Usahawan Mesti Berpandangan Jauh…

Kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang usahawan yang amat berjaya. Semoga kita boleh ambil iktibar dari cerita ini…

Usahawan ini bernama Samuel Roffe, pengasas syarikat Roffe & Sons; sebuah syarikat farmaseutikal terkemuka dunia. Pada awal penubuhan syarikatnya pada tahun 1868 yang bermula hanya dari pondok buruknya di Yugoslavia, beliau telah menyimpan cita-cita untuk mengembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa. Bagaimana beliau akan melakukannya? Inilah yang menariknya…

Samuel Roffe mempunyai 5 anak lelaki. Beliau mengupah beberapa orang guru (tutor) khas untuk mengajar bahasa asing kepada anak-anaknya. Anak sulung dan anak keduanya diarahkan agar belajar Bahasa Inggeris, anak ketiga belajar bahasa Jerman, anak keempat belajar bahasa Perancis manakala anak bongsunya dikehendaki belajar bahasa Itali.

Tindakan Samuel Roffe pada ketika itu dilihat sebagai tidak masuk akal. Isteri dan ibu mertuanya menganggap Samuel gila kerana tiada siapapun yang bertutur bahasa asing tersebut di negara itu. “Dengan siapa bebudak tu nak bercakap bahasa asing tu? Nanti dengan sesama mereka sendiri pun mereka tak boleh berkomunikasi!”

Samuel hanya tersenyum dan menjawab dengan tenang, “Itu sebahagian daripada pendidikan mereka”. Sebenarnya Samuel tahu dengan siapa dan bila anak-anaknya akan menggunakan bahasa-bahasa asing tersebut…

Sebenarnya Samuel ada rancangan yang besar! Apabila setiap anak lelakinya mencapai usia 21 tahun, mereka akan dihantar untuk membuka cawangan kilang-kilangnya di luar negara!

Anak sulung dihantar ke New York, Amerika Syarikat; anak kedua ke London; anak ketiga ke Berlin, Jerman; anak keempat ke Paris, Perancis manakala anak bongsunya dihantar ke Rome, Itali.

Setiap anak lelaki Samuel Roffe ini kemudiannya menetap dan berkahwin dengan orang tempatan di negara-negara tersebut disampingkan mengusahakan perniagaan dan kilang-kilang milik keluarga mereka. Maka dari situ, berkembanglah empayar perniagaan milik keluarga Roffe!

Begitulah bijak dan betapa berpandangan jauhnya Samuel Roffe dalam menetapkan visi perniagaannya sehingga ke peringkat antarabangsa!

Jadi, jika kita nak berjaya seperti Samuel Roffe, buatlah perancangan rapi untuk perniagaan kita. Bayangkan kejayaan itu awal-awal lagi, tak kisahlah jika ia hanya akan mampu direalisasikan 10 atau 20 tahun lagi. Dr. Irfan Khairi pun selalu kata… visualize your success!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 comments:

budi said...

mintak izin untuk ambil maklumat...t.kasih.. :)