Rezeki Pilihanraya Kecil P036.
|
Ini berikutan kedatangan orang luar dari Selangor, Johor, Kelantan dan Kedah ke negeri ini untuk membantu calon parti masing-masing.
Seorang tukang kasut, Mohamad Riduwan Hamzah, 42, berkata, rezeki yang diperoleh sejak akhir-akhir ini agak meningkat sedikit berikutan dengan kehadiran orang luar ke bandar ini untuk berkempen pada pilihan raya itu.Beliau yang tinggal di Kampung Tanjung di sini berkata, jika sebelum ini purata pendapatannya antara RM40 hingga RM50 sehari tetapi sejak kempen pilihan raya bermula pendapatannya boleh mencecah sehingga RM60 hingga RM70 sehari dengan jumlah kasut 20 pasang dan 30 pasang.
''Kasut serta selipar yang jahit atau ditampal itu termasuk milik orang luar yang datang ke sini kerana kempen pilihan raya," katanya ketika ditemui di premisnya berhampiran Pusat Membeli Belah Astaka di sini, hari ini.Mohamad Riduwan mempunyai dua anak menjalankan perniagaan itu sejak empat tahun lalu dengan dibantu oleh isterinya, Rozita Abas, 32.Dia berkata, jika terdapat banyak kasut yang perlu dijahit, dia terpaksa meminta isterinya datang membantu di premisnya.''Saya perlu meminta pertolongan isteri saya supaya kasut serta selipar yang dihantar orang ramai itu dapat disiapkan secepat mungkin, terutama pada masa sekarang ini apabila tempahan semakin bertambah," ujarnya.
0 comments:
Post a Comment