Marketing Mix

Dalam mempromosikan perniagaan anda menggunakan beberapa media promosi, tahukah anda bahawa 1 + 1 tidak menjadi 2?

Maksud ini adalah, sekiranya anda promosi perniagaan anda menggunakan kad bisnes sahaja, mungkin anda mendapat 5 pelanggan. Kemudian, anda menggunakan brochure sahaja untuk mempromosi perniagaan anda, mungkin anda mendapat 5 pelanggan lagi.

Namun sekiranya anda gabungkan promosi kad bisnes (5) dan brochure (5), sebenarnya anda tidak akan dapat 10 pelanggan, tetapi lebih dari itu- mungkin 15, mungkin 20, mungkin 30… mungkin lebih!

1 + 1 dalam kaedah promosi tidak menjadi 2.

Inilah yang dipanggil marketing mix. Cari marketing mix apakah yang terbaik untuk perniagaan anda. Eksperimen! Dengan menggabungkan beberapa marketing mix yang terbaik bagi perniagaan anda, anda dapat melipatkali gandakan pelanggan anda!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Buzz marketing - promosi percuma yang tersebar luas

Buzz Marketing adalah apabila tersebarnya berita perniagaan/trend kita dengan cara automatik secara meluas.

buzz.jpg

Sebagai contoh, seorang pemuda sedang mendengar iPodnya di perhentian bas. Sorang lagi pemuda bertanya… “Eh.. ipod ni yang latest kan? Berapa lagu boleh masukkan?” Pemuda tu pula menjawab, “Boleh muatkan 5,000 buah lagu… bukan tu je, nak tengok video & masuk Internet pun boleh. memang best iPod ni!”

Itu adalah asas Buzz Marketing. Pemuda yang bertanyakan tu mendapat info, dan barangkali akan sebarkan informasi tu pada kawan-kawannya yang lain… “Eh, iPod terbaru ni boleh muatkan 5,000 buah lagu dan boleh mainkan video serta masuk Internet lagi!”

Buzz Marketing boleh juga dikatakan seperti Word of Mouth, tetapi ianya lebih kepada sesuatu “trend” yang membolehkan promosi tersebar secara automatik…

Antara contoh berlakunya Buzz Marketing seperti:

  • iPod
  • Yo-yo
  • Jam Swatch
  • Motorola Razr
  • Transformers the movie
  • … dan banyak lagi

Bagaimana hendak menciptakan buzz? Jawapannya- produk atau perniagaan anda perlu mempunyai elemen “cool” :)

Boleh kah anda namakan lagi produk/perkhidmatan/perniagaan yang tersebar secara Buzz Marketing?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Integration Marketing - Mengambil peluang trafik yang sedia ada

Beberapa minggu lepas, saya ada menyebut tentang “Integration Marketing” dengan menunjukkan contoh bumbung Hard Rock Cafe yang dicat dengan logo Hard Rock supaya boleh pengunjung melihat daripada Menara Kuala Lumpur…

Konsep Integration Marketing yang digunakan dalam contoh ini adalah…

Intergration Marketing di mana mereka mengambil kesempatan intergrate kaedah promosi dengan “traffic” daripada menara KL.

Integration marketing adalah konsep yang amat mudah, tetapi amat efektif dan sering kali ramai mengabaikannya. Ia boleh dilakukan untuk perniagaan tak kira saiz, besar ataupun kecil-kecilan.
Apa maksud Intergration Marketing?

Mengambil peluang traffic/flow yang sedia ada untuk memasarkan produk dan perkhidmatan

Contoh lagi:

  • Bagaimana Pizza Hut (atau KFC) akan membuka cawangan apabila McDonalds membuka cawangan di sesuatu lokasi. Pizza Hut/KFC mengambil kesempatan traffic yang dihasilkan oleh McDonalds.
  • Bagaimana Air Asia membuka booth/pejabat dan juga meletakkan poster sebesar-besarnya di KLIA menulis “Now Everybody Can Fly!”. Air Asia mengambil kesempatan traffic di KLIA untuk promosikan penerbangan kos rendah mereka.
  • Bagaimana dalam perniagaan Internet, kita menggunakan “Thank You” email apabila pelanggan membeli sesuatu produk, dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan kita yang lain. Ini mengambil kesempatan trafik pembeli yang sedia ada mempunyai kepercayaan membeli daripada kita, untuk beli lagi.

Cuba lihat disekeliling anda dan anda akan dapat nampak kaedah “Integration Marketing” ini digunakan.

Fikirkan bagaimana anda juga boleh aplikasikannya dalam perniagaan anda- mengambil kesempatan trafik sedia ada, untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mana lagi penting- Blog atau Laman web

Ada yang tanya, yang mana lebih penting- sama ada memiliki laman web, ataupun memiliki blog?

Blog lebih kepada soft sell. Maksudnya kewujudan blog adalah untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perniagaan kita. Melalui blog yang interaktif, usahawan dapat berkongsi maklumat dan sedikit sebanyak menciptakan”no barrier to entry” dengan berkongsikan maklumat. Kredibiliti akan meningkat, maka mewujudkan kemesraan dan kesenangan bersama pengunjung.

Laman Web lebih kepada hardsell. Maksudnya kewujudan laman web adalah untuk membuat jualan. laman web sering memuatkan surat jualan atau salesletter untuk menekankan jualan sesuatu produk. Laman web sering kali bersifat statik dan tidak mempunyai interaksi sesama usahawan dan pelawat.

Apabila digabungkan kedua-dua elemen soft sell dan hard sell ini, ia memudahkan lagi segala jualan.

Contoh…

Pelawat akan melayari IrfanKhairi.com/blog (blog) yang mengandungi maklumat. Kepercayaan & kredibiliti terbina dengan perkongsian informasi di dalam blog (soft sell). Di blog juga terdapat iklan Mentor Jutawan yang menghalakan pelawat untuk melawati IrfanKhairi.com/mentor (laman web). Laman web ini pula berfungsi untuk membuat jualan ebook mentor Jutawan (hard sell).

Jadi, yang mana lebih penting, samaada blog atau laman web?

Jawapannya- kedua-dua penting oleh kerana kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza dan saling meemrlukan antara satu sama lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mengapa perlu fokus

Fokus adalah amat penting kerana kita boleh beri tumpuan 100% tenaga, usaha & kemampuan kita kepada sesuatu keadaan sahaja.

Bayangkan matahari yang terik… tentu la panas kan, kadangkala sampai kita tak tahan dengan kepanasannya…

magnify.jpg

Bayangkan pula kita mempunyai magnifying glass (kanta pembesar) dan gunakannya untuk menumpukan cahaya matahari kepada satu titik fokus.

Apa yang terjadi?

Fokus tersebut akan membuatkan kepanasan cahaya tersebut berganda sehingga boleh menyebabkan haba & api…

Dengan memberi tumpuan tenaga, usaha dan kemampuan kita pada satu titik fokus, tak kira kerja, perniagaan, atau hidup kita akan berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan dengan lebih cepat dan mudah.

Ramai antara kita hilang fokus dalam hidup, itu yang menyebabkan matlamat kita tersasar.

Lepas ni, harapnya kita fikirkan magnifying glass & kesannya apabila fokus… harapan takde lagi kita hilang fokus

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pesaing memburukkan & menjatuhkan anda…

Dunia perniagaan bermacam-macam ragamnya.

Apa yang patut dilakukan sekiranya pesaing anda cuba memburuk-burukkan anda dan cuba menjatuhkan anda?

Pesaing yang cuba memburukkan dan menjatuhkan anda datangnya dengan pelbagai cara. Ada yang buat secara direct, ada yang buat secara kiasan ataupun secara perli. Namun, tujuannya tetap sama iaitu cuba memburukkan perniagaan anda, dan ingin meningkatkan perniagaan mereka.

Jangan salah fikir. Memburukkan perniagaan pesaing sebenarnya memburukkan perniagaan anda sendiri. Sekiranya anda memburukkan 1 perniagaan, 10 orang akan memburukkan perniagaan anda! Memburukkan perniagaan pesaing sama ada secara direct, kiasan, atau perli hanya akan menjatuhkan jualan dan keuntungan perniagaan sendiri sahaja oleh kerana kredibiliti perniagaan itu akan musnah.

Sekiranya kredibiliti perniagaan anda musnah, ianya amat sukar untuk mendapat kepercayaan kembali.

Pengguna kini adalah bijak & sophisticated. Oleh itu, ia adalah kesilapan besar sekiranya anda menggunakan teknik “memburukkan pesaing” pada zaman ini.

Apa yang anda akan lakukan sekiranya terdapat pesaing yang memburukkan dan cuba menjatuhkan perniagaan anda?

Sekiranya ianya terjadi kepada anda, jangan sesekali membalas dengan memburukkan perniagaan pesaing kembali. Ini adalah kerana, sekiranya anda melakukan ini, anda pula akan dilihat sebagai memburukkan perniagaan lain dan 10 orang akan memburukkan anda. Dalam erti kata lain, “buat tak tau” sahaja… tetapi, jelaskan pada perniagaan anda segala manfaat, kelebihan dan kekuatan yang ada pada perniagaan anda.

Sekiranya terdapat pesaing memburukkan anda, tambahkan ilmu dan tambahkan kekuatan perniagaan sendiri sehingga ianya menjadi amat sukar untuk pesaing menyaingi anda.Tujuan utama pesaing memburukkan anda adalah untuk menjatuhkan anda, dan menaikkan nama mereka. Memandangkan ini tujuan utama, maka, anda perlu bersedia dalam pelbagai aspek- terutama ilmu perniagaan.

Tingkatkan ilmu perniagaan anda sehingga anda sendiri mendapat lebih ramai pelanggan dan pasaran sehingga sukar untuk sesiapa menyaingi anda.Tidak perlu bergaduh atau berlawan dengan pesaing anda oleh kerana ianya hanya akan membuang masa anda di mana tiada siapa yang akan menang.

Tetapi, dengan ilmu, anda boleh melepasi semua pesaing anda sehingga apa sahaja teknik kurang baik yang digunakan oleh pesaing anda tidak akan menjadi keatas anda. Malah, ia akan menjatuhkan pesaing anda sendiri.

Fikir sejenak… sekiranya gerai burger cuba memburukkan McDonalds, adakah ia akan menjatuhkan kredibiliti gerai burger tersebut? adakah ia akan menganggu keuntungan McDonalds? Adakah McDonalds akan membalas balik dan memburukkan gerai burger tersebut?

Jawapan: Lengkapkan ilmu perniagaan anda sehingga jurang perniagaan anda dan pesaing anda menjadi seperti McDonalds dan gerai burger! THINK BIG!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kopitiam Kawan .

sinonim dah ngan mana2 kopitiam, gambar2 b&w

Lunch tadi aku dan Din jalan2 cari makan di Bangi. Kami singgah makan kat KAWAN KOPITIAM milik Ezzah Aziz Fawzy. Ada kacang pool liew, tapi timing tak kena plak. Chef kacang pool masuk keja 5.30 pm. Aisehhh... have to come back lor... Oleh kerna kopitiam ni server makanan Johor, makan aku oda mee bandung Muar. Pehhhh ada rasa lah... ;)



KAWAN KOPITIAM at 26 Jalan 3/69 section 3 /Fasa 3 tambahan, Bandar Baru Bangi. Behind the fasa 3 Petronas station, 12 o clock from the UKM roundabout via Bangi tol.



Presents ala carte CHINESE STYLE DELIGHTS as below;

Noodles Kung Fu style, Noodles Szechuan style, Noddles Hainanese style, Yam chow fried rice, Hot Szechuan fried rice, Chicken Porridge, Old style Nasi Lemak with sambal like the olden days, Special nyonya Kari Laksa on Saturdays and Sundays only, MEE UDANGYing Yang Nooodles, Singapore fried Bee hoon, CUCUR UDANG.


Voted top 5 by readers of THE STAR, SPECIAL JOHORIAN FAVOURITES MEE BANDUNG MUAR, MEE REBUS, LAKSA JOHOR, KACANG POOL

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Empayar tudung Deena


ROSLIZA sanggup meninggalkan kerjaya sebagai eksekutif bank untuk menjalankan perniagaan tudung di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


SEJAK kebelakangan ini, pelbagai jenis dan rekaan tudung berada di pasaran bagi menarik minat si pemakainya untuk kelihatan menarik dan sedikit moden.Melihat peluang pasaran yang begitu luas, Rosliza Ab. Halim, 38, mengorak langkah untuk menjadi pemain utama dalam industri tudung dengan memperkenalkan jenamanya sendiri, Deena.Rosliza yang pernah bertugas sebagai eksekutif di sebuah bank tempatan sanggup meninggalkan kerjaya yang telah diceburinya selama sedekad untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.Bermula dengan membuka Kedai Emas Warisan di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dia kini tertarik untuk meluaskan empayarnya dengan membuka cabang perniagaan baru berasaskan produk tudung dan selendang.

Menurut Rosliza, idea untuk memasarkan produk jenama sendiri lahir setelah melihat permintaan terhadap tudung dan selendang berkonsep moden semakin mendapat permintaan.


ROSLIZA (kanan) sentiasa berusaha menghasilkan koleksi tudung berkualiti bagi kepuasan pelanggan.


"Saya banyak buat pemerhatian di pasaran dan saya dapati tudung dengan konsep moden semakin mendapat permintaan yang tinggi.

"Dari situ, saya mula berminat untuk mengeluarkan tudung sedemikian rupa tetapi dengan menggunakan jenama saya sendiri," katanya ketika ditemui di Butik Tudung dan Selendang Deena di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Menurut wanita itu, dia mendapatkan fabrik dan material yang sesuai untuk membuat tudung dan selendang, selain mencari tukang jahit yang mahir dalam menghasilkan produk berkenaan.Bagi memperlihatkan kelainan berbanding tudung seumpamanya, dia menggunakan fabrik berkualiti tinggi yang diimport terutamanya dari Korea, Indonesia dan Emiriyah Arab Bersatu.Malah, batu dan permata yang digunakan sebagai hiasan pada tudung juga menggunakan batu swarovski yang diimport dari Austria.Butiknya juga memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih corak dan jenis batu yang disukai bagi dipadankan dengan tudung dan fabrik yang dipilih.


PELANGGAN berpeluang memilih jenis batu yang digemari untuk menghias tudung pilihan.

"Kami mempunyai seterika khas untuk melekatkan batu ini pada tudung dan selendang yang dihasilkan."Ini bermakna, pelanggan boeh mencipta koleksi mereka sendiri mengikut cita rasa sendiri menggunakan pelbagai jenis batu yang kami sediakan," katanya.Setiap tudung dan selendang di butiknya dijual pada harga antara RM29 hingga RM98 sehelai berdasarkan jenis fabrik dan batu yang dipilih.Bagaimana penerimaan pelanggan terhadap tudung dan selendang rekaannya? Rosliza memberitahu, maklum balas yang diterimanya amat positif.

Buktinya, walaupun jenama Deena baru sebulan berada di pasaran sejak butik berkenaan dibuka pada 3 Julai lalu, namun premis miliknya itu sudah mula dikunjungi pelanggan yang rata-ratanya berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan.Jelasnya, dia kini masih dalam proses memperkenalkan produknya ke dalam pasaran dan setiap maklum balas, idea tambahan dan cadangan yang diberikan oleh pelanggannya akan diambil kira bagi menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan menepati cita rasa wanita masa kini."Jika tiada aral melintang, saya bercadang untuk membuka cawangan kedua butik tudung ini di Kuala Lumpur pada awal tahun depan untuk meluaskan pasaran.

"Saya juga berharap dapat menghasilkan lebih banyak koleksi tudung dan selendang menggunakan jenama Deena agar pengguna mempunyai lebih banyak pilihan untuk digayakan," tambahnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Produk Hidayah Cookies tambat hati pelanggan


Sarimah Jantan bersama produk makanan yang dihasilkan oleh Hidayah Cookies.

SELAIN kuih raya moden, sambutan Aidilfitri

pastinya kurang meriah tanpa kehadiran kuih tradisional yang masih mendapat sambutan baik pelbagai golongan masyarakat.Kuih tradisional seperti semperit, dodol, kuih bangkit dan baulu pasti akan menjadi hidangan wajib bagi menjamu tetamu yang datang bertandang ke rumah.

Penerimaan berterusan kuih tradisional tersebut adalah mungkin disebabkan oleh rasanya yang sedap dan ia boleh disimpan untuk jangka masa lama.Mengambil contoh dodol, kuih itu kini tidak hanya dimakan ketika musim perayaan sebaliknya permintaan terhadap produk makanan itu terus meningkat walaupun pada hari-hari biasa.

Malah, hari ini kita dapat melihat dodol semakin mudah untuk diperolehi dari kedai-kedai dan juga pasar raya-pasar raya utama.Sambutan baik itu terhadap kuih tradisional telah mendorong Sarimah Jantan, 45, untuk menjalankan perniagaan produk tersebut secara komersial.

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai guru tadika pada tahun 1990, beliau kemudiannya menceburkan diri dalam bidang perniagaan.“Setelah berhenti, saya cuba melibatkan di dalam bidang jahitan dan alhamdulillah saya menerima pendapatan sekitar RM300 hingga RM1,000 sebulan.“Disebabkan menjahit memerlukan komitmen dan tenaga yang tinggi, saya akhirnya memilih untuk menjual produk makanan bermula tahun 2000,’’ katanya ketika ditemui di kedainya di Sungai Kandis, Seksyen 36, Shah Alam, baru baru ini.

Ketika itu, beliau menjalankan perusahaan membuat kerepek, roti, kek dan dodol di rumahnya yang terletak di Seksyen 24, Shah Alam.Sambutan baik yang diterima mendorong beliau membina kilang memproses di Seksyen 36 dan operasi di sana telah dimulakan pada tahun 2003.Dengan kos sebanyak RM30,000, beliau telah membina bangunan kilang, membeli peralatan dan ketuhar serta menubuhkan syarikat di bawah penjenamaan Hidayah Cookies.

Bermula tahun 2004, operasi perniagaannya terus berkembang melalu penerimaan bantuan yang diberikan oleh Jabatan Pertanian sebanyak RM10,000.Dana itu digunakan untuk membeli beberapa buah lagi ketuhar, peralatan lain seperti meja dan juga peti dingin beku.“Bagi memperkembangkan produk makanan ini, saya cuba pula menghasilkan piza dan juga biskut coklat cip,’’ jelasnya.

Beliau memberitahu, biskut tersebut serta dodol merupakan antara produk yang mendapat permintaan tinggi sepanjang tahun.Malah, dodol yang dihasilkan syarikatnya juga pernah beberapa kali menerima penganugerahan pada sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) tahun 2008 dan 2009 serta program Hari Selangor Ria.Penganugerahan tersebut diterima berdasarkan kualiti terbaik kuih dodolnya yang tidak keras, tidak begitu manis, tidak melekat dan tahan lama.

Apa yang menarik, dari segi pembungkusan, syarikatnya telah mendapat bantuan Sirim Berhad untuk mereka bentuk kotak dan label yang menarik.Untuk mengekalkan kualiti dodolnya, beliau mempunyai petua dan cara tersendiri ketika menyediakan makanan tersebut. Antaranya adalah seperti menggunakan air bertapis serta memasak mengikut langkah yang teratur dan sempurna.Selain itu, faktor kebersihan dan penggunaan teknologi moden juga memainkan peranan penting ketika proses pembuatan.Bagi produk biskut coklat cip, ramai pelanggan menggemarinya kerana rasanya yang sedap dan rangup.Untuk musim perayaan tahun ini sahaja, syarikatnya telah mengeluarkan lebih 40 guni biskut coklat cip dengan setiap satu daripadanya mempunyai berat 25 kilogram (kg).

Beliau turut bercadang untuk menghasilkan beberapa lagi jenis biskut seperti oat, nestum dan badam pada masa hadapan.Bagi menarik perhatian pelanggan, pihaknya juga ada menyediakan hamper dan menerima tempahan untuk majlis perkahwinan.Dari segi pemasaran , beliau banyak menyertai kempen promosi pengusaha industri kecil dan sederhana yang dijalankan oleh pelbagai jabatan kerajaan.

Antaranya adalah seperti pasar tani di sekitar Shah Alam, Serdang, Bandar Kinrara dan Putrajaya serta Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).

Beliau turut mengambil pendekatan dengan menjual produk-produknya ke sekolah-sekolah di sekitar Selangor, memasuki pasar raya besar terkenal serta menerima tempahan daripada pemborong dari seluruh semenanjung.Selain Jabatan Pertanian, beliau turut mendapat bantuan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi semasa kewujudannya.

Dalam memastikan perniagaan beliau berjaya dan berjalan lancar, pelbagai cabaran telah beliau ditempuhi seperti pernah ditipu dan bekerja tidak tentu masa.“Walaupun saya mempunyai 12 orang pekerja untuk membantu menguruskan perniagaan, namun saya tetap perlu turun padang memantau keadaan tempat pemprosesan pada masa-masa tertentu,’’ katanya.Sepanjang berkecimpung dalam bidang perniagaan tersebut, ibu kepada empat orang anak itu mendapat dorongan serta bantuan daripada suami dan juga adik beradiknya.

Untuk perancangan pada masa hadapan, beliau bercadang memperluaskan pasaran produknya ke Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura.Maklumat mengenai kesemua produk syarikat Hidayah Cookies boleh diperolehi daripada laman blog hidayahcookies.blogspot.com atau hubungi talian 03-33632720.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bangkit daripada kegagalan


Ada hikmah ke atas kedua-dua kegagalan itu. Ia menjadikan siapa saya sekarang ini. Ia adalah rintangan untuk menjadi berjaya dan terbaik dari hari sebelumnya.

WALAUPUN telah mengalami dua kegagalan dalam sejarah kehidupannya, Suhamiza Asmarizaini Zakaria, 29, tidak betah dengan takdir yang menimpanya. Beliau bangun dan bangun tanpa mengendahkan kata-kata sumbang daripada pihak yang hanya mahu melihat dirinya terus tenggelam dalam kehidupan lalu.

Dua kegagalan iaitu dalam rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang hanya bertahan selama dua tahun manakala bidang trading yang diceburi buat pertama kalinya musnah, telah cukup mematangkan dirinya untuk terus berusaha bagi membuktikan kepada keluarganya bahawa beliau akan berjaya suatu hari nanti.

“Ada hikmah ke atas kedua-dua kegagalan itu. Ia menjadikan siapa saya sekarang ini. Ia adalah rintangan untuk menjadi berjaya dan terbaik dari hari sebelumnya.

“Prinsip hidup saya mudah iaitu kerja keras, jujur dan amanah dalam apa sahaja bidang yang diceburi,’’ katanya ketika ditemui di Kelana Jaya, baru-baru ini.Beliau yang lebih mesra dipanggil Shereen mengakui penglibatannya dalam dunia perniagaan sememangnya banyak cabaran dan likunya.“Sementelah pula saya tidak ada asas dalam perniagaan. Cuma minat dan kerja keras senjata utama dalam menceburi bidang ini. Sebab itulah perniagaan pertama saya lingkup. Bagaimanapun itu tidak mematahkan semangat saya malah menjadi pengajaran dan panduan untuk terus menceburi perniagaan lain.

“Bagi saya, sekali kita gagal, sekali itulah yang membakar semangat saya untuk berjaya,’’ kata usahawan yang kini memiliki perniagaan kecantikan, percetakan, teknologi maklumat (IT), insurans kesihatan dan pembuatan barangan plastik.Graduan sains komputer dari Workers Institute of Technology ini mengakui tidak berminat untuk memasuki kerjaya yang dipelajari semasa di kolej. Ini kerana beliau tidak betah untuk duduk di pejabat menghadap komputer dan kerja-kerja rutin.“Jiwa saya lebih kepada jenis kerja yang memerlukan berjumpa dengan orang ramai. Saya kagum dengan ahli perniagaan dan jurujual yang mencari rezeki dengan kerja keras bagi melariskan jualan dan memperkembangkan sayap perniagaan. Inilah perjuangan sebenarnya.

“Justeru itu, bagi pengajaran pertama melangkah ke alam perniagaan, saya berkongsi dengan rakan membuka perniagaan trading pada tahun 2004. Bagaimanapun tidak lama, ia tidak bertahan lama. Tanpa ada rasa kesal, saya membuka perniagaan IT yang melibatkan kontrak-kontrak kerajaan.“Inilah pengajaran kedua saya dalam menghadapi kerenah pelanggan dan persaingan dalam merebut kontrak. Walaupun ia mencabar, tetapi bagi saya, ia cukup mematangkan fikiran dalam berurusan dengan orang ramai,’’ jelasnya yang berterimakasih dengan keluarga dan mentor iaitu tokoh korporat berjaya, Datuk Pahamin Rejab yang sering memberi tunjuk ajar untuknya berjaya dalam bidang ini.Tambahnya, semakin lama menceburi bidang perniagaan, semakin dekat di hati. Masa inilah baru nampak peluang-peluang yang baru. Maka, terjun pula dalam bidang kecantikan yang sememangnya menjadi minatnya.

“Saya kagum dengan wanita yang suka menjaga kecantikan. Pada saya, mereka ini sungguh prihatin dan sayang dengan diri dan tubuh pemberian Allah. Justeru, bagi menambahkan produk-produk penjagaan muka dan kulit di pasaran, saya mengeluarkan produk berasaskan aromaterapi dan minyak essential. Insya-Allah pada awal 2010, satu lagi rangkaian produk akan diperkenalkan iaitu produk pelangsingan.“Di samping itu, bagi pelanggan-pelanggan yang mahu memanjakan diri, boleh berkunjung ke spa D’Affinity Beauty. Ia berkonsep dalam taman mawar yang menawarkan perawatan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki,’’ katanya yang meminati fesyen elegan dan kemas.Menurut Shereen, beliau harus bekerja keras kerana mahu anak tunggalnya, Muhd. Ameer Haqimi mempunyai kehidupan yang lebih baik walaupun sebagai ibu tunggal.

Belajar pasaran saham

Beliau mengakui walaupun rumahtangganya hancur dalam usia yang masih muda iaitu ketika dia berusia 21 tahun, namun ini tidak semestinya hatinya telah tertutup untuk menerima sebarang lelaki. Hidup bersendirian hampir lapan tahun telah mematangkan dirinya dalam mengenali lelaki.“Saya kahwin pada usia 19 tahun iaitu semasa masih belajar. Kehidupan sebagai suami isteri itu tidak dirasai sepenuhnya kerana saya sibuk belajar. Namun itulah takdirnya. Saya tidak menyesal dan tidak mengambilnya sebagai satu kesilapan.“Bahkan sekiranya saya tidak berkahwin, saya akan sambung belajar ke luar negara dan balik tanpa ada sebarang kerja dan masih berfoya-foya, saya tidak akan menjadi seperti sekarang,’’ kata bekas pelajar Sekolah Menengah Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.Tambahnya, dalam membahagikan masa dengan keluarga dan kerjaya, beliau cuba seboleh mungkin memberi sokongan apa sahaja pada hari-hari istimewa anak kesayangannya. Bahkan, dalam usianya lapan tahun, dia masih manja, masih berdukung dan makan bersuap.“Saya mahu dia tahu, saya terlalu sayang padanya dan apa yang saya lakukan adalah untuknya,’’ ujar wanita manis yang begitu mengagumi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Beliau yang mempunyai kegemaran membeli belah dan membaca serta menggemari program televisyen Discovery Channel memberitahu, dengan membaca buku-buku motivasi seperti karya Donald Trump dapat memberi tunjuk ajarnya dalam bidang perniagaan.

“Sekarang saya sedang belajar pasaran saham bagi memungkinkan saya menceburi bidang itu suatu hari nanti,’’ katanya.Ditanya bagaimana menjaga kecantikan, wanita berkulit mulus ini mengakui beliau memang prihatin mengenainya sejak remaja lagi.“Sejak remaja lagi saya telah menggunakan produk penjagaan kulit kemudian diikuti dengan produk berjenama antarabangsa. Tetapi sejak telah ada produk sendiri, saya hanya menggunakan produk sendiri.“Saya selalu pastikan cukup tidur, minum air putih, jus buah-buahan dan bersenam sekurang-kurangnya setengah jam sehari untuk menjaga kesihatan.“Dari segi pemakanan, saya suka makan apa sahaja terutama makanan Thai dan Cina,’’ jelasnya yang ingin menjadi salah seorang usahawan wanita yang berjaya di negara ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

NFC hab industri ternakan


Izzani tidak kekok menguruskan ladang lembu NFC di Gemas, Negeri Sembilan.

PERMINTAAN daging lembu dan kambing yang semakin bertambah sementelah dengan musim perayaan yang semakin hampir.

Selama ini negara amat bergantung dengan bekalan daging daripada luar negara seperti Australia, New Zealand, Brazil, China serta India.

Industri ternakan daging bernilai RM1.6 bilion dan negara mengimport sejumlah RM1.1 bilion bagi memenuhi keperluan penduduk.Biasanya hotel-hotel memerlukan daging premier sebagai hidangan terutama bagi masakan Barat.Kini impian kerajaan menjadi sebuah negara yang boleh membekalkan makanan sendiri terutama daging bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Sebuah syarikat tempatan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd (NFC) sedang mengorak langkah ke arah mengeluarkan produk berasaskan daging bermula dari ladang hingga ke hidangan tanpa mengeluarkan bahan buangan sampingan.

Pengarah Eksekutifnya, Izzana Salleh berkata, NFC telah memulakan operasinya pada 2008.

Operasi bermula di ladang NFC dengan keluasan 1,500 ekar di Gemas, Negeri Sembilan dengan pengambilan pertama lembu jenis Brahman dari Australia.

"Di sini kami menjalankan dua jenis aktiviti ternakan iaitu fidlot untuk penggemukkan dan pembiakbakaan bagi mendapatkan baka yang terbaik."Bagi fidlot, buat masa ini bagi fasa pertama ladang di sini boleh menempatkan 6,000 ekor lembu pada satu-satu masa."Apabila siap nanti semua empat fasa, ladang NFC boleh menempatkan 24,000 lembu pada satu-satu masa dalam fidlot," katanya semasa sesi lawatan MEGA ke ladang NFC di Gemas, Negeri Sembilan baru-baru ini.Bagi fasa pertama kawasan lembu fidlot terdapat 48 kandang dengan setiap satu boleh menempatkan 125 ekor."Setiap kandang menempatkan saiz dan berat lembu yang berbeza bagi mengurangkan risiko stres dan kematian akibat berhimpit-himpit," katanya.

Cabaran

Cabaran paling besar bagi NFC adalah mengekalkan kos pemakanan yang rendah serta formulasi pemakanan lembu bagi tujuan penggemukkan di fidlot."Kekuatan kami adalah kebolehan menformulasikan makanan ternakan secara efektif agar kos pemakanan ternakan sentiasa rendah," katanya.Bagi memberikan makanan yang bernutrisi, sesuai bagi peringkat usia pihak NFC menjalinkan kerjasama dengan pakar nutrisi dari Australia yang akan melawat ladang dan menganalisis makanan setiap dua bulan.

Izzana berkata, bagi mendapatkan formulasi terbaik bagi ternakan, NFC sentiasa menjalankan analisis penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi makanan ternakan."Kami sentiasa mencari jalan yang terbaik mengurangkan kos tanpa berkompromi dengan nutrisi."Jalan terbaik adalah menghasilkan makanan sendiri dengan menanam rumput Napier serta tanaman lain seperti jagung," katanya.Bagi menjamin makanan ternakan secara berterusan, NFC mempunyai gudang makanan ternakannya sendiri bagi menyimpan stok seperti Vitamin, molases dan hampas isirung kelapa sawit atau palm kernel cake (PKC)."Boleh dikatakan ini merupakan gudang makanan ternakan paling besar bagi industri ternakan di negara ini."Dan bagi memastikan makanan yang diberikan berkualiti tinggi, kami membancuh dengan formula sendiri," katanya.Lembu fidlot biasanya dibawa masuk ketika berat badan 300 kilogram (kg) dan dipelihara sehingga beratnya mencapai antara 450 hingga 500 kg.

Biasanya dengan makanan yang sesuai, berat badan lembu akan bertambah antara 1.5 hingga 1.7 kg sehari.

Kebiasaannya lembu fidlot di sini disembelih apabila mencapai berat 450 hingga 510 kg dengan bantuan nutrisi yang sesuai."Biasanya ia mengambil masa 100 hingga 120 hari bermula daripada lembu masuk ke ladang sehingga disembelih," katanya.Bagaimanapun terdapat lembu fidlot yang mencapai berat sehingga 800 kg bagi pasaran khusus seperti bagi restoran MeatWorks.Bagi menjaga kebersihan dan kesihatan lembu, kandang akan dibersihkan setiap hari dan sisa buangan lembu akan dikumpulkan dan diproses bagi merawat tanah di ladang.

Hasilnya tanah yang dirawat telah menghasilkan kawasan yang subur dan sesuai untuk tanaman jagung dan sayuran seperti cili, tomato, kacang panjang dan bayam.Izzana menambah, semua hasil buangan ternakan tidak dibuang tetapi disimpan di dalam dua buah kolam satu untuk sisa pepejal dan satu lagi untuk sisa cecair.Sisa pepejal digunakan selepas membajak tanah manakala sisa cecair pula semasa pengairan dan siraman.

Bagaimanapun NFC sedang merancang mengeluarkan biogas sendiri bagi menjana elektrik di ladangnya."Selepas semua fasa siap nanti, kami akan mempunyai sumber sisa buangan dari ladang dan rumah sembelihan yang mencukupi bagi menjana biogas," katanya.Bagaimanapun tidak lengkap sebuah industri ternakan tanpa pembiakbakaan dan NFC juga terlibat dalam pembiakbakaan.Biarpun masih di peringkat awal, NFC telah membawa baka-baka terbaik dari Australia untuk tujuan pembiakbakaan.Bagi tujuan pembiakbakaan lembu dibiarkan lepas bebas di dalam tiga paddock berpagar dengan setiap satu boleh menempatkan 30 hingga 50 ekor lembu pada satu-satu masa."Buat masa ini terdapat 175 ekor lembu betina dan empat ekor lembu jantan dengan 100 ekor anak lembu dilahirkan di Gemas," katanya.

Lembu bermutu

Kini NFC bukan hanya mempunyai lembu Brahman tetapi juga Shorthorn, Draughtmaster dan Wagyu yang bermutu tinggi.NFC boleh dikatakan ladang ternakan pertama di negara ini yang mempunyai 21 ekor baka Wagyu dengan 20 betina dan seekor jantan serta lapan ekor anak."Di masa akan datang apabila bilangan lembu mencukupi, kami akan menjalankan kajian mengenai permanian beradas bagi tujuan pembiakbakaan," katanya.Ladang NFC boleh dikatakan serba lengkap dengan rumah sembelihan sehingga kepada pemprosesan produk akhir.

Malah lembu yang dibawa ke tempat penyembelihan akan dijaga supaya tidak stres agar dagingnya lebih lembut dan tidak liat."Perjalanan ke rumah sembelih direka khas sehingga lembu tidak melihat lembu lain disembelih atau boleh menghidu bau darah."Jika ini berlaku, lembu akan menjadi stres dan menyebabkan dagingnya liat dan tidak sedap untuk dimakan," katanya.Apa yang menarik rumah sembelihan NFC telah menerima pengiktirafan Halal dan dilengkapi dengan segala kemudahan canggih bagi memudahkan tugas sembelihan.

Bagi satu-satu masa 200 ekor lembu boleh disembelih di sini selang sehari tetapi menjelang musim perayaan NFC boleh menyembelih 200 ekor lembu sehari.

Bagaimanapun proses di dalam rumah sembelih seperti potongan daging, NFC mendapat sentuhan Pengurus Abattoir, Glenn Storer, seorang warga Australia yang berpengalaman lebih 40 tahun.Lembu yang telah disembelih akan terus dilapah kulit dan kemudia disimpan di dalam chiller (sejuk tanpa beku) sebelum proses mengeluarkan tulang.Selepas itu potongan primer dan sub primer akan dilakukan seperti bahagian tenderloin, blade dan knuckle.Setiap potongan, penyimpanan dan pembungkusan akan mengambil kira sasaran pelanggan seperti di mana ia akan dipasarkan.Biasanya daging yang telah disiap dibungkus secara hampagas akan dicelup di dalam air panas pada suhu 80 darjah Celsius bagi mengekalkan kesegaran daging.Misalnya pelanggan seperti Cold Storage dan Jaya Jusco mahukan 'fresh or aged meat' sementara pelanggan biasa berminat dengan daging sejuk beku.

Mengggunakan jenama Gemas Gold, NFC memasarkan produknya di pasar basah di mana pelanggan boleh mendapatkan produk daging yang berkualiti tinggi dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat.Bagaimanapun tidak lengkap industri ternakan tanpa produk tambah nilai dan NFC sedang merancang mengeluarkan produk hiliran daging penghujung tahun ini."Sekarang kilang memproses makanan berasaskan daging telah siap dan dijangka memasuki pasaran akhir tahun ini."Dijangka NFC akan memenuhi 20 peratus permintaan daging lembu apabila beroperasi penuh menjelang 2015," katanya.Buat masa ini, NFC sedang memproses daging bagi acara Mantai Perdana menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri di Stadium Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada 17 dan 18 September ini.Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai NFC boleh melayari laman web www.nfc.com.my atau menghantar e-mel ke sales@nfc.com.my atau telefon ke 03-620 40398 atau faks ke 03-6204 3099.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Songket pilihan rai Aidilfitri


SENTUHAN moden songket memberi ilham kepada wanita menyambut Lebaran. Ternyata songket Terengganu mampu mengangkat martabat fesyen negara.

SETIAP kali tiba Aidilfitri, busana baru dan cantik tidak akan dilupakan. Tidak kira berhari raya di kampung atau di bandar, muda atau tua, semuanya menyediakan busana baru. Ia sebagai tanda keceriaan dan keseronokan menyambut Aidilfitri yang hanya disambut setahun sekali.Bagi wanita, berbaju kurung atau kebaya menjadi pilihan bergaya merai Lebaran.Selain fabrik moden seperti sifon dengan lengan puff, songket juga mempunyai tarikannya sendiri.Jika dahulu fabrik ini hanya digayakan golongan istana dan bangsawan, kini pemakaian songket mencetus tarikan tersendiri.Kehalusan seni tenunan songket dari dulu hingga kini terus menjadi kebanggaan masyarakat di negara ini. Evolusi songket dalam keindahan busana raya memberi idea kepada Muslimah tampil menawan.

Buktinya, pameran A Tribute to Terengganu Songket Exhibition yang berlangsung baru-baru ini di Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur menyajikan inspirasi Lebaran yang menarik.

Pameran yang dianjurkan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu (MTPTN) dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu memaparkan l0 pengeluar jenama songket utama di Terengganu.Antara jenama ikon songket yang mengambil bahagian pada pameran itu ialah Manan Songket, Bibah Songket dan Atikah Songket. Turut mengambil bahagian ialah Nor Atikah Songket, Myriams Atlier, Fatimah Songket, Zaidah Songket, Seri Gamelan Songket/Wan Hasnah Songket, Terengganu Songket dan Norizai Songket.

Kilauan tenunan menghasilkan busana mewah. Gabungan warna ceria dengan sentuhan moden atau tradisional menjadikan songket antara fabrik warisan yang versatil.Pameran tersebut dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ng Yen Yen sempena pengenalan Minggu Fesyen Raya KL 2010 anjuran Tradisi Busana PR Sdn Bhd.Menurut Pengurus Tradisi Busana PR Sdn Bhd, Dodi Mohammad, sejak dulu permintaan dan pasaran untuk songket setiap kali menjelang Aidilfitri adalah tinggi. Walaupun songket menjadi dagangan utama bagi industri fesyen di Malaysia, ia masih belum dikenali secara meluas.Dodi berkata, penganjuran Minggu Fesyen Raya KL 2010 yang memaparkan pengiktirafan terhadap songket Terengganu dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat global bagi dagangan fesyen raya.Memeriahkan majlis pelancaran beberapa pereka mempersembahkan koleksi fesyen rekaan mereka. Antaranya ialah Albert King, Iszal Citra, Riffai dan pereka dari Indonesia, Yamin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sukarnya Jadi Usahawan…

Seringkali kita dengar ramai yang mengeluh betapa sukarnya berjaya atau bertahan lama dalam bisnes. Malah ada yang berkata… “janji survive ataupun cukup makan jadilah!” Mengapa sampai begitu sekali?

Antara permasalahan atau ‘alasan’ yang selalu sangat diberikan oleh golongan peniaga Melayu yang sering merungut ini:

  • takde modal

  • tak cukup modal

  • tak dapat lesen/permit perniagaan

  • takde bimbingan/tunjuk ajar

  • sukar dapat pinjaman bank

  • tak dapat sokongan agensi kerajaan pasarkan produk mereka

  • takde pelanggan

  • tak mampu bersaing

  • tempat bisnes tak strategik

  • orang lain dengki khianat

  • pesaing main kotor

  • Kena sihir

  • kena tipu atau tertipu

  • pihak berkuasa pilih kasih (rasuah?)

  • kerajaan/UMNO tak prihatin nasib orang Melayu - mereka tolong kroni shj)

  • sering diganggu pihak berkuasa

perlukah saya teruskan lagi?….

Saya boleh senaraikan banyak lagi permasalahan yang diutarakan oleh para peniaga kita hasil pengalaman bertemu dan bergaul dengan ribuan peniaga pelbagai bangsa sejak 10 tahun lalu. Tapi cukuplah sebanyak itu senarainya untuk kita menilai setakat mana terdesaknya para peniaga kita.

Walaupun ada kebenarannya sebahagian alasan yang diutarakan, namun saya berpendapat sebenarnya kebanyakan permasalahan yang disebutkan tadi berpunca dari diri peniaga itu sendiri. Mengapa saya berkata demikian?

Saya bersyukur kerana selain peniaga Melayu, saya mempunyai ramai kenalan peniaga dari bangsa Cina dan India, samada yang bisnes besar mahupun yang bisnes kecil-kecilan. Hasil pergaulan saya dengan semua peniaga ini, saya dapati para peniaga dari setiap bangsa menghadapi masalah yang hampir sama! Modal, lesen perniagaan, persaingan, keuntungan yang berkurangan dan banyak lagi… dah namanya bisnes, permasalahannya lebih kurang sama sahaja di mana-mana sahaja.

Perbezaannya… cara mengatasi permasalahan!

Tetapi yang hairannya, mengapa orang kita sahaja yang kelihatan lebih vokal dalam menyuarakan permasalahan mereka? Apakah bangsa lain tak mengalami masalah yang serupa?

Apakah kita hanya tahu meminta-minta? Apakah kita tak pandai selesaikan masalah sendiri? Apakah kita mesti menggunakan sentimen ‘hak bumiputera’ setiap kali menuntut peluang perniagaan?

Punca permasalahannya ialah… kebanyakan orang kita belum terdedah sepenuhnya kepada hakikat dan budaya bisnes yang sememangnya banyak cabaran dan pancaroba. Selain tak berminat belajar asas bisnes, mereka ini juga sentiasa mengharapkan bantuan dan pembelaan setiap kali menghadapi kesukaran tanpa mencuba menyelesaikannya sendiri.

Sikap nak cepat berjaya, nak cepat lihat hasilnya, nak cepat dapat untung tetapi cepat juga lemah semangat apabila dugaan mula datang melanda…

Selain itu sikap menyalahkan orang lain atas masalah atau kegagalan yang menimpa. Ini bukanlah sikap ‘gentleman’. Usahawan sejati akan mengkaji kelemahan dan kesilapannya dan bangkit semula dengan stategi yang baru!

Namun, PUNCA BESAR orang kita sukar bertapak kukuh dalam bisnes adalah kerana kurangnya perikatan atau persekutuan dengan peniaga lain. Peniaga Cina dengan rumpun buluhnya (bamboo network), orang India dengan rangkaian karinya (curry network). Orang melayu?

Orang kita sukar nak networking, cenderung untuk senang sendirian. Kononnya kejayaannya atas usahanya sendirian tanpa bantuan mana-mana pihak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

jual ayam jadi jutawan..

Perniagaan, Keusahawanan, Inspirasi, Motivasi, Idea Bisnes July 21st, 2007

Saya terbaca kisah usahawan hebat ini di akhbar Berita Harian Jumaat 20/7/07. Ianya mengisahkan seorang usahawan Melayu bernama Abdul Kadir Bakar yang mencatatkan kejayaan yang luar biasa dengan bisnes ayamnya.

Apa yang menarik perhatian saya ialah beliau bermula dari kosong iaitu tanpa sebarang modal!

Maksud saya ialah, beliau memulakan bisnes dengan modal 10 ekor ayam sahaja sebagai permulaan… itupun (ayam-ayam tersebut) dibeli dengan secara hutang! Dari situ beliau berusaha gigih dan kini boleh berbangga dengan empayar perniagaan ayamnya itu. Katanya, kini syarikatnya menguruskan penjualan ayam yang bernilai RM2 juta sebulan!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bisnes orang Melayu tak berkembang. Mengapa?

Topik dan skop artikel ini telah lama saya fikirkan, tetapi saya pendamkan sahaja kerana bimbang diri saya ini dianggap suka menulis perkara negatif mengenai peniaga atau usahawan Melayu.

Sememangnya bukanlah niat saya mencari salah atau kekurangan orang kita tetapi saya menganggapnya sebagai suatu pendekatan untuk melihat kelemahan sebagai titik permulaan untuk mencari jalan penyelesaian kepada perkara ini.

Pada hari ini, boleh dikatakan memang ramai orang kita dah berani melibatkan diri dalam bisnes. Jika dulu, orang Melayu lebih dikenali sebagai petani, nelayan atau kakitangan kerajaan. Amat jarang sekali kita dengar orang kita bergelar bisnesman. Kalau adapun, reaksi orang pada waktu itu samada kagum ataupun pelik… Kagum jika orang itu kaya atau berjaya dalam bisnes, pelik jika sebaliknya. Sendiri cari susah, fikir mereka.

Tapi hari ini dah lain. Mana-mana kita pergi, kita boleh lihat orang kita berniaga di mana-mana. Baik di tepi jalan, di pasar malam, pasar tani, pasar basah, kedai runcit, kedai makan, syarikat pembinaan, katering, andaman dan macam-macam lagilah! Memang seronok dan bangga!

Tapi topik kali ini saya ingin bawa anda berbincang mengenai peratus perkembangan bisnes yang dimiliki oleh orang Melayu. Tiada sebarang statistik boleh saya berikan, cuma hasil pemerhatian peribadi, perbualan dengan para peniaga dan juga feedback daripada orang dalam di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Saya terkejut apabila mendapati walaupun peratusan orang Melayu melibatkan diri dalam bisnes semakin meningkat saban tahun, namun sebenarnya penguasaan ekonomi para peniaga Melayu sebenarnya tak meningkat dengan seimbang. Dalam erti kata lainnya, bisnes orang Melayu tak berkembang seperti yang sepatutnya!

Mengapa?

Jangan salah faham… bukannya saya mengatakan semua bisnes orang Melayu kita ni tak maju atau tak menguntungkan. Tidak… bukan macam tu!

Saya yakin anda dapat lihat sendiri ramai orang Melayu yang berbisnes, kehidupan mereka boleh dikatakan mewah dan selesa. Yelah… nak dibandingkan dengan orang makan gaji atau pendapatan kecil, tentulah orang bisnes ni ‘cash’ mereka lebih sikit…

Yang saya maksudkan bisnes orang Melayu tak berkembang ialah hasil keuntungan perniagaan usahawan Melayu tidak digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan atau memperluaskan lagi skop perniagaan mereka. Sebaliknya, mereka ini lebih gemar menyimpan keuntungan tersebut untuk kegunaan lain.

Sebagai contoh, salah seorang usahawan yang saya jadikan subjek kajian merupakan seorang peniaga pasar malam menjual barangan dapur kering seperti bawang, kentang, cili kering dan seumpamanya sejak 20 tahun lalu. Dari luaran, beliau seorang peniaga yang berjaya jika dinilai dari saiz rumah dan perabot mahalnya, jumlah kereta yang tersusun di halaman mahligainya, jumlah isterinya, jumlah pekerjanya dan jumlah hartanah dan rumah sewa yang dimiliknya.

Pendek kata, orang ini berjaya dalam kehidupannya tetapi bagi saya beliau bukannya peniaga yang berjaya. Saya menganggap sedemikian kerana sejak 20 tahun lalu tiada sebarang peningkatan dalam perniagaannya. Selepas 20 tahun, beliau masih lagi berniaga di pasar malam!

Tidak adil jika saya katakan semua peniaga Melayu bersikap begini, tetapi malang sekali kebanyakannya memang bersikap sedemikian. Lebih selesa berada di tahap lama dan kurang berusaha meningkatkan taraf perniagaan mereka. Mudah berpuas hati!

Bukankah sepatutnya beliau membawa perniagaan beliau ke tahap yang lebih tinggi? Setidak-tidaknya beliau boleh membuka perniagaan pasaraya ataupun kini berperanan sebagai pemborong?

Saya lebih tertarik apabila membaca tulisan oleh pakar ekonomi, Dr. Barjoyai Bardai dalam bukunya Peluang Perniagaan terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Senada dengan pandangan saya tadi, dalam buku ini beliau mengatakan betapa peniaga Melayu lebih gemar menggunakan hasil keuntungan perniagaan mereka untuk untuk menunjuk-nunjuk kemewahan peribadi kepada orang lain, bukannya membangunkan perniagaan sedia ada mereka itu!

Dalam buku tersebut, Dr. Barjoyai mendakwa peniaga Melayu, jika perempuan akan berfikir bagaimana menambahkan koleksi barang kemasnya. Jika lelaki, bagaimana nak tambah isteri lagi, bahkan jika yang muda asyik berfikir bagaimana nak tukar kereta atau motosikal! Itulah peniaga Melayu tipikal mengikut pandangan pakar ekonomi yang seorang ini.

Rumusannya, yang berkembang ialah kekayaan peribadi, bukannya saiz perniagaan mereka! Maka tak hairanlah jika perniagaan orang Melayu tak berkembang. Rugi, rugi….

p/s: Adakalanya bagus juga jika menunjuk-nunjuk sedikit kemewahan kita sebagai usahawan sebagai motivasi kepada orang lain. Tapi kalau menunjuk-nunjuk untuk meninggi diri…. itu riak namanya. Nanti bisnes ke mana, kita pun ntah ke mana…

Apa pula pandangan anda dalam hal ini?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Perniagaan SMS ..

Sesungguhnya saya menyertai seminar ini atas suatu sebab yang jelas… iaitu saya amat menyedari akan kepentingan, keberkesanan dan kuasa yang dimiliki oleh sistem SMS ini dalam konteks pemasaran dan perniagaan pada hari ini.

Walaupun selama ini saya menggunakan email sebagai saluran penyampaian maklumat dan pemasaran, kini saya menyedari kaedah SMS mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Paling menarik perhatian saya ialah fakta mesej SMS selalunya akan dibaca dengan kadar segera berbanding email yang ada kalanya lambat dibaca ataupun terus dipadamkan oleh penerima.

Tambahan pula, hampir semua orang memiliki telefon bimbit yang mempunyai aplikasi SMS yang dibawa kemana sahaja menjadikan SMS lebih praktikal berbanding email yang memerlukan talian internet dan juga komputer!

Dalam hal ini, SMS mencatatkan peratusan penyampaian yang lebih tinggi dan berkesan berbanding email!

Info menarik yang saya perolehi dari seminar ini ialah 30% daripada pengguna SMS aktif di Malaysia terdiri daripada golongan remaja, namun golongan remaja inilah yang menyumbang hampir 80% daripada keseluruhan perbelanjaan ke atas SMS!

Tidak menghairankan kerana kita boleh lihat kebanyakan iklan berasaskan produk SMS di dalam TV ataupun media cetak lebih menumpukan kepada golongan remaja ini. Download ringtone, wallpaper, permainan video dan pelbagai jenis langganan info pastinya menarik golongan ini. Tak perlu saya sebutkan dengan fenomena SMS yang diperkenalkan oleh Akademi Fantasia, jelas sekali remaja adalah sasaran utamanya!

Walaupun senario perniagaan SMS di negara ini pada ketika ini lebih condong kepada golongan muda atau remaja, saya melihat begitu banyak ruang untuk mengekploitasi golongan yang 70% lagi iaitu golongan dewasa yang terdiri daripada pekerja sektor awam atau swasta dan juga peniaga. Lebih tepat lagi jika saya katakan bahawa golongan dewasa ini lebih berkemampuan dari segi kewangan. Jika kena pada tempatnya, sasaran pasaran dewasa ini pasti akan memberikan pulangan yang lebih lumayan!

Berbanding dengan negara-negara maju, kesedaran penggunaan SMS sebagai mekanisme pemasaran di kalangan usahawan Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Jika adapun, ianya dilaksanakan oleh syarikat-syarikat besar dan antarabangsa.

Saya terfikir… mengapa tidak peniaga biasa seperti penjual burger, satay, nasi lemak ataupun pekedai runcit menggunakan pendekatan SMS dalam meningkatkan perniagaan mereka? Para peniaga seperti ini boleh memudahkan pelanggan tetap mereka dengan menawarkan pesanan melalui SMS!

Ya… rahsianya ialah mudahkan pelanggan anda! Mudahkan proses pertanyaan, pesanan ataupun proses pembayaran dengan teknologi SMS!

Dan sebagai usahawan internet kecil-kecilan, saya akan mengintegrasikan pemasaran perniagaan internet saya dengan mekanisme SMS! Insyaallah 2008… here I come with more killer products!

Oh! Ya… sama juga seperti perniagaaan internet, perniagaan SMS ini juga sebenarnya web-based, maka ianya juga boleh dijalankan secara sambilan dari keselesaan rumah sahaja! Oleh yang demikian, sekiranya anda sudahpun melibatkan diri dengan perniagaan di internet, maka anda tidak sepatutnya mengabaikan aplikasi SMS untuk memantapkan perniagaan internet anda!

p/s: Dalam kepala ini dah terfikir beberapa idea bisnes SMS yang difikirkan boleh buat duit. Irwan, jom pekena teh tarik!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Peniaga Musim Hujan ...itulah mereka diibaratkan.

Setiap bulan puasa, kita mesti tak boleh lari daripada mengunjungi pasar Ramadan. Pasar Ramadan ni semacam dah jadi tradisi… kalau tiada pasar Ramadan pasti puasa kita kurang meriah! Agaknyalah…

Di pasar Ramadan ini juga kita boleh menyaksikan keusahawan orang Melayu kita. Bilangan mereka ini amat ramai dan terserlahlah juga kebolehan dan juga kegigihan mereka menghasilkan atau menjual sesuatu. Jadi siapa kata orang kita tak boleh berniaga? Siapa kata orang Melayu malas & tak nak berusaha?

Malah dalam sebuah blog berbahasa Inggeris milik seorang penulis Cina, beliau menyatakan kekagumannya apabila dapat melihat sendiri kegigihan dan kesungguhan orang Melayu berniaga di pasar-pasar Ramadan. Malah beliau amat terpikat dengan keramahan, kemesraan dan senyuman yang dilemparkan oleh para peniaga Melayu ini. Timbul perasaan hormat beliau terhadap orang Melayu sehingga sanggup melarang anak-anaknya meminum minuman yang dibeli di pasar ramadan tersebut di hadapan para peniaga dan orang Melayu Islam yang lainnya yang pastinya masih berpuasa.

Cuma yang hairannya, mengapa semangat keusahawanan itu wujud hanya pada bulan Ramadan? Siapakah mereka ini sebenarnya? Jika nak katakan mereka ni bisnes part time, adakah ini bermaksud mereka ambil cuti sebulan semata-mata untuk bisnes di pasar Ramadan?

Jika bukan, di mana mereka ini pada bulan-bulan yang lainnya? Mengapa tidak diteruskan keusahawan tersebut? Mungkin inilah yang dikatakan keusahawanan bidan terjun… keusahawanan yang bersifat sementara, eksploitasi keadaan semasa dan meraih keuntungan dalam masa yang singkat.

Apapun, syabas dan tahniah kepada mereka ini atas usaha dan kegigihan tersebut. Semoga pengalaman berniaga di pasar Ramadan akan menjadi titik tolak kepada keusahawanan yang berkekalan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Usahawan Mesti Berpandangan Jauh…

Kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang usahawan yang amat berjaya. Semoga kita boleh ambil iktibar dari cerita ini…

Usahawan ini bernama Samuel Roffe, pengasas syarikat Roffe & Sons; sebuah syarikat farmaseutikal terkemuka dunia. Pada awal penubuhan syarikatnya pada tahun 1868 yang bermula hanya dari pondok buruknya di Yugoslavia, beliau telah menyimpan cita-cita untuk mengembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa. Bagaimana beliau akan melakukannya? Inilah yang menariknya…

Samuel Roffe mempunyai 5 anak lelaki. Beliau mengupah beberapa orang guru (tutor) khas untuk mengajar bahasa asing kepada anak-anaknya. Anak sulung dan anak keduanya diarahkan agar belajar Bahasa Inggeris, anak ketiga belajar bahasa Jerman, anak keempat belajar bahasa Perancis manakala anak bongsunya dikehendaki belajar bahasa Itali.

Tindakan Samuel Roffe pada ketika itu dilihat sebagai tidak masuk akal. Isteri dan ibu mertuanya menganggap Samuel gila kerana tiada siapapun yang bertutur bahasa asing tersebut di negara itu. “Dengan siapa bebudak tu nak bercakap bahasa asing tu? Nanti dengan sesama mereka sendiri pun mereka tak boleh berkomunikasi!”

Samuel hanya tersenyum dan menjawab dengan tenang, “Itu sebahagian daripada pendidikan mereka”. Sebenarnya Samuel tahu dengan siapa dan bila anak-anaknya akan menggunakan bahasa-bahasa asing tersebut…

Sebenarnya Samuel ada rancangan yang besar! Apabila setiap anak lelakinya mencapai usia 21 tahun, mereka akan dihantar untuk membuka cawangan kilang-kilangnya di luar negara!

Anak sulung dihantar ke New York, Amerika Syarikat; anak kedua ke London; anak ketiga ke Berlin, Jerman; anak keempat ke Paris, Perancis manakala anak bongsunya dihantar ke Rome, Itali.

Setiap anak lelaki Samuel Roffe ini kemudiannya menetap dan berkahwin dengan orang tempatan di negara-negara tersebut disampingkan mengusahakan perniagaan dan kilang-kilang milik keluarga mereka. Maka dari situ, berkembanglah empayar perniagaan milik keluarga Roffe!

Begitulah bijak dan betapa berpandangan jauhnya Samuel Roffe dalam menetapkan visi perniagaannya sehingga ke peringkat antarabangsa!

Jadi, jika kita nak berjaya seperti Samuel Roffe, buatlah perancangan rapi untuk perniagaan kita. Bayangkan kejayaan itu awal-awal lagi, tak kisahlah jika ia hanya akan mampu direalisasikan 10 atau 20 tahun lagi. Dr. Irfan Khairi pun selalu kata… visualize your success!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bisnes Nasi Lemak Lagi!

Dalam post terdahulu, saya telah bercerita sedikit mengenai betapa ‘masyuknya’ bisnes gerai nasi lemak berdasarkan pengalaman beberapa hari bantu mertua dengan bisnesnya. Apa tidaknya, saya jadi tukang bungkus dan juruwang… lenguh tangan ini membungkus nasi lemak dan lenguh juga kira duit!

Itu cerita mertua saya yang telah berkecimpung dalam bisnes nasi lemak sejak 20 tahun yang lalu. Orang lama, banyak pengalaman! Kini, saya sambung kisah kejayaan buat duit hasil bisnes nasi lemak juga, tetapi lain sedikit cara dan kaedahnya!

Nasi Lemak Bungkus

Dalam sibuk-sibuk bantu mertua, saya berpeluang bertemu dan berkenalan dengan rakan-rakan mertua yang rata-ratanya warga emas yang datang berkumpul (melepak?) berhampiran gerai mertua saya. Biasalah… berkongsi cerita pasal agama, politik, harga minyak naik, anak cucu dan sebagainya. Dah pencen, nak cerita apa lagi… ye tak?

Salah seorangnya adalah Pak Din yang menurut mertua saya adalah tokey besar! Mertua saya sempat menunjukkan rumah Pak Din yang terletak tidak jauh dari situ. Wah! Hebat! Tak tahulah bagaimana rupa dalamannya tetapi dari luar ia kelihatan mewah!

Risik punya risik, rupa-rupanya Pak Din sekeluarga juga bisnes nasi lemak tetapi bukanlah seperti mertua saya yang membuka gerai. Sebaliknya Pak Din sekeluarga hanya mengusahakan bisnes nasi lemak bungkus sahaja. Macam mana tu?

Begini… setiap hari Pak Din dan ahli keluarganya akan memasak dan menyediakan 2000 bungkus nasi lemak. Semua kerja-kerja memasak dan membungkus ini dilakukan di ruang khas di rumahnya sendiri dengan dibantu oleh krew seramai 7 orang yang terdiri daripada anak-anak dan jirannya.

Istimewanya, mereka tak perlu keluar untuk menjual nasi lemak tersebut. Kesemua nasi lemak yang telah siap dibungkus itu akan diambil sendiri oleh para pelanggannya yang terdiri daripada pengusaha restoran cina dan mamak!

Fakta menarik: Pak Din hanya mempunyai 5 pelanggan sahaja iaitu pengusaha restoran cina dan mamak tadi. Sebelum subuh, mereka akan datang sendiri ke rumah Pak Din untuk mengambil bekalan nasi lemak bungkus dengan van masing-masing.

Khabarnya Pak Din menjual nasi lemak yang siap dibungkus itu pada harga 80 sen dan ia akan dijual semula oleh pengusaha restoran pada harga RM1.30. Jadi kiralah pendapatan kasar harian Pak Din:

2000 bungkus nasi lemak x 80 sen sebungkus = RM1600 sehari!

Katalah kos beras, bahan masakan dan upah pekerja memakan 50% daripada jumlah tersebut, ini bermakna Pak Din dapat income bersih RM800 sehari!

Hmm… macam-macam cara kita boleh cari rezeki di bumi Allah ini. Terpulanglah kepada kita cara mengusahakannya. Bak kato oghang kampung den, si Nabil tuu… “lu pikirlah sendiri… assalamualaikum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bisnes Ibarat Kuda Tunggangan

Hujung minggu lalu saya mengemas bilik pejabat saya (home office). Ketika membelek-belek koleksi buku-buku yang terdapat dalam perpustakaan mini saya itu, saya terjumpa sebuah buku lama berjudul ‘Hidup Mesti Menang’ tulisan Razzi Armansur yang diterbitkan pada tahun 1996. Buku ini amat istimewa dan ada nilai sentimental buat saya kerana inilah buku pertama berkaitan motivasi dan perniagaan yang saya beli. Kerana buku inilah hidup saya berubah agar berusaha mencapai kejayaan dan bermula dengan buku inilah kini saya memiliki koleksi buku motivasi diri dan perniagaan saya sendiri.

Antara pengajaran yang saya ambil dari buku ini dan masih berpegang kuat sehingga ke hari ini ialah mesti berhati-hati dan bersungguh-sungguh dalam mengendalikan perniagaan kita agar sentiasa dalam keadaan yang baik dan berdaya maju.

Menurut penulisnya, setiap perniagaan atau bisnes itu boleh diibaratkan sebagai seekor kuda tunggangan yang dipelihara untuk kemudahan dan kepentingan kita. Kuda tersebut kita tunggang untuk bergerak ke mana-mana dan ia juga digunakan untuk membawa beban muatan barangan atau menarik kereta kuda.

Kuda yang dipelihara dengan baik, cukup makan/minumnya dan sihat tubuh badannya pasti memberi kesenangan dan ketenangan kepada tuannya. Itulah perumpamaan ‘kuda tunggangan’ yang dimaksudkan oleh penulis tersebut di mana bisnes yang diuruskan dengan baik akan memberi pulangan dan kesenangan kepada peniaga tersebut.

Sebaliknya, fikirkan apa akan terjadi sekiranya bisnes kita tidak diuruskan dengan teliti dan mula menghadapi masalah. Bayangkan kuda kita itu tidak sihat dan tidak berdaya lagi, betapa berat dan seksanya kita nak pikul kuda itu. Nak ditinggalkan begitu sahaja tak boleh kerana itulah harta dan punca pendapatan kita. Sepatutnya kita yang tungang dia, tapi kini dia pula yang tunggang kita! Tak ke naya tu…

Kesimpulannya, jagalah bisnes kita agar berupaya memberi pulangan dan keuntungan berpanjangan kepada kita, bukannya dirundung masalah, dikelilingi hutang dan menjejaskan keharmonian hidup kita dan keluarga. Wallahu’alam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Idea Kreatif dan Inovatif perniagaan - ingin tahu sila hubungi YPSL Learning & Consultancy.

KODKOLEKSI IDEA-IDEA BISNES KREATIF DARI SELURUH DUNIA! (RM1/SMS)
T101 JUAL RESIT ATM!
Ketahui bagaimana pelajar kolej ini buat duit dengan hanya menjual resit mesin ATM!

Taip SMS: IDEAT101alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T102JUTAWAN PIXEL!
Remaja ini menjadi jutawan internet hanya dalam masa 4 bulan dengan idea yang 'simple'!

Taip
SMS: IDEAT102alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T103PINGGAN BOLEH DIMAKAN?
Idea pengusaha restoran perkenalkan gimik kreatif yang berjaya tarik ramai pelanggan!

Taip
SMS: IDEAT103alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T104BISNES JUAL BERUDU!
Ketahui bagaimana bisnes unik ini kekal beroperasi sejak 20 tahun lalu!

Taip
SMS: IDEAT104alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T105 JUAL BATU SUNGAI!
Pelik! Jangan terkejut idea usahawan ini jadikannya jutawan dalam sekelip mata!

Taip
SMS: IDEAT105alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T106BISNES MENCULIK!
Ada orang jadikannya bisnes yang menguntungkan dan sah di sisi undang-undang!

Taip
SMS: IDEAT106alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T107TIDUR PUN BOLEH BUAT DUIT?
Idea dan ciptaan kreatif untuk selesaikan masalah kurang tidur di tempat kerja!

Taip
SMS: IDEAT107alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T108PONDOK TELEFON UNIK!
Usahawan ini perkenalkan bisnes pondok telefon yang tidak mempunyai telefon!

Taip
SMS: IDEAT108alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T109SALON GUNTING RAMBUT BERGERAK!
Ketahui bagaimana wanita ini berjaya berikan nafas baru kepada bisnes ini!

Taip
SMS: IDEAT109alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T110BISNES LAWATAN KE TEMPAT YANG MENYERAMKAN!
Dapatkan kisah unik usahawan kreatif ini yang berjaya tarik ramai pelanggan dari dalam dan luar negara!

Taip
SMS: IDEAT110alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T111JUAL GIGI PALSU KELAKAR!
Ketahui bagaimana pelajar perubatan jadi jutawan dengan idea kreatif dan gila-gilanya!

Taip
SMS: IDEAT111alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T112BISNES KREATIF DARI PENUTUP BOTOL!
Insiden tak sengaja ini beri ilham bisnes kepada lelaki ini dan jadikannya jutawan!

Taip
SMS: IDEAT112alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T113JUTAWAN KADBOD!
Ketahui kisah jurutera peroleh pendapatan 6 angka hanya bisnes kadbod terpakai!

Taip
SMS: IDEAT113alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T114BISNES GALI GUA!
Lagi kisah idea bisnes unik secara tak sengaja menjadikan kontraktor ini jutawan!

Taip
SMS: IDEAT114alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T115JUAL PAYUNG TERJUN UNTUK KAPAL TERBANG?
Ketahui bagaimana sekumpulan jurutera hasilkan idea kreatif dan inovatif!

Taip
SMS: IDEAT115alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T116JOHNY GLOW - PELEKAT BERSINAR
Produk unik ini bantu kita agar tidak lagi teraba-raba berjalan dalam gelap. Anda pasti kagum dengan idea bisnes yang kreatif ini!

Taip
SMS: IDEAT116alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T117JUAL KEMAHIRAN MENCURI!
Bekas banduan ini jana pendapatan setengah juta dollar . Nak tahu bagaimana?

Taip
SMS: IDEAT117alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T118BISNES CARI KUTU!
Ketahui bagaimana 2 wanita ini cari rezeki dengan khidmat mencari kutu kepala!

Taip
SMS: IDEAT118alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T119PAPAN GOSOK PAKAIAN YANG SEKSI & AJAIB!
Anda mesti dapatkan kisah bisnes ini yang amat kreatif dan menarik hati!

Taip
SMS: IDEAT119alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T120BISNES PENGHANTARAN KONDOM!
Ketahui bagaimana 2 penganggur jadi jutawan dengan idea bisnes yang luarbiasa ini!

Taip: IDEAT120alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T121BISNES CUCI KEDAI!
Ketahui bagaimana lelaki tua ini hasilkan RM5000 sebulan! Bijak sungguh!

Taip
SMS: IDEAT121alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T122BISNES POTONG RUMPUT
Ketahui kisah best pemuda India ini berjaya dalam bisnes potong rumputnya!

Taip
SMS: IDEAT122alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T123IKLAN DI KEPALA!
Ketahui bagaimana lelaki ini gunakan kepalanya sebagai media iklan!

Taip
SMS: IDEAT123alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T124PENGIKLANAN DI PENYANGKUT PAKAIAN!
Idea kreatif iklan pada 'hanger' baju. Belum pernah dibuat lagi di Malaysia. Menarik!

Taip
SMS: IDEAT124alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T125PENDAPATAN 50 RIBU DOLLAR SEMINGGU!
Peguam ini raih pendapatan lumayan dengan kaedah mudah dan bijak! Nak tahu?

Taip
SMS: IDEAT125alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T126BAR OKSIGEN!
Ketahui bagaimana usahawan Thailand ini berjaya dalam bisnes jual oksigen!

Taip
SMS: IDEAT126alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T127LEMBU UNTUK DISEWA!
Penternak di pergunungan Swiss ini bisnes sewa lembu di internet. Dapatkan kisahnya!

Taip
SMS: IDEAT127alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T128MANUSIA UNTUK DISEWA!
Ketahui bagaimana bisnes sewa orang ini berkembang maju di Jepun dan Korea!

Taip
SMS: IDEAT128alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T129JUAL BERUS PEMBERSIH ZAKAR!
Tak percaya? Ini idea bisnes di internet oleh orang Malaysia yang tinggal di luar negara!

Taip
SMS: IDEAT129alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T130JUTAWAN KACANG!
Lelaki ini tinggalkan kerjayanya sebagai akauntan untuk bisnes gerai jual kacang! Hebat!

Taip
SMS: IDEAT130alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T131JUTAWAN SANDWICH
Ketahui bagaimana seorang yang bangkrap jadi jutawan jual sandwich di kota Bangkok!

Taip
SMS: IDEAT131alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T132TEKSI SKOOTER!
2 sahabat berkongsi idea sediakan khidmat pelik dengan menggunakan skooter bermotor!

Taip
SMS: IDEAT132alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T133JUTAWAN KERUSI URUT!
Ketahui bagaimana idea lelaki ini hasilkan bisnes bernilai 4 juta dollar!

Taip
SMS: IDEAT133alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T134JUAL LABEL BOTOL!
Ketahui bagaimana jurujual ini berjaya dengan bisnes label botol air mineral! Kreatif!

Taip
SMS: IDEAT134alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T135JUAL RIBEN GERGASI!
Dapatkan kisah kejayaan wanita ini dengan bisnes menjual riben gergasi dari rumah!

Taip
SMS: IDEAT135alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T136JUAL STIKER DI INTERNET!
Ketahui bagaimana remaja ini menjual jutaan stiker secara online di internet!

Taip
SMS: IDEAT136alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T137JUAL STOKIN DI INTERNET!
Eksekutif ini dapat idea bisnes ini setelah lalui pengalaman memalukan. Hebat!

Taip
SMS: IDEAT137alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T138JUAL AKSESORI KERETA!
Idea bisnes ini kalau di buat di Malaysia, pasti menguntungkan. Belum ada orang buat lagi!

Taip
SMS: IDEAT138alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T139BOLA GOLF ISTIMEWA!
Ketahui bagaimana peminat golf ini jadi jutawan hasilkan bola golf yang jadi rebutan pemain golf di seluruh dunia!

Taip
SMS: IDEAT139alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T140BISNES SIMPAN KUNCI PENDUA!
Bisnes simpan kunci? Dapatkan idea bisnes yang tak pernah kita lihat di negara kita ini!

Taip
SMS: IDEAT140alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T141DOGGLES - CERMIN MATA UNTUK HAIWAN PELIHARAAN!
Kasih-sayang terhadap anjing mereka hasilkan bisnes jutaan dollar kepada pasangan suami-isteri ini!

Taip
SMS: IDEAT141alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T142JUAL SELUAR DALAM 'KEWANITAAN' UNTUK LELAKI?
Jangan terkejut idea bisnes pelik secara online ini dapat sambutan dari seluruh dunia!

Taip
SMS: IDEAT142alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T143SENI ZAKAR!
2 lelaki Australia ini buat persembahan mempamerkan kebolehan zakar mereka! Sungguh kontroversi!

Taip
SMS: IDEAT143alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T144JUAL AIR KENCING BINATANG BUAS!
Ketahui bagaimana petani ini buat duit bisnes jual air kencing binatang buas.

Taip
SMS: IDEAT144alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T145JUAL TONGKAT!
Ketahui bagaimana OKU ini buat duit jual tongkat sehingga jadikannya dirinya terkenal!

Taip
SMS: IDEAT145alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T146JUAL BAU BUSUK SKUNK!
Ketahui bagaimana produk ini digunakan pihak polis US untuk basmi jenayah! Lucu!

Taip
SMS: IDEAT146alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T147EXECUTIVE PARACHUTE!
Parachute untuk pejabat bangunan tinggi ini dapat sambutan selepas peristiwa serangan World Trade Centre di New York!

Taip
SMS: IDEAT147alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T148JUAL JAKET CAWAN!
Ketahui bagaimana pemuda ini dapat mengubah hidupnya dengan idea hebat ini!

Taip
SMS: IDEAT148alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T149KELAB CARI JODOH
Wanita ini anjurkan khidmat 'dating' khusus untuk jutawan. Ikuti kisah kejayaannya ini!

Taip
SMS: IDEAT149alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T150SIARAN LANGSUNG MAJLIS PERKAHWINAN!
Perkhidmatan syarikat ini lengkapkan keperluan majlis perkahwinan. Kreatif dan bijak!

Taip
SMS: IDEAT150alamat email anda Dan Hantar ke 32244
T151KESILAPAN FILEM!
Pemiliki laman web ini buat duit hanya dengan sediakan laman web kritik kesilapan dalam filem Hollywood. Mesti baca!

Taip
SMS: IDEAT151alamat email anda Dan Hantar ke 32244
*Setiap mesej SMS bagi menghantar tips bisnes ke email anda dikenakan caj RM1.00 sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments