Azan Food cari usahawan untuk edar produk Ma'at


NuzulNudin menunjukkan produk sambal ikan bilis kering berjenama Ma'at di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Azan Food Industries (Azan Food), pengeluar sajian makanan kering, kini dalam usaha mencari 25 pengedar makanan di seluruh negara bagi memasarkan produk sambal ikan bilis kering berjenama Ma'at.

Pengurus Besarnya, Muhammad Nuzulnudin Maat berkata, pihaknya menyasarkan untuk mendapatkan antara dua hingga tiga pengedar di setiap negeri menjelang penghujung tahun ini bagi meluaskan pengedaran produk tersebut.

Jelas beliau, sehingga kini Azan Food mempunyai masing-masing satu pengedar di Lembah Klang dan negeri Johor manakala rangkaian terbarunya ialah menerusi pemasaran produknya di rangkaian pasar raya besar Giant di seluruh negara bermula bulan ini.

"Langkah agresif untuk memasarkan produk ikan bilis kering ini bertepatan pada masa sekarang kerana setiap kali tibanya bulan Ramadan dan musim haji, ia mendapat sambutan yang amat positif," katanya ketika ditemui di pejabat Kosmo! baru-baru ini.

Tambah beliau, bisnes ikan bilis kering untuk pasaran di Lembah Klang kini telah mencatat jualan antara RM20,000 sehingga RM30,000 sebulan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 comments:

Unknown said...

mcm mana saya nk dapatkan alamat atau contact number pembekal / pengedar ikan bilis maat