Pergilah ke Bukit Bintang, jangan aniaya peniaga Melayu

APA sudah jadi dengan orang Melayu? Itulah persoalan yang bermain di benak saya apabila melihat majoriti mereka yang hadir dalam perhimpunan haram 1 Ogos yang lalu di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) adalah Melayu.Pada mulanya saya membayangkan bahawa perhimpunan haram ini akan dihadiri oleh rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak berpuas hati dengan undang-undang ISA. Malangnya apa yang saya bayangkan tidak kesampaian.

Nampak sangat orang Melayu telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menjerit di jalanan. Nampak sangat pihak tertentu ini bukan sahaja mahu mempergunakan Melayu tetapi juga mengganggu periuk nasi Melayu lain kerana berdemonstrasi di kawasan perniagaan Melayu.

Pernahkah kita terfikir kenapa setiap kali demonstrari haram mahu diadakan, lokasi di sekitar kawasan Masjid India dan Jalan TAR akan menjadi pilihan. Umum mengetahui lokasi-lokasi tersebut sememangnya tumpuan orang Melayu dan banyak peniaga kecil Melayu berniaga disitu.Kalau benar demonstari ini disokong oleh semua kaum seperti yang diwar-warkan oleh parti pembangkang kenapa hanya orang melayu sahaja yang nampak beria-ia untuk menyertainya.Mana pergi kaum-kaum lain? Kenapa tidak saja memilih lokasi-lokasi seperti Jalan Petaling (Petaling Street) atau kawasan sekitar Bukit Bintang? Mungkin sebab kawasan-kawasan ini dikuasai oleh peniaga kecil bukan Melayu maka ia tidak boleh diganggu.

Sedarlah wahai orang Melayu yang menyertai demonstrasi tersebut bahawa anda bukan sahaja telah dikuda-kudakan oleh pihak lain tetapi juga telah menganggu periuk nasi saudara sebangsa anda.Inilah niat jahat pemimpin bukan Melayu parti pembangkang, mengajak orang Melayu berdemonstari dan memilih lokasi tumpuan Melayu. Kalau mereka betul-betul mahu berdemonstrasi kenapa tidak memilih kawasan-kawasan yang dikuasai oleh peniaga bukan Melayu. Kenapa hendak terbalikkan periuk nasi peniaga Melayu?

Malangnya pemimpin Melayu parti pembangkang juga terikut-ikut kehendak rakan-rakan mereka.Nasihat saya, jika anda berani, lain kali kalau mahu berdemonstrasi pilihlah stadium seperti saranan Perdana Menteri kita atau pun pergi ke Jalan Petaling. Fikir-fikirkanlah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: