Tudung bercorak abstrak


SEMPENA Ramadan, keindahan peribadi wanita lebih terserlah dengan bertudung.

TREND bertudung bukan lagi sesuatu yang asing bagi penggemar fesyen. Pelbagai rekaan mengikut padanan warna yang sesuai dengan baju menjadikan penampilan lebih menarik.Lebih manis, jika si pemakai memakai tudung sedikit labuh menutup dada.Tidak sekadar tudung berwarna polos, corak abstrak kini semakin digilai ramai. Sesuai dipadankan dengan blaus atau kemeja, ia boleh digayakan ke majlis kasual.Bagi mereka yang menggemari jubah atau baju kurung polos, tudung bercorak abstrak ini antara pilihan menarik.

Istimewanya tudung Al-Habshee ini, oning yang dihasil berbentuk separuh di bahagian hadapan tudung. Material yang dipilih juga mudah digosok, lembut, sejuk dan berkualiti.Ini kerana jahitan tudung lebih berkualiti. Tidak ketinggalan, pelanggan boleh memilih saiz dan menempah tudung mengikut pilihan. Mereka yang inginkan saiz sederhana, boleh memilih M dan L untuk tudung labuh.

Bercerita tentang warna, pilihan warna cerah dan terang menjadi tema tudung Al-Habshee.Sesuai dengan ekonomi yang kurang memberangsangkan, warna cerah dapat menceriakan suasana dan si pemakai.Warna sebenarnya dapat mempengaruhi perasaan si pemakai serta persekitaran mereka.

Tip menjaga tudung

1) Bagi mereka yang memakai cermin mata, pilih oning yang berbentuk separuh agar penampilan lebih kemas.

2) Apabila hendak menggosok tudung, gosok oning di bahagian dalam dahulu.

3) Lebih cantik jika menggosok tudung menggunakan air kanji.

4) Tudung yang kemas, apabila kita memakainya, ia betul-betul terletak di bahu dan menutup dada.

5) Bagi mereka yang ingin saizkan XL, Boleh menempah terus dengan AL-Habshee.

6) Sempena Ramadan, Al-Habshee turut menyediakan corak yang baru untuk pra raya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: