Siswazah ternak lintah
|
|
Atas kesedaran peluang itu, dua sahabat lulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Multimedia, Bukit Beruang di sini, Sulaiman Shah Ab. Rahman, 25, dan Muhammad Shahrul Ikmar Mustapha, 24, mula menceburi bidang itu sejak awal tahun lalu.
Sulaiman yang memegang ijazah Kejuruteraan Komputer dan Shahrul, ijazah Pengurusan Teknologi Maklumat, kelulusan yang digenggam itu bukanlah bermakna mereka harus melupakan terus bidang pertanian.
Dengan sedikit pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki, dua sahabat ini nekad membuat pelaburan sebanyak RM80,000 menubuhkan syarikat MNS Marketing and Management pada awal tahun lalu.Sulaiman yang merupakan Ketua Eksekutif syarikat tersebut berkata, mereka memilih untuk menceburkan diri dalam penternakan lintah kerana melihat bidang itu masih baru di negara dan berpotensi untuk pergi lebih jauh.
''Alhamdulillah, setelah kira-kira empat bulan menjalankan perniagaan ini, kami mempunyai 23 kolam lintah yang diusahakan di Taman Padang Temu Indah, Padang Temu, Melaka.''Hasilnya, kami mampu memperoleh pendapatan bersih kira-kira RM5,000 hingga RM6,000 sebulan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Tambahnya, hasil kerja kerasnya itu juga, mereka telah berjaya membuka sebuah pusat rawatan kesihatan yang dikenali D'Winz Healthcare di Taman Senggarang, Batu Pahat, Johor.Jelasnya lagi, syarikat juga telah berjaya membekalkan produk-produk berasaskan lintah keluarannya ke seluruh pasaran tempatan termasuk Brunei.''Kami juga membekalkan lintah untuk tujuan rawatan bekam termasuk menganjurkan kursus lintah seperti ternakan, produk lintah dan juga rawatan bekam," katanya.Sulaiman berkata, masa depan ternakan lintah amat cerah kerana ia sering dijadikan bahan untuk produk perubatan dan kesihatan kecantikan.''Lintah mendapat permintaan yang tinggi kerana ia boleh merawat penyakit kronik seperi sakit jantung melalui enzim yang dinamakan hirudin yang dikeluarkan oleh haiwan ini,'' katanya.Tambahnya, di pasaran tempatan, lintah menerima permintaan yang tinggi dengan harganya dikatakan antara RM1.50 hingga RM3 seekor.''Berbanding di luar negara seperti di United Kingdom contohnya, harga seekor lintah mencapai sehingga RM53.''Ia mungkin kerana permintaannya yang tinggi untuk kegunaan dalam bidang perubatan mereka," katanya.Atas kesedaran nilai pasaran yang tinggi itu, menurut Sulaiman, syarikatnya juga telah mengadakan usahasama dengan sebuah syarikat lain untuk mengembangkan lagi perniagaanya.
Melalui usahasama itu, syarikatnya juga merupakan pemilik bersama 210 lagi kolam lintah di seluruh negara termasuk 50 buah kolam di Pontian, Johor, Batu Pahat (50) Seremban (30), Bukit Merah, Perak (40) dan Terengganu sebanyak 40 buah kolam.''Jika dikira secara keseluruhannya, kami mempunyai stok lintah melebihi 100 juta ekor di 233 kolam ternakan lintah,'' katanya.Menurut Sulaiman, dengan keupayaan yang ada, mereka merancang untuk mengeksport lintah ke luar negara memandangkan pasarannya yang lebih tinggi di sana.Orang ramai yang berminat dan ingin mendapatkan keterangan lanjut, boleh hubungi mereka di nombor 019-7775242 (Sulaiman) dan 013-2060057(Shahrul). katanya.
0 comments:
Post a Comment