'Roh usahawan' penentu kejayaan graduan


PERMOHONAN untuk pelbagai pekerjaan dapat dilakukan pada Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan yang akan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur, mulai hari ini.
PERMOHONAN untuk pelbagai pekerjaan dapat dilakukan pada Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan yang akan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur, mulai hari ini.

Berita baik! Khas untuk para graduan yang masih mencari-cari peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang dipelajari semasa di institusi pengajian tinggi (IPT) atau minat menceburi kerjaya yang impikan, inilah masanya untuk mencuba nasib dalam sesi majikan bertemu bakal pekerja.

Sesi yang dipanggil karnival kerjaya dan keusahawanan bakal membuka pintu rezeki kepada graduan yang bukan sahaja baru menamatkan pengajian tetapi yang telah diberhentikan kerja atau yang ingin meninjau-ninjau peluang pekerjaan baru.

Difahamkan setiap tahun berpuluh-puluh ribu graduan menamatkan pengajian tanpa memiliki apa-apa pekerjaan walaupun mendapat markah yang tertinggi semasa belajar.Apakah sebabnya? Cukup-cukup lulus, tiada kemahiran berbahasa Inggeris, tidak ada pengalaman kerja atau tiada saudara berjawatan tinggi?Apa sahaja alasannya, mereka ini akan menambah statistik pengangguran yang semakin meruncing di negara ini kerana pembuangan kerja akibat ekonomi yang tidak begitu stabil sekarang ini.

Bagi kerajaan, perkara ini disedari dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri baru-baru mengumumkan peruntukan RM700 juta bagi menyediakan 163,000 peluang latihan dan pekerjaan sebagai langkah mengurangkan kadar pengangguran negara.Langkah ini bertujuan mengatasi kadar pengangguran negara yang telah meningkat kepada 4.5 peratus berbanding 3.7 peratus pada tahun 2008.Atas faktor tersebut, Kementerian Pengajian Tinggi mengambil langkah mengadakan satu karnival kerjaya dan keusahawanan yang menawarkan 10,200 peluang pekerjaan.Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama tiga hari bermula hari ini itu telah berjaya menarik penyertaan lebih 600 syarikat.

Ia sebagai langkah untuk memberi peluang kepada pelajar dan graduan bersemuka dan berinteraksi dalam mendapatkan pekerjaan dengan syarikat-syarikat swasta dan kerajaan yang mengambil bahagian pada karnival tersebut.Antara aktiviti yang dianjurkan ialah sesi temuduga, ceramah kerjaya dan keusahawanan oleh pakar-pakar dan tokoh dalam pelbagai bidang, selain klinik resume.Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian pada karnival tersebut itu terdiri daripada agensi kerajaan, agensi swasta, syarikat multinasional, institusi pendidikan, industri kecil dan sederhana (IKS) dan pengusaha.Lebih 30 cabang industri seperti teknologi maklumat, pentadbiran dan sumber manusia, minyak dan gas, keusahawanan, pelancongan, pembinaan dan juga agensi pekerjaan membuka gerai dan menawarkan pekerjaan kepada graduan.

Karnival yang dibuka dari 10 pagi hingga 7 malam itu merupakan karnival kerjaya yang terbesar dan akan tercatat dalam Malaysian Book of Records.Diingatkan, bagi memudahkan proses sewaktu karnival berlangsung, para graduan dinasihatkan untuk mendaftar secara talian terus menerusi laman web www.mohe.gov.my. Pendaftaran awal dengan resume yang lengkap akan memudahkan sesi temuduga diadakan terus di ruang pameran syarikat yang menjadi pilihan graduan.

Graduan juga perlu membawa sijil-sijil asal, pen drive dan cakera padat bagi tujuan permohonan dan ditemuduga serta berpakaian kemas dan berketerampilan menarik.

Pengarah Urusan Walton International Group, Abdul Razak Abdul Ghani yang telah menyertai dua kali karnival kerjaya dan keusahawan sebelum ini berpendapat, karnival ini merupakan medan yang paling mudah untuk mendapatkan bakal pekerja yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan.Walton International Group yang menjalankan perniagaan pengurusan tanah di Amerika Syarikat dan Kanada menawarkan jawatan pegawai pemasaran dan eksekutif pengurusan tanah dengan pendapatan yang lumayan.Menurut Abdul Razak, jawatan yang ditawarkan adalah cukup mencabar kerana seseorang itu menjalankan urusan jual beli tanah yang berada di luar Malaysia.''Hanya yang berjiwa usahawan dan ahli perniagaan yang mampu mengendalikannya. Selain itu, seseorang itu harus yakin, ilmu penuh di dada dan sanggup menempuh cabaran dan halangan yang tidak disangka serta mengorbankan tenaga dan masa.

''Sebelum melangkah masuk ke PWTC dan mencari-cari peluang pekerjaan, graduan harus bersedia, bukan sahaja dengan sijil-sijil, tetapi ilmu, personaliti dan jati diri yang kuat dan menyakinkan para majikan.''Kini ramai majikan yang mahukan bakal pekerjanya mempunyai jiwa usahawan kerana dengan adanya jiwa itu, 'roh' untuk maju dalam semua bidang akan terlaksana."Tetapi jika graduan itu hanya ada 'roh' makan gaji dan melakukan kerja-kerja pentadbiran, maka ia akan merugikan syarikat,'' katanya yang ingin mendapatkan sekurang-kurangnya 50 orang pegawai baru dalam syarikatnya pada karnival tersebut.Menurut Abdul Razak, Walton International Group bersedia mengambil graduan yang baru tamat pengajian kerana mereka ini senang dibentuk, namun mereka perlu mempunyai keinginan untuk berjaya.''Ini kerana kami bersedia untuk mengajar dan memberi panduan selok belok pengurusan tanah yang sememangnya mencabar. Kepayahan dan cabaran itu setanding dengan ganjaran yang diterima,'' katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: