan borang pesanan bagi menempah item yang ingin dibeli.''Untuk pesanan khas iaitu item yang tidak ada dalam blog, berikan model dan keterangan mengenai item. Kami akan mencarinya dan menghantar sebut harga secepat mungkin termasuk caj yang dikenakan.''Kami juga akan e-mel invois pembayaran yang boleh dibuat melalui kad kredit, Paypal atau butir-butir akaun nombor CIMB, Maybank atau UK (Llyods TSB/Natwest) untuk pemindahan tunai. Kami memerlukan sebahagian pembayaran untuk item yang berharga lebih RM500.
''Caj yang dikenakan termasuk kos item, bayaran pos, penghantaran dan insurans. Untuk pesanan khas, pelanggan diberi tiga hari untuk membayar 75 peratus daripada sebut harga. Jika tidak, pesanan itu terbatal. Sebanyak enam peratus yuran urusniaga akan dicaj untuk pembayaran melalui kredit kad atau PayPal,'' kata ibu kepada dua cahayamata.
Tambahnya, apabila pembayaran telah dijelaskan, pesanan akan dihantar. Pelanggan bakal menerima barangan dalam masa empat hingga enam minggu. Apabila item tiba di Malaysia, baki pembayaran barangan yang lebih RM500 perlu dibayar. Penghantaran ke Malaysia ialah dua minggu sekali.''Nah, mudah dan tidak perlu berbelanja besar untuk ke London bagi mendapatkan produk idaman kalbu,'' kata Zalifah.
0 comments:
Post a Comment