Sa Sa hargai pelanggan
SELEPAS 11 tahun berada di pasaran Malaysia, Sa Sa menyambutnya dengan pelbagai acara meriah untuk meraikan pengguna setia. Ditubuhkan pada 1978 di Hong Kong, syarikat peruncit kosmetik dan kecantikan itu juga meraikan ulang tahun ke-31 penubuhannya.
Selepas majlis pertandingan haruman terbaik tahun lalu, Sa Sa membuka tirai tahun ini dengan tiga program hebat bagi meneruskan momentum dalam melonjakkan Sa Sa sebagai butik pilihan pengguna.
Program paling ditunggu-tunggu oleh pelanggan setia Sa Sa sudah tentulah peraduan Pretty In Pink Anniversary Lucky Dip yang mencari siapakah pemenang pelbagai hadiah. Ini termasuklah sebuah kereta Perodua Myvi, telefon bimbit, komputer riba, kamera digital dan iPod.
Selain itu, dua lagi acara yang tidak kurang hebatnya adalah pelancaran semula outlet Sa Sa di pusat beli-belah Mid Valley. Menjadi antara outlet perintis di negara ini, butik di Mid Valley menerima pengubahsuaian baru dengan wajah yang lebih segar.
Program ketiga yang dianjurkan oleh Sa Sa untuk menghargai pelanggannya adalah kempen Beautiful Prices yang berlangsung pada penghujung April hingga awal Mei lalu.
|
|
Menurut Naib Presiden Kanan merangkap Pengurus Besar Sa Sa (M) Sdn. Bhd., sejak 11 tahun lalu, Sa Sa telah berkembang menjadi sebuah rangkaian peruncit yang meliputi pelbagai lokasi di negara ini. Sa Sa kini menjadi antara pusat sehenti penting bagi pelanggan yang menitikberatkan soal kecantikan. "Sehubungan itu, tahun ini Sa Sa menghargai pelanggan setianya dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik," katanya semasa melancarkan wajah baru outlet Sa Sa di Mid Valley baru-baru ini.
Jelas beliau, outlet Sa Sa di Mid Valley sudah menjangkau usia sembilan tahun dan menjadi antara outlet paling sibuk dalam kalangan 25 outlet Sa Sa di negara ini.
"Kami membuat keputusan untuk melakukan ubah suai dan memberikan sentuhan dekorasi yang lebih segar bagi perkhidmatan dan keselesaan yang lebih baik kepada para pelanggan," ujarnya.
Selain itu, peraduan Pretty In Pink Anniversary Lucky Dip juga merupakan satu lagi bentuk penghargaan Sa Sa buat para pelanggan setianya.
Dalam peraduan itu, Chan Mei Yen @ Ellen Chan menjadi pelanggan bertuah Sa Sa dengan membawa pulang hadiah utama sebuah Perodua Myvi manakala Ng Pin Lim pula memenangi sebuah komputer riba Sony Vaio.
Hadiah kamera digital Sony Cybershot Skinny T pula menjadi milik Then Fu Seng diikuti hadiah telefon bimbit Pink LG Ice Cream dimenangi oleh Darshini a/p R. Selvaratnam.
Seiring dengan warna rasmi Sa Sa, semua hadiah yang ditawarkan itu berwarna merah jambu.
Dalam pada itu, Corina berkata, kempen Beautiful Prices ini diadakan untuk membantu wanita dan lelaki terus tampil cantik, segak dan harum walaupun pada waktu ekonomi yang kurang memberangsangkan.
"Menerusi kempen ini, kami memilih produk-produk terlaris di rak Sa Sa untuk ditawarkan pada harga promosi yang menarik. Produk premium yang berkualiti pada harga yang lebih murah, bukankah itu berita baik untuk pengguna?" katanya.
Antara jenama kosmetik yang menyertai kempen tersebut adalah A'kin, Skinlite, Methode Swiss, Dr.G, Cyber Colors, Maybelline, Poss, ROC, Silky Girl, L'Oreal dan Kanebo. - ZAMRI RAMBLI
0 comments:
Post a Comment