Mofaz Direct sedia peluang perniagaan


JOHARI Ismail bersama Nik Izani Nik Ibrahim (kiri) menunjukkan produk Mofaz Direct yang dilancarkan di Petaling Jaya semalam.

KUALA LUMPUR 29 Mei - Kumpulan Mofaz melancarkan sayap perniagaan baru, Mofaz Direct, khusus untuk menyediakan peluang perniagaan bagi orang ramai yang berminat untuk berniaga.

Mofaz Direct yang mengguna pakai konsep pemasaran pelbagai peringkat (MLM) merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi tujuan pemasaran produk berasaskan kesihatan dan merupakan antara langkah awal syarikat itu untuk ke pasaran global.Ketua Pegawai Eksekutif Mofaz Direct, Johari Ismail berkata, penubuhan dan pembabitan Mofaz Direct di dalam perniagaan jualan langsung berikutan industri itu dijangka berpotensi memberi pulangan lumayan kepada syarikat.

"Sambutan pengguna terhadap barangan yang dipasarkan berasaskan kesihatan dan penjagaan diri mampu untuk bersaing dengan produk yang dipasarkan syarikat MLM di negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari iniTurut hadir Naib Presiden Kumpulan Mofaz, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim.Menurut Johari, konsep MLM yang diperkenalkan oleh Mofaz Direct adalah untuk membantu individu yang hilang pekerjaan atau kemerosotan perniagaan di dalam bidang tertentu yang menggunakan moto 'Kepenggunaan sambil menjana pendapatan' untuk memanfaatkan jaringan di antara pengguna.

Antara produk yang ditawarkan kepada ahli Mofaz Direct serta pelanggannya yang lain ialah Macho, La Famina, Diva, Ostrumilk dan Falisha selain beberapa produk baru akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.

Mengulas lanjut katanya, Mofaz Direct menawarkan peluang perniagaan untuk semua peringkat usahawan di dalam jualan langsung dengan barangan yang berkualiti.

Katanya, lesen Akta Jualan Langsung yang baru diperoleh bulan lalu telah memberi keyakinan bahawa syarikat baru yang ditubuhkan itu mampu bergerak pantas sebagaimana syarikat jualan langsung yang lain."Dengan rekod selama 32 tahun di dalam perniagaan, Mofaz mempunyai landasan yang kukuh untuk mengutarakan barangan yang bermutu lagi halal yang kini telah mendapat sambutan hebat di luar termasuk China dan Eropah," katanya.Johari memberitahu, pihaknya kini sedang membawa masuk pakar-pakar di dalam pelbagai sektor bagi mengeluarkan produk-produk bertaraf antarabangsa yang akan ditawarkan menerusi konsep MLM.Selain itu katanya, Mofaz Direct akan mewujudkan pemangkin talian terus ke laman web bagi menyokong fungsi perniagaan syarikat tersebut untuk memberi maklumat terkini tentang produk-produk kepada para ahlinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: